LIVERPOOL 2 LEICESTER CITY 1
Jurgen Klopp memuji tindak balas Liverpool terhadap gol awal yang diperoleh Leicester City dengan menganggap ia satu perlawanan terbaik yang pernah disaksikannya selepas Mohamed Salah menjadi pencetus kemenangan 2-1 mereka dalam Liga Perdana Inggeris di Anfield, awal pagi tadi.
Jamie Vardy meneruskan kebiasaannya menjaringkan gol ketika menentang Liverpool dengan menyudahkan hantaran Riyad Mahrez pada minit ketiga -- jaringan ketujuh penyerang England itu dalam lima perlawanan terakhirnya menentang pasukan Klopp.
Leicester mengekalkan kedudukan 1-0 sebelum waktu rehat dan dua jaringan Liverpool hadir dalam babak kedua menerusi Salah yang membolehkan pemain sayap Mesir itu menghimpun 23 gol dalam semua pertandingan musim ini.
"Ia adalah kepuasan maksimum dapat menang seperti ini. Hari ini cukup sempurna," kata Klopp kepada BBC Sport.
"Ketika kami ketinggalan satu gol, reaksi kami adalah terbaik yang pernah saya saksikan dalam situasi seperti ini.
"Semua tidak percaya dan kami memerlukan mereka untuk menjaringkan dua gol ini.
"Mo (Mohamed Salah) sangat hebat mengawal bola dan visinya. Saya tidak minta lebih lagi daripadanya."
Klopp menambah: "Kekal dalam permainan adalah sangat baik tetapi saya gembira dengan Mo, saya gembira kerana pasukan ini adalah kumpulan pemain hebat.
"Ini prestasi pasukan yang baik dan kami layak menang," katanya lagi.
Liverpool berada di tangga keempat dalam Liga Perdana selepas mengharungi 12 perlawanan tanpa tewas dan akan berkunjung ke Burnley malam esok, sementara Leicester menjadi tuan rumah dalam aksi menentang Huddersfield Town.
"Sudah tentu, tewas adalah satu kekecewaan tetapi Liverpool bermain terbaik," kata pengurus Leicester, Claude Puel.
"Kami melakukan dengan baik dengan menjaringkan gol pertama dan kami cuba mengekalkannya pada babak kedua. Kami perlu meneruskan tugas kami tetapi penting untuk menumpukan perhatian terhadap aksi esok dan melupakan perlawanan ini," katanya.
Astro Arena
Sun Dec 31 2017
Mohamed Salah beraksi semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Liverpool dan Leicester City di Anfield, Liverpool, Britain, 30 Disember, 2017. - REUTERS
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya: Petanda positif pertumbuhan populasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA
Lima penumpuan utama digariskan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi merealisasikan pembaharuan perkhidmatan awam yang lebih telus, berintegriti dan diyakini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan
Petronas sedia menjayakan inisiatif tersebut, menyediakan kepakaran sokongan teknikal, pertukaran maklumat, dan konsultansi dalam bidang berkepentingan.
Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Keadaan ibu Zayn Rayyan kosong, tiada reaksi, kata pegawai penyiasat
Pegawai Penyiasat bagi kes Zayn Rayyan Abdul Matin yang ditemukan mati dua tahun lalu memaklumkan pengadu, Ismanira Abdul Manaf kelihatan kosong sewaktu proses rakaman percakapan berlangsung.
Mekanik maut terlanggar tayar ganti dalam kemalangan lima kenderaan
Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya terlanggar tayar ganti sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Rembau.
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Emery pernah dikritik dan bangkit
Skuad The Gunners itu tumpas 0-2 kepada Leicester City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power awal pagi tadi untuk ketinggalan enam mata daripada kelompok empat teratas.
Kane contoh terbaik buat Abraham - Lampard
Abraham membuka jaringan ketika Chelsea menewaskan Crystal Palace 2-0 di Stamford Bridge malam tadi apabila menolak masuk golnya yang ke-10 dalam liga musim ini.
Leicester lonjak ke tangga ketiga
The Foxes turun ke gelanggang dengan rekod 12 jaringan dalam dua perlawanan di tempat lawan terakhir dalam kesemua kejohananan.
Klopp gembira dengan aksi sempurna Liverpool
Jamie Vardy meneruskan kebiasaannya menjaringkan gol ketika menentang Liverpool dengan menyudahkan hantaran Riyad Mahrez pada minit ketiga.
EURO 2016: 9 bintang Eropah jadi tumpuan
Euro 2016 bakal membuka tirainya pada 10 Jun ini di Perancis, dengan menampilkan format baru melibatkan 24 negara. Berikut, 9 pemain yang bakal jadi tumpuan.
Jamie Vardy cipta sejarah
Jamie Vardy mengukir nama selaku pemain pertama yang menjaringkan gol pada 11 perlawanan berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris.