Pemain profesional FIFA 19 tanah air, Boon Shin (Shige), 28, akhirnya mampu beraksi selepas akaunnya dikembalikan oleh pembangun e-sukan tersebut, Electronic Arts (EA).
Shige yang bermain untuk pasukan Frost Fire itu berkata beliau sangat kecewa dengan tindakan EA sebelum ini yang menyekat akaunnya tanpa bukti yang kukuh.
“Saya sangat kecewa dengan sistem sekatan pemain daripada EA.
Selama dua minggu akaun saya disekat dan sebagai pemain profesional ia sedikit sebanyak mengganggu prestasi saya kerana latihan perlu dilakukan setiap hari.
“Saya harap EA boleh melakukan sesuatu mengenai perkara ini,” katanya ketika dihubungi.
Sebelum sekatan tersebut ditarik balik EA, Shige berkata dia terpaksa berlatih menggunakan akaun lamanya walaupun hanya memiliki senarai pemain yang lemah dalam mod FIFA 19 Ultimate Team (FUT) itu.
Menurut Shige, beliau telah membelanjakan sebanyak 264,000 mata FIFA dalam permainan video e-sukan itu, yang bernilai kira-kira RM10,000.
Dia juga mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan respon daripada EA, supaya isunya diambil perhatian.
Shige turut melancarkan satu petisyen untuk mengembalikan akaunnya itu pada malam tadi di change.org.
Setakat laporan ini ditulis, sebanyak 835 warganet telah menandatangani petisyen tersebut yang baharu sahaja dilancarkan pada malam semalam.
“Saya tahu saya tidak melanggar mana-mana peraturan dalam EA, sebab itu saya tidak berputus asa dalam memperjuangkan hak saya.
“Saya sangat bersyukur dengan sokongan orang ramai dan saya sangat menghargainya kesepaduan utuh komuniti dalam situasi ini.
“Saya akan cuba untuk membalas budi dengan sokongan yang diberikan,” tambahnya.
Shige yang merupakan graduan ijazah kewangan daripada sebuah universiti swasta telah melibatkan diri dalam dunia e-sukan FIFA selama kira-kira 10 tahun dan telah memenangi pelbagai kejohanan.
Astro Awani
Fri Feb 15 2019
Shige turut melancarkan satu petisyen untuk mengembalikan akaunnya itu pada malam tadi di change.org. - Foto Facebook/Boon 'Shige' Shin
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
FIFA 19: 2 minggu selepas 'disekat' EA, Shige kini kembali beraksi
Pemain profesional FIFA 19 tanah air, Boon Shin (Shige), 28, akhirnya mampu beraksi selepas akaunnya dikembalikan oleh pembangun e-sukan tersebut, Electronic Arts (EA).