Pemimpin-pemimpin Wanita dalam PKR dinasihatkan agar bersikap terbuka dalam menerima teguran meskipun teguran itu datang daripada anggota akar umbi.
Menurut Ketua Wanita PKR, Haniza Mohd Talha, teguran itu bertujuan sebagai peringatan untuk ke landasan yang betul apabila mereka 'tergelincir'.
“Kita ada rakan-rakan yang menegur dan mengingatkan kita untuk ke landasan yang betul apabila kita tergelincir.
“Oleh itu tidaklah menjadi kelemahan walaupun kita tersilap dan terima teguran itu dengan berlapang dada meskipun dari anggota biasa,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Kongres Nasional Tahunan Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) kali ke-14 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini malam ini.
Dalam ucapan tersebut, Haniza turut mengingatkan ahli parti agar tidak menggunakan alasan ‘perjuangan sejak dua dekad’ bagi membolehkan mereka mengangkat mana-mana pemimpin yang digemari.
Sebaliknya, tegas beliau, kesemua ahli perlu bekerjasama menangkis usaha mana-mana pihak dari memecahbelahkan parti.
“Kita harus ingat, ramai yang bersama anggota parti ini dari mula dilahir dan diwujudkan, yang telah melalui proses cabaran, (dan) ujian. Pengorbanan dan perjuangan mereka jangan dinafikan.
“Kerana parti ini bukan dibina (oleh) satu atau dua individu sahaja selain ramai anggota biasa yang telah berkorban untuk parti.
“Jadi, jangan kita biarkan mana-mana pihak yang mahu pecah belahkan parti ini dan guna alasan untuk angkat mana-mana pemimpin,” kata beliau yang
juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya.
Sementara itu Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir ketika menyampaikan ucapan perasmian kongres sayap itu berkata, AMK dan Wanita saling memerlukan antara satu sama lain.
“Mungkin beberapa bulan lalu pendirian kita mungkin ada beza, tetapi di parti dan kongres kita letak tepi dan parti ini kita angkat bersama.
“Saya percaya dengan kesatuan ini menjadi dasar asas pada kita untuk berdepan masalah sebenarnya dan masaah kita bukan di dalam, tetapi di luar sana,” katanya.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Dec 05 2019
Ketua Wanita PKR, Haniza Mohd Talha berkata anggota parti perlu bekerjasama menangkis usaha mana-mana pihak dari memecahbelahkan parti. - Foto Astro AWANI
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
NGO diseru sertai jawatankuasa khas bantu bangunkan semula Gaza - Mohd Na’im
Penglibatan semua pihak mustahak dalam menjayakan hasrat Perdana Menteri agar Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Palestin.
Maybank aktifkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan terjejas di Sabah, Sarawak
Bantuan berkenaan disediakan di seluruh negara, bertujuan meringankan beban kewangan pelanggan Maybank yang terjejas.
Kumpulan The Hague keluarkan kenyataan bersama sulung mengenai Palestin
Negara-negara peserta komited tegakkan undang-undang antarabangsa dan memastikan kebertanggungjawapan terhadap jenayah yang didakwa berlaku di Palestin.
Kedudukan geopolitik Malaysia amat signifikan bantu bangun semula Gaza - IKIM
Dalam konteks geopolitik, Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk menjalin kerjasama erat dengan negara-negara anggota OIC.
Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM
Usaha itu turut digembleng bersama sumbangan peribadi rakyat Malaysia yang prihatin serta memperlihatkan solidariti nasional.
Pembekal buntu buah kelapa kurang menjelang Thaipusam
Seorang pembekal utama buah kelapa di Pulau Pinang mendakwa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit menjelang perayaan Thaipusam susulan masalah pengeluaran hasil komoditi berkenaan.
Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.
Perpaduan dan nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Di sebalik pembangunan dan kemodenan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tersemat semangat perpaduan dan nilai kekeluargaan di setiap sudutnya.
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Terima teguran akar umbi, kata Ketua Wanita PKR
Ketua Wanita PKR, Haniza Mohd Talha berkata anggota parti perlu bekerjasama menangkis usaha mana-mana pihak dari memecahbelahkan parti.