KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat masih terperangkap dalam isu perebutan kuasa dan pengkhianatan parti yang berlaku sejak 2018.
Felo Penyelidik Ilham Centre, Profesor Madya Hamidin Abd Hamid berkata kongres parti yang berlangsung hari ini tidak mengangkat aspirasi reformasi yang sebenar.
"Masyarakat sudah 'tenggelam', 'ketakutan', tetapi apa yang mereka (perwakilan) lakukan ialah cuma memberi tahu apa yang sedang berlaku.
"Namun, mereka tidak memberi alternatif atau jalan keluar dan yang boleh diguna pakai.
"Sebagai sebuah parti yang menjadi pendokong utama bagi Pakatan Harapan (PH), PKR seharusnya menggunakan kelebihan tersebut untuk mendominasi perbincangan dan mengawal naratif bagaimana negara harus berdepan dengan persoalan (pandemik) ini," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Jelasnya, apa yang disuarakan kebanyakan perwakilan adalah keperitan hidup yang dialami serta kegagalan kerajaan menangani masalah, lalu ia berhenti di situ tanpa cadangan penyelesaian.
"Saya agak terperanjat kerana apakah alternatif yang ditawarkan untuk masyarakat oleh PKR bagi berdepan dengan suasana pandemik ketika ini?
"Saya berharap, kalau kita lihat apa inisiatif yang dilakukan kerajaan Selangor, ia merupakan sesuatu yang baik.
"Sekiranya itu diangkat PKR sebagai sebuah parti politik, seharusnya ia diketengahkan dan menunjukkan kepada rakyat, PKR sebagai sebuah parti telah menunjukkan adanya alternatif, pendekatan yang berbeza yang membolehkan keselesaan yang lebih baik dari segi ekonomi, keselamatan dan kesihatan kepada rakyat.
"Malangnya, itu tidak berlaku," ujar beliau.
Sebelum ini, PKR menangguhkan Kongres Nasional parti itu selepas mendapat arahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Kongres Nasional Tahunan PKR 2020 berlangsung menerusi platform dalam talian sepenuhnya disebabkan kekangan akibat pandemik COVID-19.
Harits Asyraf Hasnan
Sun Jun 20 2021

Felo Penyelidik Ilham Centre, Profesor Madya Dr Hamidin Abd Hamid berkata kongres parti yang berlangsung hari ini tidak mengangkat aspirasi reformasi yang sebenar. - Gambar fail/Astro AWANI

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 11 Februari 2025.

Pemilihan parti: PKR akan guna undi elektronik dengan elemen AI - Fuziah
Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menggunakan sistem pengundian elektronik dengan elemen kecerdasan buatan (AI).

Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.

Pemimpin UMNO perlu berhenti serang PKR, hormati aspirasi Kerajaan Perpaduan - AMK
Pemimpin AMK menganggap tindakan segelintir pemimpin UMNO itu seolah-olah mahu menghancurkan kemurnian Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PM Anwar tiba di Himpunan Keadilan: Suara Rakyat Suara Keramat
Anwar tiba di Axiata Arena, malam ini bagi menyertai Himpunan Keadilan: Suara Rakyat, Suara Keramat yang diadakan untuk memperingati detik bermulanya gerakan reformasi 26 tahun lepas.

Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.

Tidak hirau kuasa dan harta, Syed Hussin wajar dikenang pejuang sejati - Rafizi
Allahyarham Dr Syed Hussin Ali wajar dikenang sebagai pejuang negara yang langsung tidak menghiraukan kuasa dan wang ringgit, kata Rafizi

Lima pemimpin kanan PKR dilantik Sekretariat Pejabat Presiden parti
Lima pemimpin kanan PKR dilantik sebagai anggota Sekretariat Pejabat Presiden parti itu, yang baru ditubuhkan semalam.

Pakatan Harapan perlu buat pendekatan luar dari kebiasaan - Saifuddin Nasution
Pakatan Harapan perlu melakukan pendekatan yang luar dari kebiasaan dalam usaha meletakkan negara kembali di landasan yang tepat, kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Keahlian PKR kini cecah lebih satu juta - Setiausaha Agung
Jumlah keahlian terkini Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah seramai 1,136,683 orang, kata Setiausaha Agung Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.