KUALA LUMPUR: Pelempar cakera wanita negara Connie Chu Kang Ni memenangi emas pada hari pembukaan Kejohanan Olahraga Qasanov di Almaty, Kazakhstan.
Atlet berusia 27 tahun itu memenangi pingat emas itu selepas melempar sejauh 43.65 meter (m) dalam percubaan akhirnya sementara Yuliana Shukina dari Uzbekistan (38.90m) dan wakil tuan rumah Alina Vorontsova (36.78m) masing-masing memperoleh perak dan gangsa.
Sementara itu Jonathan Nyepa memperoleh perak dalam acara 100m dengan catatan masa 10.64 saat (s).
Wakil Kazakhstan Vitality Zems menjuarai acara riben biru itu dengan catatan masa 10.57s, sementara Ildar Akhmadiev dari Tajikistan membawa pulang gangsa.
Dalam 100m lompat pagar lelaki, Rayzam Shah Wan Sofian mendapat tempat ketiga daripada tiga peserta acara itu dengan catatan masa 14.18s.
Atlet lompat pagar tuan rumah, David Yefremov (13.66s) dan Yevgeniy Prokudin (13.84s) masing-masing berada di tempat pertama dan kedua.
Dua lagi atlet negara, Muhammad Ilham Suhaimi berada di tempat keempat dalam acara 400m lelaki dengan mancatatkan masa 48.47s dan atlet lompat tinggi Yap Sean Yee di tempat kelima dengan lompatan pada ketinggian 1.80m.
Pengurus pasukan Datuk Wan Hisham Wan Salleh merasa gembira dengan prestasi atlet yang menyertai pertandingan di luar negara buat julung kali selepas lebih dari setahun tidak bertanding di seberang laut kerana pandemik COVID-19.
"Selepas PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan ketiadaan pertandingan antarabangsa mereka beraksi dengan baik. Mereka bertanding dengan diri sendiri dan untuk mengatasi pencapaian terbaik masing-masing.
Bagaimanapun, saya bersimpati dengan atlet lompat jauh Andre Anura Anuar yang mengalami kecederaan hamstring dan terpaksa menarik diri daripada pertandingan hari ini," katanya ketika dihubungi semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 19 2021

Pengurus pasukan Datuk Wan Hisham Wan Salleh merasa gembira dengan prestasi atlet yang menyertai pertandingan di luar negara buat julung kali selepas lebih dari setahun tidak bertanding di seberang laut kerana pandemik COVID-19. - Foto BERNAMA

X naikkan harga langganan X Premium+ sekali lagi, kini RM177 sebulan
X telah meningkatkan harga langganan untuk pelan X Premium kepada RM177 sebulan, selepas peningkatan sebelumnya pada Disember 2024.

Warga emas hilang ketika memancing ditemukan lemas
Mayat mangsa dijumpai oleh orang awam selepas timbul di Jeti Pink Rompin pagi ini pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Veteran DAP, Kulasegaran tarik diri pemilihan parti
M Kulasegaran mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Man Tiger tidak mengaku cuba bunuh suami isteri
Suspek ditahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian dan mempunyai 27 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.
3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Tiga buah bas meletup, di Tel Aviv pada Khamis dalam kejadian yang didakwa oleh polis Israel sebagai serangan pengganas.
Inflasi Januari 2025, apa pendorong situasi dan prestasi terkini?
Untuk mengulas lanjut angka terkini inflasi ini, kita bersama Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, Provost, Malaysia University of Science & Technology MUST.

Jabatan Kesihatan rampas gula-gula kenyal dijual dekat sekolah Mohamad Fahmi
JKN Pulau Pinang sedang siasat lebih lanjut keselamatan produk makanan itu, tindakan selanjutnya akan diselaras di peringkat ibu pejabat.

Bapa dakwa anak autistik didera di taska, ada kesan lebam
Seorang kanak-kanak autistik, didakwa menjadi mangsa dera di taska apabila bapanya menemukan kesan lebam yang besar pada belakang badan ketika ingin memandikan anak sulungnya itu.
'Nak beli baju raya, rancang kewangan terlebih dahulu' - Pakar
Masyarakat disaran untuk berbelanja secara berhemah dan tidak membiarkan perancangan kewangan mereka tersasar semata-mata kerana ingin memenuhi gaya hidup atau mengikut trend menjelang perayaan Aidilfitri.
[TERKINI] Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 - DOSM
Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 dengan mata indeks mencatatkan 133.6 berbanding 131.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan hari ini mengenai keluaran Indeks Harga Pengguna (IHP), Januari 2025.

Connie menang emas, Jonathan peroleh perak di Kazakhstan
Pelempar cakera wanita negara Connie Chu Kang Ni memenangi emas pada hari pembukaan Kejohanan Olahraga Qasanov di Almaty, Kazakhstan.