KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang bakal berlangsung hujung minggu ini wajib dijadikan wadah untuk mengembalikan perjuangan berlandaskan ‘ketaksuban akal’, tegas Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Zakaria Dullah.
Menurut beliau, gelanggang perhimpunan kali ini, merupakan medan terbaik untuk untuk mencorak hala tuju UMNO dalam kerangka “ketaksuban akal”, bukannya berbicara dan berhujah isu-isu “nafsu” yang bersifat remeh-temeh.
Ujarnya lagi, Pemuda dan Puteri UMNO, selaku generasi pimpinan parti seterusnya, perlu jadikan pentas itu untuk menonjolkan watak kepimpinan UMNO berasaskan “ketaksuban akal” dengan menggaris isu perbincangan dan perdebatan perjuangan Bangsa Melayu.
“Agenda Penyatuan Bangsa Melayu yang telah ditandai dengan gerakkan momentus “Penyatuan Ummah”, “Muafakat Nasional” serta “Perikatan Nasional”, perlu diangkat setinggi mungkin oleh kepimpinan sayap pemuda dan puteri UMNO.
“Mengapa? Ini kerana ketiga-tiga momentus tersebut terbentuk dan terhasil dari kesedaran ketaksuban “akal” mengenai peri pentingnya “penyatuan bangsa Melayu” dalam mendepani masa depan yang semakin mencabar bagi kelangsungan Bangsa Melayu itu sendiri,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
PAU 2020 bakal membuka tirainya Jumaat ini dan buat julung-julung kalinya perhimpunan itu akan diadakan dengan kombinasi secara bersemuka dan melalui maya, bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.
Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan dirasmikan Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan di Dewan Merdeka pada 27 Mac.
Sementara, perasmian PAU 2020 oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula pada 28 Mac pukul jam 8.30 pagi di Dewan Merdeka.
Mengulas lanjut, Zakaria berkata, jika agenda ‘ketaksuban akal’ dan ‘penyatuan Bangsa Melayu’ dapat ditonjolkan dua sayap berkenaan, beliau percaya ia bakal memberikan “signal” positif terhadap anak muda di luar UMNO, dalam menilai corak dan watak hala tuju kepimpinan UMNO selaku “Abang Long” kepada perjuangan bangsa Melayu di negara ini.
“Sekiranya watak “ketaksuban akal” dan “penyatuan” bangsa Melayu dapat mewarnai PAU 2020 hujung minggu ini, saya percaya proses perundingan untuk “menyatukan” bangsa Melayu di bawah satu wadah perjuangan yang “utuh” bakal disambut oleh kepimpinan Melayu yang berada di luar UMNO, khususnya PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan Pas dengan lebih konkrit.
“Ini sangat penting untuk UMNO dalam mendepani PRU15, UMNO dalam keberadaannya masa kini, secara peribadi saya melihat tidak mampu untuk “mendayung” bersendirian dalam berhadapan dengan “ombak” dan “gelombang” yang sangat kompleks untuk diharungi,” tegasnya lagi.
Zakaria berkata, sikap-sikap bermuhasabah, bermuafakat, bertolak-ansur dalam kalangan kepimpinan Melayu pasca PRU14 penting bagi memastikan keberadaan Bangsa Melayu itu kekal seperti mana ungkapan Laksamana Hang Tuah iaitu “tak akan Melayu hilang di dunia”.
Firdaus Azil
Thu Mar 25 2021

Datuk Zakaria Dullah sifatkan Perhimpunan Agung UMNO 2020 merupakan medan terbaik untuk untuk mencorak hala tuju UMNO dalam kerangka "ketaksuban akal" bukannya berbicara dan berhujah isu-isu "nafsu" yang bersifat remeh-temeh.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Zakaria beri laluan Onn Hafiz tanding Ketua UMNO Bahagian
Menteri Besar Johor itu berkata ini merupakan langkah dipersetujui mereka bersama, demi perpaduan dan keharmonian UMNO bahagian.

Orang Melayu menolak pemimpin, bukan parti - Ketua UMNO Simpang Renggam
Kemerosotan sokongan orang-orang Melayu kepada UMNO perlu difahami dengan jelas dan betul, tegas Datuk Zakaria Dullah.

PRU15: Tempatkan Hasni di Simpang Renggam, keputusan tepat - Zakaria
Keputusan pucuk pimpinan untuk meletakkan Pengerusi Badan Perhubung UMNO Negeri Johor, Datuk Seri Ir Hasni Mohammad dilihat sebagai satu langkah yang tepat.

PRN Johor: Masyarakat Simpang Renggam perlu jadi teladan, kembali kepada perpaduan dan penyatuan
Zakaria berkata, negara ini, khususnya Johor mempunyai segala potensi sama ada yang bersifat material, mahupun 'non-material'.

Lembaga Disiplin UMNO kena siasat audio mirip Zahid-Anwar
Zakaria mengakui sudah mendengar rakaman audio berkenaan dan tidak pasti sama ada ia tulen atau diada-adakan bagi tujuan tidak baik.

Nazri Aziz pula gesa Zahid berundur, mahu Mat Hasan ambil alih
Nazri menegaskan, Zahid perlu memberi laluan kepada orang lain untuk memimpin parti

Pemimpin UMNO Bahagian saran Zahid 'berkorban' demi kelangsungan parti
Hujah Zakaria, membersihkan parti dan membuang imej 'warlord' merupakan jalan terbaik yang perlu dilakukan sekiranya parti terbesar orang Melayu itu benar-benar mahu berubah.

PAU2020: Berubah atau sebaliknya?
UMNO sememangnya perlu melakukan pembaikian politik untuk kembali memperoleh sokongan dan dokongan khalayak khususnya bangsa Melayu.

PAU 2020: Pemuda dan Puteri perlu tonjol 'ketaksuban akal' dan 'penyatuan Melayu' - Zakaria Dullah
Zakaria percaya, dua agenda itu boleh beri -signal- positif terhadap anak muda di luar UMNO, dalam menilai corak, watak hala pimpinan parti

Pucuk pimpinan jangan remehkan lagi peranan cawangan UMNO
Asas pemulihan UMNO mesti mengambil kira sikap tolak ansur, muafakat, toleran, kerjasama antara kepimpinan semua peringkat.