Selepas majlis perasmian serentak penuh bersemangat malam tadi, Kongres Tahunan Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) bersidang pagi ini.
Kira-kira 1,588 perwakilan akan menyertai persidangan sayap Wanita dan AMK, yang masing-masing akan bermula 9 pagi.
Kongres tahunan Wanita yang diadakan di Dewan A, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) itu akan bermula dengan ucapan dasar Ketuanya Haniza Mohamed Talha.
Kongres bertemakan 'Kepimpinan Wanita: Kepimpinan Untuk Semua' sayap itu akan menumpukan kepimpinan wanita yang lebih holistik dan wanita sebagai pemacu dalam ekonomi negara.
Kongres AMK dengan tema 'Reformasi Dua Dekad: Mengisi Kemenangan Rakyat' yang berlangsung di Dewan Klasik, MITC turut dimulakan dengan ucapan dasar Ketuanya Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Selesai ucapan dasar oleh ketua sayap, kedua-dua persidangan sayap itu akan diteruskan dengan sesi perbahasan usul oleh perwakilan masing-masing.
Pengerusi Lembaga Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Timbalan Perdana Menteri, dijadual menyempurnakan serentak majlis penutupan kongres tahunan sayap parti pada 3 petang.
Kongres Nasional PKR kali ke-14 bertemakan 'Reformasi Dua Dekad: Mengisi Kemenangan Rakyat' bermula semalam akan berlangsung sehingga Ahad.
Esok, Presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan ucapan dasar, pertama kali sebagai presiden setelah dipilih tanpa bertanding jawatan itu pada pemilihan tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 06 2019

Kongres Nasional PKR kali ke-14 bertemakan 'Reformasi Dua Dekad: Mengisi Kemenangan Rakyat' bermula semalam akan berlangsung sehingga Ahad.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

26,286 rumah bernilai RM18.3 bilion siap dibina tidak terjual - Akmal Nasir
Jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 5.3 peratus dari segi jumlah unit berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

301 projek sakit libat 38,572 unit rumah selesai, pulih tahun ini
Sebanyak 301 projek perumahan swasta yang sakit atau terbengkalai melibatkan 38,572 unit kediaman berjaya diselesaikan dan dipulihkan pada tahun ini.

Dua PPR dirancang di Johor tahun ini, babitkan pembangunan 1,000 unit rumah
Perinciannya akan diumumkan setelah selesai urusan bersama dengan kerajaan negeri Johor tidak lama lagi.

Isu LCS: Pemimpin PKR buat laporan SPRM
Akmal memaklumkan laporan itu dibuat bagi menggesa siasatan terhadap dakwaan penglibatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Latiff Ahmad dalam projek tersebut.

Skandal LCS: PKR buat laporan kepada SPRM terhadap Abdul Latiff esok
Laporan itu akan menamakan Abdul Latiff sebagai seorang yang terkait dengan skandal LCS sepertimana disebut dalam beberapa siri laporan.

Kongres AMK PKR: Politik 'khemah besar' buang masa, percaturan sia-sia - Akmal Nasir
Akmal Nasir berkata, pendirian AMK jelas dan konsisten, selari dengan majoriti akar umbi parti yang tidak mahu PKR terus hanyut.

PRN Johor: AMK mahu enam kerusi, sedia bertanding di tempat sukar - Akmal Nasir
Enam kerusi bersamaan dengan 30 peratus daripada keseluruhan 20 kerusi yang diperuntukan untuk Keadilan.

'Dakwaan Azam Baki timbulkan kecurigaan serius' - AMK desak siasatan terperinci
Menurut Akmal, kenyataan media yang dibuat Azam dua hari lalu tidak melambangkan ketelusan yang sewajarnya oleh badan seperti SPRM.

Majoriti AMK Melaka isytihar hilang kepercayaan terhadap Akmal Nasir, Prasanth Kumar
Kepimpinan Ketua AMK Malaysia didakwa lemah dan tidak efektif dalam mengemudi AMK di peringkat nasional dan negeri Melaka.

AMK Negeri Sembilan pula hilang kepercayaan kepada Akmal Nasir
Akmal disifatkan gagal menyatukan anggota AMK sehingga memecah-belahkan semangat perpaduan sayap parti itu melalui rombakan baru-baru ini.