Tok Batin (Ketua Kampung Orang Asli) di Kampung Sungai Lalang Baru di sini, Aleh Abdullah, 53, mendakwa teks ucapan yang dibacanya sewaktu program berkempen Pakatan Harapan (PH) bukan tulisannya sendiri.
Menurut Aleh, sekurang-kurangnya separuh daripada teks itu ditulis oleh seorang bekas pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan meminta beliau membacakan ucapan itu.
“Bukan saya sebenarnya. Dia tulis dan saya ikutlah (baca).
“Kita sendiri tak cakap (bukan tulisan sendiri) jadi kita pun rasa bangga tak bangga. Tapi kena baca jugalah,” katanya kepada pemberita selepas program Sembang Santai Masyarakat Orang Asal bersama presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini pada Ahad.
Apabila ditanya sekiranya beliau setuju dengan kandungan teks ucapan itu, Aleh berkata: “Tunggu 2 Mac nanti”.
Dalam ucapannya, Aleh dilihat tergagap ketika menyatakan sokongan terhadap kerajaan PH serta calonnya di Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih, Muhammad Aiman Zainali.
“Kami sokong calon PH dan kerajaan. Tepuklah tangan. Kalau tak sokong nanti susah kami semua.
“PRK Semenyih kami sokong dan undi PH. Bila menang nanti, kami minta PH bantu kami,” katanya di hadapan kira-kira 50 masyarakat Orang Asli.
Sementara itu, Aleh turut mendakwa bahawa PH akan mengadakan satu lagi program di Kampung Sungai Lalang Baru di mana penduduk dijangka dijamu selera, diberikan hamper selain dihibur dengan sesi karaoke.
“Sepatutnya orang kata, hamper tak boleh (bagi) untuk memujuk orang mengundi tapi aku tengok boleh, hairan pula.
“Macam mana? Kalau orang lain ambil gambar nanti, rasa serba salah,” katanya lagi.
Pada Rabu lalu, Sinar Harian melaporkan Aleh sebagai berkata beliau berasa rindu dengan pentadbiran Barisan Nasional yang disifatkannya lebih mengambil berat perihal kebajikan kaum minoriti itu.
Astro AWANI sedang cuba mendapatkan respons daripada pihak Jakoa mengenai perkara tersebut.
Arfa Yunus, Firdaus Azil
Sun Feb 24 2019
ALEH: PRK Semenyih kami sokong dan undi PH. Bila menang nanti, kami minta PH bantu kami.
Suami isteri selamat daripada 6 das tembakan, Man Tiger diberkas
Man Tiger ditahan manakala tujuh lagi diburu kerana disyaki terbabit dalam kejadian kes melepaskan enam das tembakan di Simpang Renggam.
Polis beri jaminan keselamatan, trafik lancar di Batu Caves
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan keselamatan dan kelancaran trafik pada sambutan Thaipusam pada selasa susulan penugasan anggota di sekitar Batu Caves dilaksanakan secara 24 jam.
Presiden Erdogan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, diberi sambutan rasmi di kompleks Perdana Putra hari ini di Putrajaya.
Kemuka dokumen palsu, pengarah syarikat direman
Perintah reman sehingga Sabtu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman selepas permohonan dibuat Mahkamah Majistret Ayer Keroh.
Keselamatan, trafik sepanjang sambutan Thaipusam di Pulau Pinang terkawal
Lebih 1.5 juta penganut agama Hindu dan pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang sempena perayaan Thaipusam hari ini.
AWANI Ringkas: Penderaan | Sambutan Thaipusam | Orang hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Trump naikkan tarif keluli dan aluminium
Presiden Donald Trump menaikkan tarif import keluli dan aluminium pada Isnin dengan membatalkan pengecualian serta kuota bebas cukai bagi pembekal utama seperti Kanada, Mexico, Brazil, dan beberapa negara lain.
Tindakan ini berpotensi meningkatkan ketegangan dalam perang perdagangan global.
Tindakan ini berpotensi meningkatkan ketegangan dalam perang perdagangan global.
Polis Israel serbu kedai buku Palestin
Polis Israel menyerbu sebuah kedai buku Palestin terkenal di Baitulmaqdis Timur dan menuduh pemiliknya menjual buku yang dikatakan menghasut keganasan.
Antara buku yang dimaksudkan adalah buku mewarna kanak-kanak berjudul "From the Jordan to the Sea".
Antara buku yang dimaksudkan adalah buku mewarna kanak-kanak berjudul "From the Jordan to the Sea".
Banyak negara gagal penuhi sasaran iklim PBB
Banyak negara pencemar utama gagal memenuhi tarikh akhir Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengemukakan sasaran iklim baharu.
Ia sekali gus menjejaskan usaha menangani pemanasan global ketika pengaruh politik semakin mempengaruhi dasar iklim.
Ia sekali gus menjejaskan usaha menangani pemanasan global ketika pengaruh politik semakin mempengaruhi dasar iklim.
Hujan lebat, banjir kilat landa beberapa kawasan Australia
Hujan lebat dan banjir kilat melanda beberapa bahagian Australia pada Isnin berikutan permulaan musim monsun.
Tok Batin dakwa teks ucapan bukan tulisan sendiri
Dalam ucapannya, Aleh dilihat tergagap ketika menyatakan sokongan terhadap kerajaan PH serta calonnya di Semenyih, Muhammad Aiman Zainali.