Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir hari ini mendedahkan kekecohan yang berlaku pada persidangan Kongres AMK 2019, Jumaat lalu, dirancang pihak tertentu.
Mendedahkan perkara itu di hadapan 880 perwakilan pada ucapan penggulungannya di dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Akmal berkata ia diperkuat dengan penularan melalui pesanan WhatsApp yang mengarahkan 30 individu mencetuskan kekecohan undi tidak percaya terhadap beliau.
“Saya agak terkejut apabila semalam seorang pemberi maklumat mengakui dan bercerita mengenai merancang keganasan dan terdapat bukti melalui pesanan WhatsApp," katanya.
Menurut Akmal Nasrullah, mesej itu berbunyi,"Satu lagi, aku nak 30 orang hardcore untuk sekuriti masa kongres bawa Tony dan Syamil sekali, kunci pintu dewan dan buat undi tak percaya kepada Akmal. Tapi kena susun betul-betul, aku nak 'hardcore' tempur punya."
Pendedahan itu sekali gus menjadi kejutan kepada semua perwakilan yang hadir.
Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah berkata beliau akan menyerahkan bukti pesanan WhatsApp itu kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
“Siapa yang hantar mesej ini? Siapa yang nak merosakkan dan memburukkan parti kita? Samseng bukan budaya kita.
"Saya akan serahkan kepada pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) untuk siasat dan jika benar ada orang yang merekrut gengster untuk kacau AMK kita, wajib pecat serta merta dan siasat bawah Kanun Keseksaan Jenayah,” katanya.
Terdahulu, insiden kekecohan itu tercetus apabila pihak keselamatan cuba menghalang bekas Pengerusi Tetap AMK, Mizan Adli Md Noor dari memasuki tempat persidangan.
Mizan Adli kemudian mendakwa ketua sayap parti itu, Akmal Nasrullah menggunakan gengster untuk menghalang beliau masuk ke Kongres Nasional AMK 2019 berkenaan.
Timbalan Ketua AMK, Muhammad Hilman Idham kemudian mendakwa Insiden kekecohan pada Kongres pada sayap parti itu merupakan ‘usaha terancang’ oleh pihak tertentu.
BACA: Kongres AMK kecoh, bekas pengerusi tetap dilarang masuk
Tanpa mendedahkan mana-mana pihak yang disyaki ujarnya, ia diperkuat dengan kehadiran sekumpulan pemuda berbaju hitam yang dilihat sengaja melakukan sabotaj dan kekecohan.
Sementara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam reaksinya pula menegaskan, pelaku dan dalang di sebalik kejadian itu tidak boleh dibiarkan terlepas.
Menyifatkan tindakan pelaku kekecohan itu sebagai biadap, Anwar telah meminta Lembaga Disiplin PRK memecat individu yang bertanggungjawab.
Shuhada Abdul Kadir
Sun Dec 08 2019

Akmal Nasrullah Mohd Nasir semasa ucapan penggulungan pada Kongres Nasional Keadilan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh hari ini. - Foto BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

PETRA serah enam projek siap bernilai RM186.1 juta kepada Johor
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini menyerahkan enam projek siap bernilai RM186.1 juta kepada kerajaan Johor.

AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.

Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.

Usaha cekap tenaga Malaysia jimatkan elektrik 5.82 peratus setakat Jun 2024 - TPM Fadillah
Malaysia mencapai kejayaan penting dalam kecekapan tenaga, yang telah diumumkan sebagai bahan api pertama peralihan tenaga.

Perubahan corak, magnitud musim tengkujuh tingkat cabaran pengurusan banjir
PETRA beri tumpuan kepada perlaksanaan projek infrastruktur dan langkah mitigasi untuk mengeluarkan air dari kawasan banjir dengan segera.

Pembenihan awan belum berjaya tingkat paras air Empangan Muda, Bukit Merah
Operasi Pembenihan Awan yang dilaksanakan semalam belum berjaya meningkatkan paras air di Empangan Muda di Kedah dan Empangan Bukit Merah, Perak.

Empat lagi Empangan Sabo akan dibina tahun ini
Akmal Nasrullah berkata empangan itu akan dibina di Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang dan Sabah.

Kerajaan peruntuk RM206.8 juta bangunkan infrastruktur air di Johor
Kerajaan memperuntukkan RM206.8 juta bagi pembangunan infrastruktur berkaitan air di Johor meliputi 22 projek sambungan dan lapan projek baharu.

15 syarikat dipilih laksana projek RTB di tujuh negeri
Lima belas syarikat dipilih bagi melaksanakan projek-projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di tujuh negeri yang telah dikenal pasti.

Pelbagai mitigasi dilaksana untuk atasi isu gangguan bekalan air di Seberang Perai Selatan
Langkah-langkah mitigasi yang diambil mampu menyelesaikan masalah gangguan bekalan air secara jangka pendek dan panjang.