SETIAUSAHA Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnain Omardin, lega apabila usul direncanakan delegasi negara berjaya mengetepikan usaha Indonesia untuk muncul sebagai pemilik mutlak sukan itu.
Persidangan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang berlangsung di Bogota, Colombia bermula 9 Disember lalu menyaksikan Malaysia mempunyai hak ke atas seni pertahanan diri silat secara keseluruhan.
Pengiktirafan itu sekali gus meletakkan Malaysia sebagai pemilik mutlak seni pertahanan diri itu sambil negara jiran, Indonesia, pula berpuas hati dengan cabangnya, iaitu pencak silat, dengan kedua-duanya diletakkan di bawah kategori warisan budaya tidak ketara kemanusiaan.
"Kami tidak guna pencak silat kerana di Malaysia hanya digunakan silat atau seni silat. Kami setuju dengan perkataan silat sahaja, ia merangkumi semua termasuk silat sukan, silat budaya serta pencak silat. Namun, Indonesia tidak mahu," katanya.
Malaysia telah pun memperjuangkan hak menyenaraikan silat sebagai warisan dunia sejak tahun 2015 lagi.
Perkembangan itu secara tidak langsung merancakkan lagi status Malaysia yang bakal menjadi tuan rumah Kejohanan Silat Dunia Ke-19 tahun depan.
"Kami takut jika mereka dapat dulu, silat melayu ini dikatakan milik mereka. Kedua-duanya lulus. Pencak silat milik Indonesia dan silat milik Malaysia. Ia diluluskan pada hari yang sama."
Astro Arena
Sat Dec 14 2019
Atlet Silat Negara Muhammad Faizul Nasir ketika beraksi menentang Atlet Silat Filipina Dines Dumaan pada perlawanan Silat Tanding Kelas B sempena Sukan Sea Filipina 2019, 3 Dis lalu. --fotoBERNAMA/Fail
Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama
Seorang datuk lemas ketika menyelamatkan dua cucu yang dihanyutkan ombak di Pantai Irama di sini, pada Sabtu.
Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly
Produk Coca-Cola EuroPacific Partners sahaja dikesan mengandungi paras klorat tinggi dan ia diedarkan di beberapa negara Eropah.
Indonesia rangka peratusan had umur, lindungi kanak-kanak di platform digital
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital, menurut Kementerian Komunikasi dan Digital negara itu.
Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin
Beberapa pusat kecerdasan buatan (AI) akan ditubuhkan di Selangor tahun depan sebagai langkah kerajaan negeri menyokong perkembangan teknologi yang sedang pesat membangun itu.
AWANI Ringkas: Op Sky: Keterangan tiga selebriti bantu lengkap siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir: PDPR dilaksana di sekolah yang tak sempat dibaik pulih
Walaubagaimanapun, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sasaran pihaknya adalah agar semua murid dapat hadir ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka.
Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau
Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang dalam kejadian perahu karam di Sungai Anap, Tatau, Bintulu pada Rabu lepas, ditemukan lemas pagi tadi.
Pilihan raya negeri mendebarkan, wilayah New Delhi dalam proses kira undi
Lebih 60 peratus daripada lebih 15 juta pengundi yang layak telah menjalankan tanggungjawab mereka memilih kerajaan tempatan pada Rabu lalu.
Majikan tidak beri pelepasan perlu ada justifikasi - JKLN
Individu yang dipanggil menjalani latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 perlu hadir melapor diri dan memohon penangguhan jika mempunyai halangan berbuat demikian.
Indonesia rancang had umur untuk platform digital, lindungi kanak-kanak
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital.
Kongres Peru gesa Presiden Pedro letak jawatan
Kongres Peru pada Sabtu meminta Presiden Pedro Castillo berundur berikutan protes antikerajaan yang berterusan sejak 30 Mac.
UNESCO isytihar Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020
Malaysia sekali lagi melakar sejarah apabila Kuala Lumpur diiktirafkan sebagai Ibu Kota Buku Dunia oleh Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).
PESAKA lega silat sah milik Malaysia
Persidangan UNESCO yang berlangsung di Bogota, Colombia bermula 9 Disember lalu menyaksikan Malaysia mempunyai hak ke atas seni pertahanan diri silat secara keseluruhan.
Indeks Pembangunan Manusia: Malaysia raih skor tinggi
Walaupun ranking Malaysia jatuh empat anak tangga berbanding kedudukan 57 pada 2017, skor yang diraih pada 2018 mencatatkan peningkatan iaitu sebanyak 0.804, berbanding 0.802 pada 2017.
Seoul rancang bina lebuh raya basikal
Datuk Bandar Park Won-soon berkata laluan basikal itu akan dilaksanakan di bawah pelan dikenali Cycle Rapid Transit (CRT).
9 maut dalam kejadian tanah runtuh di Colombia
Sekurang-kurangnya sembilan maut manakala 19 lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh di Corinto, Colombia.
Colombia siasat kehilangan banduan dalam penjara
Pihak berkuasa colombia memulakan siasatan ke atas isu kehilangan lebih seratus banduan di penjara La Modela, Bogota pada 1998 hingga 2001.