Skip to main content

Sukan

Sukan Para Asia 2026: Bonnie pertahan gelaran, sumbang emas kedua negara

Jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan pingat emas kedua Malaysia pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas mengungguli kategori 72 kilogram (kg) lelaki di Nagoya City Trade & Industry Center hari ini.
Jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan pingat emas kedua Malaysia pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas mengungguli kategori 72 kilogram (kg) lelaki di Nagoya City Trade & Industry Center hari ini.

Advertisement

Ringkasan AI

  • Bonnie Bunyau Gustin memenangi pingat emas kedua Malaysia di Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 dalam kategori powerlifting 72kg lelaki.
  • Beliau mempertahankan emas yang dimenangi pada edisi 2022 dengan angkatan terbaik 225kg, mengatasi atlet China dan Iran.
  • Kemenangan ini mengubat kekecewaan selepas gagal mempertahankan emas Sukan Komanwel di Glasgow pada Julai lalu.

KUALA LUMPUR: Jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan pingat emas kedua Malaysia pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas mengungguli kategori 72 kilogram (kg) lelaki di Nagoya City Trade & Industry Center hari ini.

Kejayaan itu menyaksikan Bonnie mempertahankan emas dimenanginya pada edisi 2022 di Hangzhou. 

Atlet berusia 27 tahun kelahiran Serian, Sarawak itu memulakan saingan dengan angkatan 216 kg sebelum meningkatkan angkatan kepada 225 kg pada percubaan kedua.

Bagaimanapun, Bonnie gagal menyempurnakan angkatan 231 kg pada percubaan terakhir, sekali gus menjadikan 225 kg sebagai angkatan terbaik.

Atlet China Zhang Pingkang meraih perak dengan angkatan terbaik 212 kg manakala wakil Iran Mohsen Bakhtiar membawa pulang gangsa selepas mencatat 208 kg.

Bonnie yang juga juara Paralimpik dua kali turun beraksi pada final berkenaan selaku pemegang rekod dunia 232 kg, rekod Asia 231 kg dan rekod temasya 230 kg.

Kemenangan itu turut mengubat kekecewaan Bonnie selepas gagal mempertahankan emas Sukan Komanwel di Glasgow pada Julai lepas apabila sekadar meraih gangsa dalam kategori lightweight lelaki.

Kontinjen Malaysia emas pertama menerusi pelumba berbasikal trek para Zuhairie Ahmad Tarmizi yang mengungguli acara 1000m ujian masa C4-C5 lelaki.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement