KUALA LUMPUR: Persatuan Renang Malaysia (MS) hari ini mengesahkan bekas juara dunia Cheong Jun Hoong terlepas tiket beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo, bulan depan.
Setiausaha Agung MS Mae Chan berkata ia susulan Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) memutuskan hanya 15 penerjun terbaik dalam acara 10 meter (m) platform individu wanita di Piala Dunia Terjun FINA 2021 layak ke temasya sukan terbesar dunia itu.
Beliau mengakui perkembangan tersebut amat mengecewakan kem terjun negara dan Jun Hoong sendiri yang telah pun 'melayakkan diri' di bawah format kelayakan sebelum ini.
"Kami hanya perlu meneruskan latihan beliau seperti biasa dahulu, jika ada beberapa negara yang terjejas teruk dengan COVID-19 dan mereka tidak dapat mengambil bahagian mungkin terdapat slot lagi tetapi apa-apa pun kami hanya perlu tunggu.
"Bukan hanya beliau (Jun Hoong) yang terlepas, ada juga beberapa perenang yang tidak berjaya," katanya kepada Bernama hari ini.
Pada masa sama, Mae berkata nasib malang menimpa Jun Hoong pasti tidak berlaku sekiranya penerjun berusia 31 tahun itu berjaya mara ke final acara kegemarannya itu pada Piala Dunia Terjun FINA 2021 di Tokyo, Mei lepas.
"Malangnya, pada acara separuh akhir, nasib tidak menyebelahi beliau menyebabkan beliau gagal untuk melayakkan diri ke final yang akan memberi jaminan tempat ke Olimpik," tambah Mae.
Pada kejohanan Piala Dunia Terjun 2021, Jun Hoong menamatkan saingan separuh akhir acara 10m platform individu wanita pada kedudukan terakhir, namun mengesahkan tempat ke Olimpik apabila berada dalam kelompok 18 penerjun terbaik kejohanan itu untuk mengisi slot ke Tokyo.
Bagaimanapun, hujung Mei lepas, FINA memaklumkan jumlah kuota itu dikurangkan kepada 12 penerjun sahaja sekali gus menggugat peluang Jun Hoong yang menyasarkan untuk membuat penampilan ketiganya pada temasya berprestij tersebut.
Dalam pada itu, Mae mengesahkan empat penerjun wanita negara akan beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo ialah Pandelela Rinong Pamg (10m platform individu dan 10m platform seirama), Nur Dhabitah Sabri (3m papan anjal individu ), Wendy Ng Yan Yee (3m papan anjal individu) dan Leong Mun Yee (10m platform seirama).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 23 2021
Pada kejohanan Piala Dunia Terjun 2021, Jun Hoong menamatkan saingan separuh akhir acara 10m platform individu wanita pada kedudukan terakhir. - Gambar/ Instagram
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Cip AI: Keperluan alternatif selain AS, China untuk kekal kompetitif
Malaysia menghadapi cabaran besar dalam usaha menjadi hab pusat data global, dengan kebergantungan kepada cip teknologi dari Amerika Syarikat dan konflik perdagangan antara AS dan China. Diversifikasi sumber teknologi dilihat sebagai langkah penting bagi memastikan pembangunan ekonomi negara tidak terjejas.
Permohonon diperkenan, Akhyar Rashid ucap terima kasih kepada TMJ
Akhyar Rashid, meluahkan penghargaan tak terhingga kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, atas peluang dan kesempatan yang diberikan kepadanya.
Harapan baru atau sekadar sementara ?
Sejauh mana gencatan senjata ini mampu bertahan, dan apakah langkah-langkah seterusnya untuk memastikan keamanan berterusan?
Bagi menjawab persoalan ini, kita akan bersama seorang pakar, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban, Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS) di Universiti Utara Malaysia.
Bagi menjawab persoalan ini, kita akan bersama seorang pakar, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban, Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS) di Universiti Utara Malaysia.
[TERKINI] Keputusan pendakwaan Kes Tan Sri Muhyiddin Yassin
Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi memutuskan, kesemua tujuh pertuduhan merangkumi empat tuduhan salah guna kuasa dan tiga kes pengubahan wang haram yang dihadapi bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan dibicarakan secara bersama.
Warga emas ditahan miliki dadah lebih 2kg di Muar
Polis menahan seorang warga emas setelah menemukan dadah yang disyaki syabu dan heroin seberat lebih dua kilogram di Sungai Abong.
Polis keluar larangan kutip kerang di Pantai Dungun
Larangan dibuat selepas pihaknya menerima beberapa laporan mengenai aktiviti tersebut yang membahayakan individu terlibat.
KPM sambut baik kerjasama dengan KKM bantu tingkatkan ketajaman penglihatan murid
Usaha ini memberi manfaat kepada murid dengan penglihatan yang baik, isu keciciran pembelajaran dapat ditangani sebaik mungkin.
Gencatan senjata bukan usaha tamatkan keadilan - CENTHRA
Menurut Pengasas dan Pengerusi Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) Azril Mohd Amin, untuk memastikan kekejaman ini tidak berulang, komuniti antarabangsa mesti memastikan perkara ini tidak berulang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.
Jeju Air kurangkan operasi penerbangan sebagai respons kepada kebimbangan keselamatan
Jeju Air Co. pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan seawal minggu depan, sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan.