MELAKA: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput Datuk Azman Abidin tiba di pusat penamaan calon di Ballroom Stadium Hang Jebat di sini, kira-kira 8.30 pagi bagi menyerahkan borang pencalonannya.
Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Naib Presiden PKR yang juga Pengarah Pilihan Raya PH Datuk Seri Amirudin Shari.
Sementara itu, penyokong parti politik yang bertanding mula memenuhi pekarangan pusat penamaan calon berkenaan seawal 8 pagi dengan pelbagai gelagat termasuk persembahan tarian singa, sorakan, laungan slogan serta kibaran bendera bagi menyokong calon masing-masing.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 14 Nov sebagai hari pengundian PRN Melaka, manakala pengundian awal pada 10 Nov.
Bagi mendapatkan berita terkini PRN Melaka ke-16, layari https://election.bernama.com/prn/melaka/2026/.
-- BERNAMA