PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menolak kemungkinan untuk mengikut cara Vietnam dan Thailand dengan mencanang bahawa ketua jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe, merupakan pilihan tepat untuk mengendalikan skuad B-22 negara tahun depan.
Jawatan jurulatih skuad B-22 negara itu sedang hangat diperkatakan selepas FAM memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak Datuk Ong Kim Swee.
Kim Swee gagal mencapai indeks prestasi utama (KPI) selepas pasukan bimbingannya terkandas seawal peringkat kumpulan dalam Sukan SEA Filipina awal bulan ini.
Ada pihak mencadangkan agar mandat itu diberikan kepada Cheng Hoe -- sama seperti Park Hang Seo (Vietnam) dan Akira Nishino (Thailand), yang memegang dua jawatan itu buat majikan masing-masing.
"Keputusan untuk (melantik) jurulatih skuad B-22 itu akan dibincangkan dalam (mesyuarat) Jawatankuasa Skuad Kebangsaan pada Februari atau Mac depan.
"Saya mahu tambah di sini bahawa adalah tidak mustahil untuk ketua jurulatih skuad kebangsaan memikul (tanggungjawab dalam) pasukan B-22," kata Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.
Pilihan badan induk itu dilihat cukup rasional kerana ia akan memudahkan peralihan pemain daripada skuad B-22 kepada skuad senior.
"Kita perlu sedar bahawa kami ada perjalanan yang amat penting bersama jurulatih Tan Cheng Hoe hingga Jun depan.
"Dan saya rasa kami perlu meletakkannya sebagai kepentingan dalam perbincangan dan keputusan yang akan dikeluarkan FAM," tambahnya.
Astro Arena
Fri Dec 27 2019
STUART: Keputusan untuk (melantik) jurulatih skuad B-22 itu akan dibincangkan dalam (mesyuarat) Jawatankuasa Skuad Kebangsaan pada Februari atau Mac depan.
'Tunai janji hapus sistem tol dulu, bukan mansuh tol percuma sempena perayaan'
Kerajaan diminta cari jalan atau inisiatif untuk ringankan beban rakyat yang berdepan situasi kos sara hidup tinggi dan kenaikan harga barang.
Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Pas desak kerajaan kaji semula pelaksanaan semakan cukai eksais bagi OMV
Katanya, pelaksanaan yang dijadual bermula tahun depan itu pastinya memberi kesan besar kepada pengguna dan industri automotif di Malaysia.
Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh mungkin menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.
ASEAN dan Peranan Strategik Singapura dalam Perdagangan Global
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Gan Kim Yong, menekankan pentingnya ASEAN sebagai blok perdagangan utama dalam ekonomi global. Dalam sesi di World Economic Forum 2025, beliau membincangkan inisiatif strategik Singapura dalam ketersambungan fizikal, digital, dan kelestarian untuk memperkukuh hubungan perdagangan serantau dan global.
Belia kini belia paling berkuasa dalam sejarah - Muhammad Yunus
Pemenang Hadiah Nobel dan penasihat kerajaan sementara Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus, menyifatkan generasi muda kini sebagai generasi paling berkuasa dalam sejarah manusia. Beliau menyeru dunia untuk mengambil iktibar daripada keberanian anak muda Bangladesh yang mengubah landskap politik negara pada Ogos 2024.
Pencemaran udara paksa 200 sekolah di Bangkok ditutup
Pencemaran udara yang teruk memaksa hampir 200 sekolah di Bangkok ditutup pada Khamis ketika mana pegawai menggesa orang ramai bekerja dari rumah dan mengehadkan kenderaan berat di bandar itu.
Sandwic ham and cheese: Bertindak secara rasional, bijaksana
Lee berkata, isu sensitif perlu dikendalikan melalui saluran yang betul bagi mengelakkan suasana tidak harmoni serta menjadi tidak terkawal.
1,907 kakitangan JPJ jaga kaunter lebih 5 tahun bakal ditukarkan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter yang melebihi lima tahun membabitkan 1,907 kakitangan di seluruh negara.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata seramai 80 daripada 560 anak-anak bekas anggota Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd belum dituntut ibu bapa mereka.
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
Jersi baharu Harimau Malaya dengan rekaan warna kebangsaan ikonik pasukan
Jersi rasmi utama dan 'away' Harimau Malaya, seperti kebiasaan, direka dengan warna kebangsaan ikonik pasukan iaitu kuning dan hitam, melambangkan kebanggaan dan daya tahan.
Calon tunggal jawatan Presiden bukti keyakinan FAM - Joehari
Joehari percaya perkhabaran positif menjadi calon tunggal menggantikan tempat Hamidin sebagai Presiden sebagai tanda keyakinan FAM kepada dirinya.
Joehari bakal jadi Presiden FAM baharu
Naib Presiden FAM Datuk Joehari Mohd Ayob bakal diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden FAM menggantikan tempat Tan Sri Hamidin Mohd Amin.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
Keputusan positif perlu selari dengan dana tambahan - Penganalisis
FAM perlu memastikan gandaan dana daripada RM15 juta kepada RM30 juta yang diumumkan oleh kerajaan khusus untuk pembangunan skuad kebangsaan disertai dengan keputusan yang cukup positif.
FAM manfaat dana RM30 juta tingkat program pembangunan skuad kebangsaan - Hamidin
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berjanji untuk memanfaatkan sebaik mungkin peruntukan tambahan yang diumumkan Perdana Menteri.
Kerajaan tambah peruntukan RM30 juta khusus untuk pembangunan bola sepak - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan tersebut akan digunakan bagi meningkatkan program-program pembangunan Harimau Malaya di setiap peringkat.
'Memang senang nak salahkan FAM' - Tunku Mahkota Ismail
PEMBANGUNAN bola sepak akar umbi seharusnya menjadi tanggungjawab setiap kelab dalam memastikan kelancaran proses melahirkan lebih ramai pemain tempatan pada masa depan.
Megat D Shahriman minat terajui FAM
Megat D Shahriman Zaharudin, menyatakan minat untuk menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjelang pemilihan Kongres FAM bagi penggal 2025-2029 yang dijadualkan pada 15 Feb depan.