Ratu skuasy negara Datuk Nicol David melepasi halangan pertama Siri Dunia Akhir 2013 apabila menang mudah dalam perlawanan kumpulan di London, hari ini.
Pemain nombor satu dunia berusia 29 tahun itu mengalahkan Annie Au dari Hong Kong 11-7, 11-4 dalam perlawanan pertamanya dalam Kumpulan A di The Queens Club.
Perlawanan pada kejohanan itu ditentukan dalam tiga set.
Terdahulu, dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A, Laura Massaro dari England mengatasi Natalie Grinham dari Belanda 11-8, 11-8.
Nicol akan menentang Massaro dalam perlawanan kedua kumpulan esok.
Pada perlawanan Kumpulan B, empat pemain akan bertarung sesama sendiri iaitu Raneem El Weleily, Nour El Sherbini, kedua-dua dari Mesir, Jenny Duncalf (England) dan pemain Perancis, Camille Serme.
Bernama
Wed Jan 02 2013

Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Skuasy: Nicol mara ke final Terbuka Netsuite
Impian ikon skuasy negara Datuk Nicol David untuk memenangi gelaran pertama Kejohanan Terbuka Skuasy Netsuite semakin cerah apabila mara ke final.

Kembalilah ke Malaysia, nasihat Sharon kepada Nicol
Dengan elemen psikologi dan emosi disebut sebagai antara faktor yang memberi kesan kepada ikon skuasy negara ini, mungkin sudah tiba masanya Nicol kembali ke tanah air.

Nicol kalah mengejut, gagal ke final Terbuka KL
Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David gagal mara ke peringkat akhir Kejohanan CIMB Terbuka Kuala Lumpur 2013.

Nicol jumpa Laura Massaro pada separuh akhir
Pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol David semakin menghampiri gelaran kesembilan Kejohanan Skuasy CIMB Terbuka Kuala Lumpur 2013 setelah layak ke separuh akhir.

Roger Federer sokong skuasy masuk Olimpik 2020
Roger Federer akan bersama-sama menyokong kempen untuk menjadikan sukan skuasy salah satu sukan yang dipertandingkan di dalam Sukan Olimpik 2020.

Nicol buka langkah kanan dalam siri dunia akhir 2013
Ratu skuasy negara Datuk Nicol David melepasi halangan pertama Siri Dunia Akhir 2013 apabila menang mudah dalam perlawanan kumpulan di London, hari ini.

Terbuka dunia: Nicol cipta sejarah
Datuk Nicol David, merangkul gelaran Terbuka Dunia yang ketujuh selepas menumpaskan Laura Massaro dari England dalam perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Wanita Terbuka Dunia pada Jumaat.

Wee Wern ke suku akhir
Low Wee Wern mengikut jejak ratu skuasy negara, Datuk Nicol David ke suku akhir setelah menumpaskan Kasey Brown dari Australia pada Kejohanan Squash Terbuka Wanita Dunia 2012.