Skip to main content

Sukan

Saya minta dia teruskan, tapi saya perlu terima keputusan Ronaldo - Jurulatih Portugal

Ronaldo menamatkan karier antarabangsa sebagai penjaring terbanyak Portugal dengan 146 gol dalam 234 perlawanan serta memenangi Euro 2019 dan dua Liga Negara-Negara. - Stadium Astro
Ronaldo menamatkan karier antarabangsa sebagai penjaring terbanyak Portugal dengan 146 gol dalam 234 perlawanan serta memenangi Euro 2019 dan dua Liga Negara-Negara. - Stadium Astro

Ringkasan AI

  • Ketua jurulatih Portugal, Jorge Jesus, menghormati keputusan persaraan Cristiano Ronaldo pada usia 41 tahun selepas 23 tahun berkhidmat untuk negara.
  • Ronaldo menamatkan karier antarabangsa sebagai penjaring terbanyak Portugal dengan 146 gol dalam 234 perlawanan serta memenangi Euro 2019 dan dua Liga Negara-Negara.
  • Jesus menyatakan Ronaldo kekal sebagai ikon global dan inspirasi kepada pemain muda, serta akan sentiasa dihargai rakyat Portugal.
Advertisement

KETUA jurulatih Portugal, Jorge Jesus, menyatakan dia menghormati keputusan Cristiano Ronaldo untuk bersara pada usia 41 tahun selepas 23 tahun berkhidmat untuk Portugal.

Untuk rekod, Ronaldo meninggalkan pentas antarabangsanya selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman Portugal dengan 146 gol selepas 234 perlawanan, selain menjuarai Euro 2019 dan dua edisi Liga Negara-Negara (UNL) pada 2019 dan 2025.

"Cristiano ialah ikon global, contoh untuk Portugal dan pasukan kebangsaan. Saya telah letakkan gambar besarnya di auditorium kami supaya semua pemain muda dapat memandangnya setiap hari.

Advertisement

"Saya memintanya untuk terus bersama saya kerana saya memerlukannya di sisi saya.

"Tetapi saya perlu menerima keputusannya.

Advertisement

"Dia akan sentiasa mendapat tempat di hati rakyat Portugal," katanya. 

 

-- Stadium Astro
 

Must Watch Video

Advertisement