Kontinjen Malaysia meneruskan aksi hambar pada hari kelima Sukan SEA ke-30 di Filipina, setelah sekadar menambah dua pingat emas, masing-masing menerusi acara pencak silat dan petanque, pada Khamis.
Sumbangan dua emas berkenaan, selain tambahan lima perak dan dua gangsa menyaksikan Malaysia turun dua anak tangga ke kedudukan kelima, dengan kutipan pingat keseluruhan 23 emas, 16 perak dan 24 gangsa.
Lima perak berkenaan diperolehi dalam acara petanque (triples wanita), lawan pedang (Epee individu lelaki), tenping boling (beregu campuran), judo (66kg lelaki) dan acara sambo 90kg lelaki, manakala dua gangsa diraih menerusi acara pencak silat (kelas Putera B 40-45kg) serta acara renang (200m kuak dada wanita).
Dengan berbaki enam hari sebelum upacara penutupan, Filipina hampir pasti dinobatkan juara keseluruhan buat kali kedua di laman sendiri, selepas edisi 2005 dengan kutipan 63 emas, 45 perak dan 34 gangsa.
Vietnam juara keseluruhan edisi 2003 di laman sendiri, kekal di tangga kedua dengan kutipan pingat keseluruhan 31 emas, 35 perak dan 41 gangsa, manakala Indonesia naik dua anak tangga ke kedudukan ketiga setelah mengutip 27 emas, 36 perak dan 39 gangsa.
Pada aksi semalam, skuad pencak silat negara menghadiahkan kilauan pingat emas pertama, menerusi pesilat kebangsaan, Zulfakar Zulfazly yang berjaya mengatasi pesilat Indonesia, Hanifan Yudani Kusumah menerusi keputusan 3-2, dalam kelas Putera D (60-65kg) di Pusat Konvensyen dan Pameran Subic.
Emas kedua hadir dalam suasana yang berbeza setelah trio petanque lelaki yang dibarisi Muhammad Hafizuddin Mat Daud, Syed Akmal Fikri Syed Ali dan Saiful Bahri Musmin, diheret bertarung hampir tiga jam, sebelum menumbangkan juara bertahan, Thailand menerusi keputusan dramatik 13-11 pada aksi final triples lelaki di CDC Lot, yang terletak bertentangan Royce Hotel and Casino, Clark.
Kontinjen Malaysia akan meneruskan pemburuan emas pada hari keenam, hari ini dalam beberapa acara, antaranya terjun, renang, marathon, berbasikal, pentathlon, muay thai dan petanque.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 05 2019

Atlet petanque negara (dari kiri) Syed Akmal, Saiful Bahri, Muhammad Hafizuddin dan Mohd Safi menunjukkan pingat emas yang dimenangi selepas menentang Thailand di New Clark City, 5 Dis, 2019. --fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Aksi hambar kontinjen Malaysia berterusan pada hari kelima Sukan SEA
Malaysia turun dua anak tangga ke kedudukan kelima, dengan kutipan pingat keseluruhan 23 emas, 16 perak dan 24 gangsa.