Skip to main content

Politik

[TERKINI] PRN Melaka: Teo iringi calon PH DUN Bandar Hilir Leng Chau Yen 

Teo (tiga, kanan) mengiringi Leng (tiga, kiri) ke pusat penamaan calon sempena PRN Melaka ke-16 di Dewan Seri Temu, Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Temu hari ini.  --fotoBERNAMA
Teo (tiga, kanan) mengiringi Leng (tiga, kiri) ke pusat penamaan calon sempena PRN Melaka ke-16 di Dewan Seri Temu, Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Temu hari ini. --fotoBERNAMA

Advertisement

Advertisement

MELAKA: Suasana proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 hari ini dimeriahkan dengan kehadiran beberapa pemimpin politik yang mengiringi calon parti masing-masing, termasuk Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching.

Timbalan Menteri Komunikasi itu hadir memberikan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Hilir, Leng Chau Yen, yang tiba di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Temu di sini pada 9 pagi.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN) Jasmine Lok diiringi Naib Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng.

Advertisement

Turut kelihatan, calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) Dr Mohd Nor Rashidi Ab Jalil.

Pekarangan SMK Padang Temu pagi ini bertukar menjadi 'lautan warna' biru, merah dan kuning setelah penyokong bertali arus membanjiri laluan masuk dengan kibaran bendera parti, manakala keadaan cuaca cerah membantu kelancaran pergerakan awal di pusat penamaan calon.

Advertisement

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 Nov sebagai hari pengundian PRN Melaka, manakala pengundian awal pada 10 Nov.

Bagi mendapatkan berita terkini PRN Melaka ke-16, layari https://election.bernama.com/prn/melaka/2026/.

-- BERNAMA

 

​

Must Watch Video

Advertisement