SHAH ALAM: Bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pengurusan) Datuk Zamani Ahmad Mansor dilantik sebagai Datuk Bandar Shah Alam yang kesembilan.
Zamani Ahmad, 50, menggantikan Datuk Haris Kasim, yang kini bertugas sebagai Pegawai Kewangan Negeri di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam kenyataan memaklumkan majlis angkat sumpah berlangsung di Dewan Perbandaran, Wisma MBSA pada Selasa yang turut dihadiri Timbalan Datuk Bandar Mohd Rashidi Ruslan dan wakil Ahli Majlis MBSA.
Menurut MBSA, pelantikan Zamani Ahmad berkuat kuasa pada Isnin.
Beliau memulakan tugas dalam perkhidmatan awam pada 1996 di Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi sebelum berkhidmat di Kementerian Pengangkutan (1997), Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor (2001), Kementerian Pertahanan, Bahagian Khidmat Negara (2003), Bahagian Keselamatan Negara (2004), Majlis Keselamatan Negara (2007) dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (2008).
"Seterusnya pada 2009, beliau berkhidmat di Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (2013), Majlis Perbandaran Kajang (2015) dan bertugas sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pengurusan) mulai 2018 sebelum dilantik sebagai Datuk Bandar Shah Alam berkuat kuasa 14 Jun 2021.
"Dengan pengalaman luas dan cemerlang di dalam bidang pengurusan dan pentadbiran, pelantikanZamani Ahmad sebagai Datuk Bandar Shah Alam kesembilan diharapkan dapat memacu MBSA sebagai pihak berkuasa tempatan yang cemerlang dan terunggul bukan sahaja di Selangor dan juga Malaysia malahan di persada antarabangsa," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 15 2021

Pelantikan Zamani Ahmad (gambar) sebagai Datuk Bandar Shah Alam kesembilan diharapkan dapat memacu MBSA sebagai pihak berkuasa tempatan yang cemerlang - Gambar BERNAMA

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

PKNS lantik Mahmud Abbas Ketua Pegawai Eksekutif baharu
Mahmud akan menggantikan Siti Zubaidah Abd Jabar yang telah bersara pada 10 Ogos lalu.

Hazani Pengarah KDNKA Bukit Aman baharu berkuat kuasa 6 Sept
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali akan memegang jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman berkuat kuasa 6 Sept.

ESCAPE Cameron Highlands dijangka hidupkan semula industri pelancongan domestik Malaysia
Projek ini memperkenal jenama bertaraf dunia yang seratus peratus dari Malaysia dan diilhamkan oleh syarikat yang ditubuhkan di negara ini iaitu Sim Leisure Group.

Lapangan terbang baharu Mukah mula beroperasi esok - Wee
Hasrat penduduk Mukah untuk melihat kemajuan berterusan di bandar nelayan itu bakal tertunai apabila lapangan terbang baharu yang dibina pada 2017 akan mula beroperasi secara rasmi esok.

Zamani Ahmad dilantik Datuk Bandar Shah Alam kesembilan
Zamani Ahmad menggantikan Datuk Haris Kasim, yang kini bertugas sebagai Pegawai Kewangan Negeri di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Varian kacukan UK - India dikesan, lebih bahaya - Dr Noor Hisham
Setakat ini empat varian baharu dikenal pasti di Malaysia iaitu varian United Kingdom, India, Brazil dan Afrika Selatan.

Statistik melonjak, Malaysia rekod 2,875 kes baharu COVID-19, Kelantan paling tinggi
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, 2,846 merupakan penularan tempatan manakala 29 lagi merupakan kes import.

COVID-19: 1,638 kes baharu, Perak catat angka tertinggi
Sebanyak 1,638 kes baharu COVID-19 direkodkan di Malaysia hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 349,610 kes.

Ordinan baharu beri kuasa kerajaan guna dana tanpa kelulusan wakil rakyat dalam tempoh darurat
Ini berdasarkan Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (Pindaan) 2021, yang berkuat kuasa pada 31 Mac 2021, melalui Warta Kerajaan Persekutuan yang disiarkan Jabatan Peguam Negara pada Rabu.

COVID-19: 1,133 kes baharu, 1,148 sembuh dan 5 kematian
Kes baharu COVID-19 di Malaysia kembali ke empat angka berbanding tiga angka semalam.