Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan SEA ke-30, Datuk Megat Zulkarnain Omardin menolak dakwaan dua akhbar bahawa seorang atlet Malaysia positif ujian doping.
Beliau menegaskan bahawa laporan dua akhbar berbahasa Melayu itu membuat dakwaan yang tidak berasas sama sekali.
"Apa yang berlaku ialah wartawan berkenaan mendengar perbualan yang berlaku antara pegawai Anti Doping Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA Filipina (PHISGOC) yang berjumpa dengan pegawai pasukan Malaysia memaklumkan untuk mengambil sampel air kencing salah seorang pemain sofbal Malaysia bagi ujian doping.
"Tetapi telah disalah anggap oleh wartawan tersebut bahawa atlet negara telah dikesan positif doping," katanya menerusi kenyataan pada Iasnin malam.
Megat Zulkarnain menjelaskan bahawa ujian doping akan melalui proses yang teliti, yang mana semua sampel air kencing akan dihantar untuk diuji di makmal dari luar Filipina seperti di Jepun atau Australia.
Beliau berkata kebiasaannya penghantaran akan dilakukan secara berkumpulan dan agak mustahil keputusan ujian boleh diperolehi dengan begitu pantas.
"Apatah lagi, sebarang keputusan akan dimaklumkan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Doping PHISGOC yang akan memulakan proses mengemukakan laporan kepada Jawatankuasa Pengelola sebelum dimaklumkan kepada Majlis Olimpik negara berkenaan.
Proses berikutnya melibatkan pemakluman kepada atlet terlibat yang mungkin akan mencabar keputusan tersebut melalui sampel B terlebih dahulu. Proses ini akan mengambil masa dan tidak mungkin keputusan tersebut akan diketahui serta merta," katanya .
Beliau yang juga Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) berharap agar semua pihak mendapatkan pengesahan terlebih dahulu sebelum melaporkan perkara yang akan mencetuskan situasi yang tidak menyenangkan kepada sesiapa sahaja.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 02 2019

MEGAT ZULKARNAIN: Wartawan berkenaan mendengar perbualan yang berlaku antara pegawai Anti Doping PHISGOC yang berjumpa dengan pegawai pasukan Malaysia. - Gambar fail

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

Sukan Para Asia 2022: Giliran atlet 'luar biasa' bukti kehebatan
Kini tiba giliran 113 atlet 'luar biasa' negara bagi membuktikan kehebatan mereka apabila temasya Sukan Para Asia 2022 menyingkap tirainya secara rasmi, di sini esok.

Kontinjen negara lesu pada hari kelapan Sukan SEA 2023
Hari kelapan temasya Sukan SEA 2023 yang berlangsung pada Sabtu menyaksikan suasana suram buat kontinjen negara tanpa kutipan pingat emas.

Ramachandran 'kecewa' rekod miliknya masih utuh selepas 28 tahun
Kurangnya penglibatan dan keazaman dalam kalangan atlet generasi kini, menyebabkan Malaysia tidak menonjol dalam acara jarak jauh.

Malaysia perlu sembilan emas capai sasaran di Hanoi
Beberapa acara final melibatkan atlet Malaysia diharapkan dapat menghadiahkan kilauan emas.

Hari kedua Paralimpik Tokyo medan perbaiki rekod peribadi
Walaupun tidak membutir sebarang pingat namun empat rekod peribadi berjaya dilakar oleh wakil negara pada hari kedua Sukan Paralimpik Tokyo.

Tokyo 2020: Zii Jia, Nur Shazrin, Jinq En 'penyelamat' aksi hari ketiga atlet Malaysia
Pemain perseorangan utama negara, Lee Zii Jia, atlet pelayaran wanita Nur Shazrin Mohamad Latif dan perenang Phee Jinq En, menceriakan kem negara, pada ketika beberapa atlet Malaysia lain mempamerkan

Senarai akhir kontinjen negara ke Tokyo diketahui awal Julai
Senarai akhir bagi kontinjen negara ke temasya Tokyo 2020 dijangka diketahui awal Julai berikutan pusingan kelayakan bagi beberapa acara sukan melibatkan atlet Malaysia masih berlangsung hingga Jun.

Atlet Malaysia yang berada di 13 negara luar dalam keadaan baik - KBS
KBS akan sentiasa memantau perkembangan dan keperluan dari semasa ke semasa serta bersedia untuk membantu atlet Malaysia di luar negara.

Muhammad Shah Firdaus sah ke Olimpik 2020 - PKBM
E-mel daripada Ketua Jabatan Trek UCI, Gilles Peruzzi itu mengesahkan Malaysia meraih dua slot dalam acara keirin dan pecut individu pada temasya sukan terbesar dunia itu, bersama 36 negara lain.

Mohd Azizulhasni layak acara pecut Olimpik Tokyo 2020
Azizul meningkat lima tempat ke kedudukan kelima terbaik dunia, dalam acara pecut individu selepas mengumpulkan 2,415 mata.