KUALA LUMPUR: Zoo Negara akan kembali dibuka kepada pengunjung bermula Jumaat ini, dengan menawarkan 20 peratus diskaun bagi harga tiket dewasa dan kanak-kanak sebagai usaha menarik pengunjung ke situ.
Timbalan Presidennya Rosly Ahmad Lana berkata pembukaan Zoo Negara telah mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Lembah Klang.
Secara keseluruhan, Zoo Negara ditutup kepada pengunjung selama 7 bulan sejak PKP pertama dilaksanakan pada Mac tahun lalu.
Pandemic COVID-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diakui telah menjejaskan pengurusan Zoo Negara sejak tahun lepas.
Sejak pandemik itu mula menular di negara ini dan seluruh dunia pada tahun lepas, Zoo Negara antara yang terkesan apabila turut terpaksa menutup operasi beberapa kali bagi mengelak penularan wabak itu.
Bagi mengatasi kekangan itu dan keperluan dana bagi memastikan haiwan di Zoo Negara terpelihara dengan sempurna, berapa inisiatif telah dilaksanakan pihak pengurusan.
Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly Ahmat Lana berkata, antara yang berkesan bagi menampung kos penyelenggaraan zoo dan haiwan peliharaan adalah menerusi program pengambilan haiwan angkat.
Ia dilakukan secara giat menerusi laman media sosial rasmi Zooo Negara iaitu Facebook dan Instagram.
Sumbangan juga boleh disalurkan orang ramai bagi membantu Zoo Negara melalui beberapa kaedah lain seperti maybank2u, ticket2u.com, Lazada dan Shopee apabila orang ramai boleh memilih untuk memberi sumbangan sekali sahaja atau secara bulanan mengikut pakej tersedia.
"Kami amat bersyukur kerana zoo telah diberi kebenaran untuk membuka pada hari Jumaat ini iaitu akan dapat membantu kita menyelenggarakan Zoo Negara sehingga akan datang.
"Pada pengalaman kita yang sudah apabila Zoo Negara dapat dibuka walaupun dalam keadaan PKPB, kunjungan itu menggalakkan jadi kita tidak bimbang sangat.
"SOP kita dibenarkan membawa masuk 50 peratus daripada kehadiran sedia ada. Yang hadir biasanya 5,000 ke 8,000," katanya ketika sidang media mengenai Program Jom Memancing @ Zoo Negara hari ini.
Selain itu Zoo Negara juga menerima sumbangan dana dari badan kerajaan dan swasta yang yang berjumlah lebih RM11.6 juta.
Antara penyumbang terbesar ialah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli sebanyak RM1.3 juta dan beberapa syarikat swasta lain.
Sejak PKP 2.0 pula, Zoo Negara telah melancarkan aktiviti Jom Memancing @ Zoo Negara dengan membuka kolam pancing di Tasik Tunku Abdul Rahman untuk peminat atau kaki pancing bermula 20 Februari lepas.
Dengan bayaran hanya RM35, orang ramai boleh ke tasik di dalam Zoo Negara untuk memancing pelbagai spesis ikan seperti keli, toman, jelawat, talapia dan banyak lagi.
Zoo Negara juga kini merancang untuk mewujudkan rimba reptilia iaitu sebuah pameran reptilia terbesar di Asia.
Ia kini hanya dibuka sebahagian sahaja sebelum dibuka sepenuhnya apabila siap nanti.
Zoo Negara juga akan melancarkan acara Zoo Fit 2021 sebagai salah satu acara tahunan untuk para pengunjung menyertai aktiviti riadah.
Astro Awani
Wed Mar 03 2021

Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly Ahmat Lana ketika sidang media mengenai Program Jom Memancing @ Zoo Negara hari ini. - Foto BERNAMA

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

MAQIS serah 417 kotak keratan ayam sejuk beku kepada Zoo Negara
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menyerahkan 417 kotak keratan ayam sejuk beku seberat 5,004 kilogram (kg) yang dilucut hak kepada Zoo Negara semalam.

Tiada haiwan di Zoo Negara terjejas akibat banjir
Tiada haiwan di Zoo Negara terjejas banjir akibat hujan lebat pada Selasa lepas.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 Januari 2024.

Zoo Negara rai pencapaian 60 tahun penubuhan
Zoo Negara menyambut ulang tahun ke-60 dengan sambutan Jubli Intan pada Jumaat yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zoo Negara terima peruntukan RM10 juta - Perdana Menteri
Kelulusan RM5 juta itu juga ditambah dengan dana terkumpul menerusi program CSR oleh syarikat terlibat berjumlah RM5 juta.

Jubli Intan: Zoo Negara tawar tiket percuma buat kanak-kanak, warga emas
Zoo Negara akan menawarkan tiket masuk percuma kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah bersempena dengan sambutan Jubli Intan Ulang Tahun ke-60, esok.

NRECC akan dapatkan laporan lengkap insiden banjir kilat di Zoo Negara
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan mendapatkan laporan lengkap berhubung kejadian banjir kilat di Zoo Negara pada 18 Okt lepas bagi mengelakkan insiden berulang.

Selamat jalan panda Yi Yi dan Sheng Yi
Dua ekor anak panda gergasi yang dilahirkan di negara ini iaitu Yi Yi dan Sheng Yi dihantar pulang ke China, semalam.

Kepulangan Yi Yi, Sheng Yi ke China ditangisi penjaganya
Azrennizam memanggil nama kedua-duanya sambil menepuk sangkar haiwan itu bagi memastikan ia tenang semasa proses pemunggahan.

Pasangan panda gergasi sambut hari jadi ke-17
Pasangan panda gergasi, Fu Wa dan Feng Yi yang ditempatkan di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) Zoo Negara sejak 2014, menyambut ulang tahun ke-17 hari ini.