Skip to main content

Politik

[TERKINI] Loke tidak hadir program di Sarawak, status letak jawatan jadi tanda tanya

Ketidakhadiran Setiausaha Agung DAP itu menyebabkan media yang hadir ke lokasi berkenaan tidak berpeluang mendapatkan pengesahan lanjut berhubung status peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan. - Gambar fail/Bernama
Ketidakhadiran Setiausaha Agung DAP itu menyebabkan media yang hadir ke lokasi berkenaan tidak berpeluang mendapatkan pengesahan lanjut berhubung status peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan. - Gambar fail/Bernama

Ringkasan AI

  • Status peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan masih belum jelas selepas beliau tidak hadir program kementerian di Kota Samarahan, Sarawak.
  • Loke sebelum ini menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri pada 28 September susulan pendirian DAP terhadap isu pengampunan bersyarat Najib.
  • Istana Negara menegaskan semua syarat pengampunan bersyarat Najib telah dipenuhi dan sebarang pertikaian dianggap ingkar titah Seri Paduka Baginda.
Advertisement

KOTA SAMARAHAN: Status peletakan jawatan Anthony Loke Siew Fook sebagai Menteri Pengangkutan masih menjadi tanda tanya selepas beliau tidak menghadiri satu program kementerian di Kota Samarahan, Sarawak pada Sabtu.

Ketidakhadiran Setiausaha Agung DAP itu menyebabkan media yang hadir ke lokasi berkenaan tidak berpeluang mendapatkan pengesahan lanjut berhubung status peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan.

Perkembangan terbaharu itu susulan kenyataan Istana Negara pada Sabtu yang menegaskan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah jelas, nyata dan tidak mempunyai sebarang kekaburan.

Advertisement

Istana Negara turut menegaskan semua syarat yang ditetapkan dalam titah pengampunan berkenaan telah dipenuhi, manakala sebarang usaha untuk mempertikaikan keputusan itu boleh dianggap sebagai ingkar terhadap titah Seri Paduka Baginda.

Pada Jumaat Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Najib bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat serta kesan Perintah Pelepasan Mahkamah Tinggi selepas pembayaran denda RM50 juta diselesaikan.

Advertisement

Sementara itu, Loke pada Jumaat menegaskan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja Najib tiba di kediamannya untuk menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah.

Beliau sebelum ini memaklumkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 September lalu, susulan pendirian DAP berhubung isu pengampunan bersyarat Najib.
 

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah status peletakan jawatan Anthony Loke Siew Fook sebagai Menteri Pengangkutan? 
    A: Status peletakan jawatan Anthony Loke masih menjadi tanda tanya selepas beliau tidak menghadiri satu program kementerian di Kota Samarahan, Sarawak pada Sabtu.
  • Q: Mengapa media tidak dapat mendapatkan pengesahan lanjut mengenai peletakan jawatan Anthony Loke? 
    A: Media tidak dapat mendapatkan pengesahan lanjut kerana Anthony Loke tidak hadir ke program kementerian tersebut.
  • Q: Apakah kenyataan terbaru dari Istana Negara berkaitan pengampunan bersyarat Najib Tun Razak? 
    A: Istana Negara menegaskan bahawa titah Yang di-Pertuan Agong mengenai pengampunan bersyarat Najib adalah jelas dan semua syarat telah dipenuhi, serta sebarang usaha mempertikaikan keputusan itu dianggap ingkar terhadap titah Seri Paduka Baginda.
  • Q: Apakah tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) berkaitan tahanan di rumah terhadap Najib? 
    A: AGC menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Najib untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat dan kesan Perintah Pelepasan Mahkamah Tinggi selepas pembayaran denda RM50 juta diselesaikan.
  • Q: Bilakah Anthony Loke menyerahkan surat peletakan jawatannya dan apa sebabnya? 
    A: Anthony Loke telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri pada 28 September lalu, susulan pendirian DAP berhubung isu pengampunan bersyarat Najib.

Must Watch Video

Advertisement