Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengingatkan anggota parti supaya terus komited berjuang untuk parti.
Katanya, perjuangan itu termasuk memberi sokongan kepada kepimpinan semasa bagi melancarkan matlamat parti untuk berbakti kepada rakyat dan negara.
"Kita mesti tunjukkan komitmen kita kepada parti dan bukan kepada individu tertentu yang mempunyai kepentingan sendiri.
"Dalam hal ini, kita mesti beri sokongan kepada pemimpin kita sekarang iaitu presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin negeri (Pengerusi UMNO Sabah) Datuk Seri Musa Aman," katanya ketika melancarkan pelepasan peserta Larian Hari UMNO Ke-71 di Sepanggar, dekat sini hari ini.
Mengenai larian itu, Salleh, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata program itu, yang disertai kira-kira 300 anggota, diharap dapat menyemarakkan semangat sayangkan parti dalam kalangan anggota.
Ketua Pemuda UMNO Negeri, Yamani Hafez Musa, yang merupakan pengerusi penganjur larian itu, berkata larian seluruh negeri itu merupakan sebahagian daripada program ''Larian Bendera'' di seluruh negara.
"Di Sabah, UMNO Bahagian Sepanggar menjadi tuan rumah pelancaran larian ini dan peserta akan berlari sehingga Sulaman di mana peserta dari kalangan UMNO Bahagian Tuaran pula akan meneruskan larian ke Kota Belud dan seterusnya ke Kudat.
"Larian ini melibatkan 25 bahagian UMNO di Sabah yang akan berakhir di Kota Kinabalu pada hari ulang tahun UMNO pada 11 Mei ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 01 2017

SALLEH: "Kita mesti tunjukkan komitmen kita kepada parti dan bukan kepada individu tertentu yang mempunyai kepentingan sendiri." - Gambar fail

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

Anggota UMNO Sabah diingatkan terus komited kepada parti - Salleh
Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengingatkan anggota parti supaya terus komited berjuang untuk parti.

BN tidak guna muslihat untuk tipu pengundi - Salleh
Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO tidak beroperasi seperti Ali Baba dan tidak menggunakan muslihat bagi menipu pengundi, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak

Amalkan pemahaman kesederhanaan demi keharmonian negara - Salleh
Kesederhanaan dapat menggarap keharmonian yang menjadi keutamaan rakyat dalam sosiobudaya negara berlatarkan perbezaan dalam pelbagai aspek.

FINAS perlu bina kerjasama dua hala, mantapkan industri kreatif negara - Salleh
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) perlu membina lebih banyak kerjasama dua hala dengan pelbagai agensi kerajaan.

FFM28: Anugerah Filem Terbaik terbuka untuk semua - Salleh Said
Kategori baharu Anugerah Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan akan diwujudkan pada FMM anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Parti baharu Dr Mahathir beri UMNO, BN saingan untuk berjaya - Salleh
Parti baharu yang akan ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad akan memberi UMNO dan BN persaingan untuk menjadi lebih berjaya.