Arena sukan pada hari ini memerlukan lebih ramai penglibatan golongan wanita yang berwawasan dan berkeyakinan tinggi sebagai platform dalam memartabatkan golongan wanita di Malaysia.
Realitinya, ramai yang berpendapat bahawa tidak mustahil untuk atlet wanita menjadi penyumbang pingat emas pertama kepada negara menerusi sukan Olimpik.
Serentak dengan itu, keputusan undian menerusi Twitter rasmi Astro AWANI menunjukkan 83 peratus menyatakan persetujuan mereka bahawa wanita mampu berbuat demikian kerana ia bukan sesuatu yang mustahil.
Di Facebook Astro AWANI turut menunjukkan keputusan undian yang positif iaitu dengan jumlah undian 69 peratus dengan beberapa netizen memberi komen ‘Malaysia Boleh!’.
Dalam pada itu, tidak hanya sebagai atlet, malah bidang sukan mampu membuka ruang karier kepada individu selepas persaraan melalui pengalaman-pengalaman yang dimiliki.
Justeru, semua wanita wajar diberi peluang sama rata untuk menjadi seorang atlet profesional setanding dengan golongan lelaki.
Melalui undian yang dibuat berdasarkan kempen kolaborasi Pantene bersama ASTRO: Braids of Strength, rata-rata netizen mempunyai pandangan dan pendirian sendiri berhubung persoalan sama ada wajar atau tidak wanita perlu diberi peluang sama rata untuk menjadi atlet profesional.
86 peratus netizen di Twitter mengundi bahawa wanita patut diberi peluang sama rata untuk menjadi atlet professional; manakala keputusan di Facebook menunjukkan 76 peratus netizen menyokong perkara itu.
Mereka bersetuju agar peluang itu diberikan kepada golongan wanita dalam usaha melahirkan lebih ramai lagi atlet seperti Datuk Nicol David, Farah Ann dan Pandelela Rinong.
Kata mereka, peluang sedemikian akan memberi peluang lebih ramai atlet wanita untuk mengukir kejayaan dan berjaya dalam sukan.
Usaha ini sama sekali akan membantu dalam mengatasi penurunan jumlah atlet wanita yang dilihat semakin berkurangan berbanding atlet lelaki.
Selain itu, netizen turut berpendapat untuk terlibat dalam sukan, seseorang wanita itu perlu mempunyai bakat, minat dan kebolehan untuk bersukan.
Sokongan daripada pelbagai pihak seperti keluarga dan persatuan-persatuan sukan juga memainkan peranan penting kerana ia mampu membawa atlet wanita lebih kompetitif untuk berjuang di pentas antarabangsa.
Untuk berjaya, golongan wanita juga perlu sentiasa positif dan yakin dengan kemampuan diri sendiri.
Jangan sesekali berfikiran bahawa sukan menjadi halangan kaum Hawa untuk tampil feminin, ayu dan cantik.
69 peratus undian melalui Facebook Astro AWANI menunjukkan sebahagian besar netizen tidak bersetuju sukan menjejaskan keayuan wanita.
Di Twitter pula berjaya mengumpul undian 52 peratus tanda tidak setuju netizen wanita akan kelihatan maskulin dalam sukan.
Meskipun ada yang berpendapat bersukan menjadikan wanita kelihatan maskulin, ia tidak seharusnya dijadikan alasan utama untuk seseorang itu mengelak untuk menjadi lebih aktif.
Selain menyihatkan tubuh badan, sukan mampu menjadi awet muda dan lebih manis lagi apabila atlet sukan akan diingati oleh orang ramai dan mereka juga dijadikan idola oleh generasi muda.
87 peratus netizen di Twitter berpendapat bahawa penglibatan dalam sukan mampu meningkatkan keyakinan diri wanita.
Sukan memberi banyak kelebihan untuk seseorang individu terutama untuk percaya dengan keupayaan diri sendiri dan tampil lebih yakin serta bersedia mengatasi pelbagai cabaran dan kekecewaan.
Secara keseluruhannya, sukan bukan sesuatu yang merugikan baik kepada diri atlet terbabit secara khusus, malah negara secara am.
Kempen “Wanita Besi” diterajui oleh Pantene merupakan hasil kerjasama dengan ASTRO bagi memperkasa wanita untuk menangani cabaran dan kekal aktif dalam sukan.
Astro Awani
Thu Feb 28 2019
![Arena sukan memerlukan lebih ramai 'wanita besi' Arena sukan memerlukan lebih ramai 'wanita besi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/51551358822_PANTENE.jpg)
Kempen 'Wanita Besi' diterajui oleh Pantene merupakan hasil kerjasama dengan ASTRO bagi memperkasa wanita untuk menangani cabaran dan kekal aktif dalam sukan.
![RMHC Malaysia rasmi Rumah Ronald McDonald di HTA, bantu 4,000 keluarga sejak beroperasi RMHC Malaysia rasmi Rumah Ronald McDonald di HTA, bantu 4,000 keluarga sejak beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739614548_RMHHTA.jpg)
RMHC Malaysia rasmi Rumah Ronald McDonald di HTA, bantu 4,000 keluarga sejak beroperasi
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) merasmikan Rumah Ronald McDonald (RMH) di Hospital Tunku Azizah (HTA), sempena meraikan pencapaian empat tahun fasiliti itu.
![Tiga cedera, silinder gas meletup Tiga cedera, silinder gas meletup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739614165_Silindergasmeletup.jpg)
Tiga cedera, silinder gas meletup
Seorang pekerja patah kaki manakala dua lagi cedera ringan dalam insiden letupan silinder gas di sebuah kilang pembuatan dan penyelesaian komponen elektronik di Pulau Pinang.
![OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali' OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739609456_SamAltman.jpg)
OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'
OpenAI pada Jumaat secara rasmi menolak tawaran hampir US$100 bilion oleh Elon Musk untuk memperoleh organisasi tidak berasaskan keuntungan yang mengawal syarikat permulaan AI itu, lapor Xinhua.
![Hujahan penutup kes tembak selesai, A$AP Rocky dan Rihanna tinggalkan mahkamah Hujahan penutup kes tembak selesai, A$AP Rocky dan Rihanna tinggalkan mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739607935_RihannaAAPRocky.jpg)
Hujahan penutup kes tembak selesai, A$AP Rocky dan Rihanna tinggalkan mahkamah
Penyanyi terkenal Rihanna dan pasangannya, A$AP Rocky, berpimpin tangan meninggalkan Mahkamah California selepas hujahan penutup selesai dalam perbicaraan kes tembakan pada Jumaat.
![50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram 50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739613931_kgpeluruke.jpg)
50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram
Serbuan di sebuah kilang memproses sampah elektronik (e-waste) di Telok Panglima Garang, di sini, membongkar penemuan kira-kira 50,000 kilogram (kg) peluru termasuk kelongsong, pada Sabtu.
![Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733142105_AhmadZahidHamidi.jpg)
Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.
Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat berkata beliau akan mengumumkan tarif ke atas kereta import pada awal April.
Thailand hantar 10 suspek kes penculikan, pusat penipuan ke China
Thailand menghantar pulang 10 warga China dikaitkan dengan kes penculikan pelakon terkenal yang diselamatkan dari sebuah pusat penipuan siber di Myanmar.
![PPR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja - PM PPR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739612035_AnwarIbrahim.jpg)
PPR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni MADANI Bestari Jaya dijadikan model kerjasama antara estet dan kerajaan dalam membangunkan perumahan pekerja.
Rihanna, A$Ap Rocky tinggalkan mahkamah
Penyanyi terkenal Rihanna dan pasangannya, A$AP Rocky, berpimpin tangan meninggalkan Mahkamah California selepas hujahan penutup selesai dalam perbicaraan kes tembakan pada Jumaat.
![Suri teladan penting dalam membentuk atlet, pemimpin sukan wanita berjaya - Sharon Suri teladan penting dalam membentuk atlet, pemimpin sukan wanita berjaya - Sharon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680327330_SharonWee.jpg)
Suri teladan penting dalam membentuk atlet, pemimpin sukan wanita berjaya - Sharon
Ia mampu menjadi pendorong kepada kelahiran lebih ramai atlet dan pemimpin sukan wanita berjaya.
![Hannah harap atlet wanita raih pingat di LA28, tumpuan pada skuasy Hannah harap atlet wanita raih pingat di LA28, tumpuan pada skuasy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726003503_HannahYeoh.jpg)
Hannah harap atlet wanita raih pingat di LA28, tumpuan pada skuasy
Hannah berkata harapan itu boleh disandarkan pada atlet skuasy wanita yang dilihat mempunyai persekitaran positif di bawah bimbingan SRAM.
![Sukan Olimpik 2024: Tiga atlet wanita tidak diiktiraf kerajaan Taliban Sukan Olimpik 2024: Tiga atlet wanita tidak diiktiraf kerajaan Taliban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720486447_Olympicprioritylan.jpg)
Sukan Olimpik 2024: Tiga atlet wanita tidak diiktiraf kerajaan Taliban
Kerajaan Taliban Afghanistan tidak mengiktiraf tiga atlet wanita mereka yang bakal mewakili negara berkenaan di Sukan Olimpik Paris 2024.
![Wushu berpotensi sumbang pingat pertama di Hangzhou 2022 - Kim Fatt Wushu berpotensi sumbang pingat pertama di Hangzhou 2022 - Kim Fatt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694601793_ChongKimFatt.jpg)
Wushu berpotensi sumbang pingat pertama di Hangzhou 2022 - Kim Fatt
Kem wushu dijangka menjadi penyumbang pingat pertama buat kontinjen negara ke Sukan Asia Hangzhou 2022, di China bermula 23 Sept hingga 8 Okt ini.
![Pilih antara rumah tangga, karier antara cabaran besar atlet wanita Pilih antara rumah tangga, karier antara cabaran besar atlet wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81615211807_LeongMunYee.jpg)
Pilih antara rumah tangga, karier antara cabaran besar atlet wanita
Leong Mun Yee berkata atlet wanita khususnya yang berada dalam usia lewat 20-an, berdepan cabaran besar untuk membuat pilihan itu kerana berdasarkan faktor usia dan impian memburu kejayaan.
![Shalin, Nicol, Pandelela kongsi kejayaan dan kegagalan dalam karier Shalin, Nicol, Pandelela kongsi kejayaan dan kegagalan dalam karier](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81609284483_oneinamillion.jpg)
Shalin, Nicol, Pandelela kongsi kejayaan dan kegagalan dalam karier
Tiga atlet wanita berkongsi kisah kejayaan dan bagaimana mereka berjaya mengatasi halangan untuk muncul antara bintang sukan terbaik negara.
![Isu gimnas wanita Terengganu: MGF tidak mahu campur tangan Isu gimnas wanita Terengganu: MGF tidak mahu campur tangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/81567957952_PersekutuanGimnasti.jpg)
Isu gimnas wanita Terengganu: MGF tidak mahu campur tangan
Sambil menyatakan itu bukanlah satu isu baharu, Presidennya Rachel Lau berkata persekutuan itu, telah membuat pendirian jelas mengenainya, dengan menyatakan ia adalah isu kerajaan negeri.
!['Pakaian patuh syariah, kerajaan tak paksa atlet tapi...' 'Pakaian patuh syariah, kerajaan tak paksa atlet tapi...'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/81565775824_SyedSaddiq.jpg)
'Pakaian patuh syariah, kerajaan tak paksa atlet tapi...'
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan terbuka mengalu-alukan semua pihak untuk memberi nasihat kepada atlet berhubung perkara tersebut.
![Arena sukan memerlukan lebih ramai 'wanita besi' Arena sukan memerlukan lebih ramai 'wanita besi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/51551358822_PANTENE.jpg)
Arena sukan memerlukan lebih ramai 'wanita besi'
Arena sukan pada hari ini memerlukan lebih ramai penglibatan golongan wanita yang berwawasan dan berkeyakinan tinggi sebagai platform dalam memartabatkan golongan wanita di Malaysia.
![Yuna, Farah Ann mahu wanita aktif dalam sukan tanpa halangan dan kerisauan Yuna, Farah Ann mahu wanita aktif dalam sukan tanpa halangan dan kerisauan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/41550490597_YUNAFARAH.jpg)
Yuna, Farah Ann mahu wanita aktif dalam sukan tanpa halangan dan kerisauan
Penyanyi Yuna dan atlet gimnas negara, Farah Ann mahu semua wanita di Malaysia mengatasi apa jua kekangan untuk terlibat dalam sukan kerana mereka akan sentiasa kekal cantik dan kekal kuat