KUALA LUMPUR: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan menampilkan lebih ramai calon dalam kalangan wanita untuk mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Timbalan Presidennya Oh Tong Keong berkata ini kerana wanita di negara ini telah membuktikan kebolehan mereka dalam memegang jawatan penting di dalam kerajaan serta swasta dan parti percaya bahawa ahli wanita Gerakan mempunyai kebolehan dan potensi yang sama untuk ditonjolkan.
"Parti kita sudah pasti akan menghantar lebih ramai anggota wanita mengambil bahagian dalam PRU akan datang. Para saudari sekalian, saya percaya bahawa anda semua boleh melakukannya dengan baik. Selagi kita mempunyai keyakinan, kita pasti akan mencapai matlamat yang kita impikan.
"Kita yakin bahawa pada suatu hari nanti, pemimpin wanita kita juga berkemampuan menjadi presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung," katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita Nasional Parti Gerakan ke-33 di sini malam tadi.
Beliau turut bersetuju, menyokong dan menerima baik saranan Majlis Pemimpin Politik Wanita Malaysia (Comwel) Isnin lepas yang mengusulkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menimbangkan 30 peratus kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri untuk calon wanita pada PRU15.
Sementara itu, berucap ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda Nasional Parti Gerakan ke-33 yang diadakan berasingan malam tadi, Oh berkata Gerakan yang kini menjadi sebahagian daripada gabungan Perikatan Nasional (PN) akan memainkan peranannya menyuarakan isu rakyat dengan lebih berkesan.
"Pendirian parti kita tetap sama, sekiranya kerajaan melaksanakan dasar yang tidak memanfaatkan rakyat atau menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat, kita tetap akan memainkan peranan membangkitkan isu dan persoalan yang diketengahkan rakyat. Kita akan tetap bersama dengan rakyat. Ini adalah janji kita kepada rakyat buat selama-lamanya," katanya.
Parti Gerakan diterima menganggotai gabungan PN secara rasmi pada 11 Feb lepas, setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Majlis Tertinggi PN.
Dalam pada itu, Oh berharap kedua-dua sayap berkenaan menjalin kerjasama yang baik dengan komponen parti yang lain bagi kesiapsiagaan PN menghadapi PRU akan datang.
Kedua-dua persidangan berkenaan dilaksanakan sepenuhnya secara maya manakala hari ini, Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-49 akan dirasmikan Perdana Menteri yang juga Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Persidangan berlangsung secara hibrid, yakni dengan kehadiran fizikal di Dewan Wawasan Tun Dr Lim Keng Yaik, Menara PGRM, serta secara maya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 12 2021

OH: Kita yakin bahawa pada suatu hari nanti, pemimpin wanita kita juga berkemampuan menjadi presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

Bomba ambil masa dua hari selamatkan wanita Orang Asli dipatuk ular di Gerik
Seorang wanita Orang Asli mengalami gejala muntah dan tidak dapat berjalan selepas dipercayai dipatuk ular di Kampung Lenweng dekat Pos Kemar, Gerik pada Selasa lepas.

Wanita mengaku tidak bersalah pecah amanah wang pelaburan pelanggan
Alina Tommy, 32, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Musyiri Peet.

Lelaki ditahan bawa beg berisi anggota badan isteri
Suspek dikatakan tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah atau terkejut dengan penemuan itu.

Isu jurang gaji siswazah antara jantina perlu ditangani - Nancy
Langkah segera perlu diambil untuk menangani jurang gaji antara siswazah wanita dengan lelaki di Malaysia, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.

Keterlibatan sukarelawan wanita penting dalam misi bantuan bencana
Nilai empati dan sifat prihatin wanita yang lebih dominan membantu dari segi bantuan psikosial kepada mangsa banjir.

OIC nyatakan kebimbangan larangan Afghanistan berhubung pendidikan perubatan wanita
Pihak berkuasa de facto Afghanistan melarang wanita daripada mengikuti kursus kejururawatan dan perbidanan.

Tahap kesedaran jalani imbasan awal kesan kehamilan kembar Siam masih rendah di Malaysia - Pakar
Tahap kesedaran wanita di Malaysia khususnya dalam menjalani proses imbasan awal bagi mengesan kehamilan kembar Siam masih berada pada tahap yang rendah.

Jumlah pemimpin wanita di Malaysia masih rendah - Teo
Jumlah wanita yang menjadi Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan menteri di Malaysia masih rendah, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.