CROATIA 1 REPUBLIK CZECH 1
Ivan Perisic memastikan Croatia mengikat Republik Czech 1-1 selepas Patrick Schick menjadi pendahulu senarai penjaring terbanyak Euro 2020 dengan gol sepakan penalti kontroversinya awal pagi tadi.
Schick menjaringkan gol berganda, termasuk satu jaringan jarak jauh, ketika Republik Czech menewaskan Scotland 2-0 dalam perlawanan pembukaan di Hampden Park, Isnin lalu dan kali ini, dia meletakkan pasukannya di depan menerusi sepakan penaltinya di venue sama.
Croatia ternyata tidak berpuas hati selepas Dejan Lovren dipersalahkan gara-gara dilihat secara tidak sengaja menyiku hidung Schick dan video bantuan pengadil (VAR) meminta Carlos del Cerro untuk menyemak insiden itu melalui monitor di tepi padang dalam babak pertama.
Perisic kemudian menyamakan kedudukan pada awal babak kedua untuk memastikan Croatia hanya ketinggalan tiga mata di belakang Republik Czech dan England.
Aksi hambar dalam separuh masa pertama akhirnya mencetuskan sensasi apabila pengadil dari Sepanyol, Del Cerro, memberikan sepakan penalti buat Republik Czech yang membuatkan Lovren terkejut dan keliru kerana dia tidak berniat untuk menyiku Schick ketika perebutan bola di udara susulan satu sepakan penjuru.
Hidung penyerang Republik Czech itu itu kelihatan berdarah tetapi dia sendiri mengambil sepakan penalti itu untuk menewaskan Dominik Livakovic pada lapan minit terakhir sebelum waktu rehat.
Ante Rebic mensia-siakan peluang untuk menyamakan kedudukan beberapa minit selepas insiden itu apabila sepakannya, susulan hantaran Jasip Brekalo, tersasar dari sasaran.
Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic, melakukan dua pertukaran selepas waktu rehat dengan menggantukan Brekalo dan Rebic dengan Lika Ivanusec dan Bruno Petkovic.
Hasilnya, naib juara Piala Dunia 2018 itu hanya memerlukan dua minit untuk menyamakan kedudukan apabila Perisic melakukan larian dari sebelah kiri sebelum melepaskan rembatan kaki kanan yang menewaskan penjaga gol, Tomas Vaclik.
Kedua-dua pasukan gagal mencari gol kemenangan dan tekanan kini lebih dirasai Croatia menjelang misi wajib menang ke atas Scotland dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan D awal pagi Rabu depan.
Astro Arena
Sat Jun 19 2021

Pemain Republik Czech Jakub Jankto melompat untuk mengelak penjaga gol Croatia Dominik Livakovic ketika beraksi dalam perlawanan Euro 2020 kumpulan D antara Croatia dan Republik Czech di stadium Hampden Park, Glasgow, 18 Jun, 2021. (Foto AP)

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Milanovic dahului pusingan kedua pilihan raya Presiden Croatia - Tinjauan
Tinjauan yang diterbitkan oleh tiga stesen televisyen tempatan menunjukkan Milanovic memperoleh 77.86 peratus undi.

6 terbunuh, 4 cedera dalam tembakan di Croatia
Enam orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam kejadian tembakan di Rumah Orang Tua di Daruvar, timur Croatia, pada Isnin.

EURO 2024: Mattia Zaccagni wira Itali lolos ke suku akhir
Penyandang juara itu menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan B dan berdepan penyingkiran berikutan jaringan Luka Modric di Leipzig, awal pagi tadi.

EURO 2024: Albania bangkit ikat Croatia, 2-2 di Hamburg
Skuad kendalian Zlatko Dalic dan Sylvinho tampil dalam perlawanan kedua kumpulan dengan misi kemenangan selepas tewas aksi pertama.

Steinbruckner sudah sedia galas beg pulang ke Croatia?
Beberapa isu menjadi perhatian Steinbruckner dan perkara itu melambatkan lagi keputusan untuk dibuat.

Ribut kuat di Croatia ragut tiga nyawa, puluhan lagi cedera
Ribut kencang yang melanda benua Croatia pada Rabu meragut tiga nyawa, selain mengakibatkan berpuluh-puluh lagi cedera.

Modric luah hasrat terus beraksi
Pemain berusia 37 tahun itu mendedahkan dia akan meneruskan kerjaya antarabangsanya sehingga 2023.

Croatia ketiga terbaik Piala Dunia 2022, atasi Maghribi 2-1
Croatia muncul pasukan ketiga terbaik Piala Dunia Qatar 2022 selepas menewaskan Maghribi 2-1 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga di Stadium Antarabangsa Khalifa pada Sabtu.

Croatia, Maghribi alih tumpuan ketiga terbaik Qatar 2022
Menewaskan dua pasukan bertaraf dunia untuk mara ke final terbukti sebagai langkah yang terlalu jauh untuk Croatia dan Maghribi.

Piala Dunia Qatar: Croatia rayu Luka Modric tangguh persaraan
Kehadiran pemain berusia 37 tahun itu belum cukup memberi inspirasi kepada pasukannya untuk mengatasi Argentina semalam.