Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat berjuang kepada kontinjen Malaysia ke Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026.
- Beliau berharap atlet negara membawa semangat juang, keberanian dan tekad untuk memberikan yang terbaik pada temasya sukan tersebut.
- Kontinjen Malaysia menyasarkan enam pingat emas, 10 perak dan 16 gangsa dalam acara olahraga, badminton serta boccia.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat berjuang buat kontinjen Malaysia pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 berlangsung pada 18 hingga 24 Okt ini.
Beliau berharap atlet negara dapat membawa semangat juang, keberanian dan tekad untuk memberikan yang terbaik pada temasya sukan itu.
“Seluruh rakyat Malaysia berdiri teguh bersama anda. Terus melangkah, cipta kejayaan dan harumkan nama negara!” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Kontinjen negara menyasarkan enam pingat emas, 10 perak dan 16 gangsa menerusi acara olahraga, badminton serta boccia.
-- BERNAMA