ATLET memanah recurve negara, Akmal Nor Hasrin, bertekad meningkatkan prestasinya bagi memperoleh kejayaan peringkat individu menjelang cabaran musim 2018.
Tidak dinafikan, kelibat Akmal lebih banyak tertumpu kepada acara berpasukan sebagai pelengkap yang cukup sesuai buat Khairul Anuar Mohamad dan Haziq Kamaruddin.
Dia bersama Khairul dan Haziq memperoleh emas acara berpasukan recurve dalam temasya KL2017, Ogos lalu.
Bagaimanapun, dalam saingan individu, dia mengakui masih mencari peluang untuk membuktikan kemampuan dalam Sukan Asia di Indonesia.
"Sasaran saya adalah untuk beraksi dalam Sukan Asia," kata atlet berusia 22 tahun itu.
Secara keseluruhan, Akmal melihat tahun ini sebagai antara yang terbaik dalam kariernya.
"Tahun ini, saya banyak peningkatan selepas tidak berapa menjadi dalam Sukan Olimpik Rio. Saya cuba bangkit pada awal tahun ini dan meningkatkan prestasi dalam kejohanan yang disertai.
"Ia satu peningkatan yang bagus buat saya," tambahnya.
Astro Arena
Fri Dec 29 2017

Akmal beraksi dalam pusingan kelayakan sempena Sukan Olimpik Rio 2016 di Sambodromo Maracana Venue di Rio de Janeiro, Brazil pada 5 Ogos 2016. - BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Memanah: Akmal idam tanggungjawab lebih besar
Atlet memanah recurve negara, Akmal Nor Hasrin, bertekad meningkatkan prestasinya bagi memperoleh kejayaan peringkat individu menjelang cabaran musim 2018.