Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memperluaskan pemasangan padang sintetik ke seluruh negara dalam usaha menggalakkan lagi penglibatan generasi muda dalam aktiviti sukan dan rekreasi.
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata padang itu akan dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk lampu limpah yang membolehkan golongan muda menggunakannya sepanjang hari termasuk pada waktu malam.
"Buat masa ini, KBS baru memasang dua padang sintetik di Kelantan dan di sini (Chukai).. lepas ini kita akan cuba pasang lampu limpah sebab ramai yang merungut padang tidak boleh digunakan pada waktu malam sebab lampu yang malap sedangkan mereka hanya boleh menjalankan aktiviti sukan selepas pulang daripada bekerja.
"Kita juga akan fokus pemasangan padang ini bagi stadium di kawasan luar bandar dan kawasan berisiko tinggi bagi mengurangkan gejala sosial di kawasan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan padang sintetik Stadium Mini Kemaman berharga RM3 juta kepada Majlis Perbandaran Kemaman di Mak Chili di sini pada Ahad.
Turut hadir, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan dan NGO Negeri Wan Sukairi Wan Abdullah.
Dalam pada itu, Syed Saddiq menafikan dakwaan insiden diserang penyokong Barisan Nasional (BN) pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih semalam hanya bagi menagih simpati rakyat terutama pengundi di kawasan itu.
"Ini bukan soal tagih simpati kerana saya yakin bab itu di mana boleh tengok sendiri dalam video bagaimana penyokong di pihak sana yang cuba menyerang saya secara fizikal ketika saya hendak berjalan ke kereta selepas tamat penamaan calon.
"Tapi saya ucapkan terima kasih kepada pihak polis, mereka ada di sana dan mereka perasan sesuatu berlaku dan mereka terus bantu untuk saya ke kereta," kata Anggota Parlimen Muar itu.
"Saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes itu seadilnya. Saya juga tidak ada masalah jika Papagomo mahu saman saya kerana saya tahu saya di pihak yang benar... saksi pun ramai termasuk pihak polis," tambahnya.
Bernama
Sun Feb 17 2019
![KBS fokus perluas pemasangan padang sintetik di kawasan luar bandar KBS fokus perluas pemasangan padang sintetik di kawasan luar bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/81547823882_SyedSaddiq.jpg)
SYED SADDIQ: KBS baru memasang dua padang sintetik di Kelantan dan di Chukai.
![Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739236340_SamAltman.jpg)
Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion
Reaksi Sam Altman kepada Musk: "Tidak, terima kasih. Tapi kami sudi beli Twitter dengan harga AS$9.74 bilion jika anda mahu."
![PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739236309_PLUS.jpg)
PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April
Melalui laporan TheEdge, PLUS dikatakan ingin memulakan ujian rintis untuk sistem tol tanpa palang mereka tersendiri menjelang April.
![Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731393622_garisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa
Polis terima laporan Hospital Sultan Idris Shah pada 2.40 petang, selepas seorang kanak-kanak dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri.
![Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739233803_massgrave.jpg)
Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya
IOM berkata, 19 mayat, sebahagiannya dengan kesan tembakan ditemui di Jikharra, kira-kira 440 kilometer tenggara Benghazi.
![Pemandu lori maut kemalangan di WCE Pemandu lori maut kemalangan di WCE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739233661_kemalangan.jpg)
Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.
![Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739231725_KedaiRuncitTerbakar.jpg)
Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
JBPM Selangor menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 11 malam.
![Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738922827_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan
Kunjungan itu juga mencerminkan penghormatan Anwar terhadap tradisi agama dan budaya sekali gus menangkis dakwaan mengena pengabaian kaum India.
Harga kopi di NY lonjak 6% akibat 'panic buying'
Harga kopi hadapan di Bursa ICE New York melonjak lebih 6% pada Isnin, mencatat rekod tertinggi baharu melebihi $4.30 (RM19.87) per paun.
Amerika Syarikat larang transgender sertai tentera
Tentera Amerika Syarikat kini melarang individu transgender daripada menyertai pasukan tentera serta menghentikan semua prosedur peralihan jantina bagi anggota yang sedang berkhidmat.
PBB bimbang keadaan tebusan Israel dan tahanan Palestin
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan kebimbangan terhadap keadaan tebusan Israel serta tahanan Palestin yang dilepaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata Gaza.
![Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739068687_tbatletMuayThaiP.jpg)
Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda
Muay Thai terus mengukuhkan kedudukannya sebagai sukan tempur pilihan apabila semakin ramai anak muda menunjukkan minat terhadap sukan itu.
![Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738151815_Vape.jpg)
Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee
Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.
![MoU LHDN, Persekutuan Pengakap Malaysia inisiatif dekati generasi muda MoU LHDN, Persekutuan Pengakap Malaysia inisiatif dekati generasi muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41615353466_shakehands.jpg)
MoU LHDN, Persekutuan Pengakap Malaysia inisiatif dekati generasi muda
MoU antara LHDN dan PPM merupakan inisiatif untuk mendekati generasi muda dalam menyebarkan maklumat dan meningkatkan kesedaran berkaitan cukai.
![Industri getah perlu revolusi, tarik minat generasi muda - Ahmad Zahid Industri getah perlu revolusi, tarik minat generasi muda - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737619289_TBZAHIDRISDA.jpg)
Industri getah perlu revolusi, tarik minat generasi muda - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menekankan pentingnya strategi mampan, progresif, dan inklusif untuk memperkasakan komuniti pekebun kecil, termasuk latihan kemahiran dan pengurusan moden.
![TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733970737_MohammadRizanHassa.jpg)
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
![Tradisi ilmu, pencerahan pemikiran perlu terus diperkasa - PM Tradisi ilmu, pencerahan pemikiran perlu terus diperkasa - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733242838_AnwarIbrahim.jpg)
Tradisi ilmu, pencerahan pemikiran perlu terus diperkasa - PM
Tradisi ilmu dan pencerahan pemikiran perlu terus diperkasa terutama dalam kalangan generasi muda untuk memastikan Malaysia mampu mencapai aspirasi ke arah menjadi sebuah negara MADANI.
![Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731332697_WooKahLeong.jpg)
Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.
![Program Kepimpinan Muda TH siri kedua perkasa sahsiah kepimpinan pelajar Program Kepimpinan Muda TH siri kedua perkasa sahsiah kepimpinan pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728393424_syedhamadahsyedot.jpg)
Program Kepimpinan Muda TH siri kedua perkasa sahsiah kepimpinan pelajar
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan usaha melestarikan pemerkasaan dan pembangunan sahsiah kepimpinan pelajar melalui Program Kepimpinan Muda TH siri kedua melibatkan 90 orang pelajar.
![Konsep santai dan moden tarikan Perpustakaan Negeri Sembilan Konsep santai dan moden tarikan Perpustakaan Negeri Sembilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726826203_PerpustakaanAwamN.jpg)
Konsep santai dan moden tarikan Perpustakaan Negeri Sembilan
Perpustakaan Awam Negeri Sembilan yang berkonsepkan moden, santai dan interaktif menarik lebih ramai pengunjung sekali gus membawa manfaat serta memupuk minat membaca dalam kalangan generasi muda.
![FPM@KL 2024 hidupkan semula warisan permainan tradisional FPM@KL 2024 hidupkan semula warisan permainan tradisional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726392395_tbFPMKL.jpg)
FPM@KL 2024 hidupkan semula warisan permainan tradisional
FPM@KL 2024 suatu pengalaman baharu kepada kanak-kanak dan generasi muda, yang kini lebih sinonim dengan gajet dan permainan virtual.