KUALA LUMPUR: Cabaran yang semakin sengit menjadi pembakar semangat kepada juara dunia bertahan Formula Satu (F1), Lewis Hamilton untuk mengejar kejuaraan kali kelapannya, musim ini.
Bercakap mengenai Grand Prix (GP) Azerbaijan di sirkit Baku City, pelumba berusia 36 tahun itu berkata, musim kali ini merupakan yang paling mencabar sejak beberapa tahun kebelakangan, membuatkan setiap dan kesemua ahli pasukan Mercedes-AMG Petronas F1 Team berusaha dengan lebih baik lagi.
Beliau yang kini empat mata di belakang Max Verstappen dari Red Bull yang mendahului pungutan mata keseluruhan dengan 105 mata selepas enam perlumbaan, manakala Mercedes di belakang satu mata di belakang Red Bull (149 mata) dalam kategori pengeluar, Hamilton berkata persediaan kini lebih menyeluruh daripada sebelum ini, bagi mengembalikan penguasaan.
"Bukannya kami perlu menghadapi cabaran, tetapi kami dipaksa untuk hadapi cabaran. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan pakej yang kami ada, kami mempunyai beberapa peluang, tetapi tahun ini kami berlumba menentang Red Bull, yang tentunya mempunyai kereta yang akan memenangi perlumbaan dunia, mereka lakukan kesemuanya dengan betul dan kami tidak.
"Jadi kami perlu bersama, tanpa meninggalkan satu benda pun. Proses itu ialah bekerja sebagai satu pasukan, kami menang dan kalah sebagai satu pasukan, tiada yang berubah di sini. Kami tentunya arahkan semuanya lebih daripada sebelum ini dan saya sukakannya," katanya dalam sidang media secara maya bersama media Malaysia semalam..
Hamilton kini menyamai rekod bekas pelumba Ferrari dan Mercedes Michael Schumacher, sebagai pelumba F1 paling berjaya dengan memenangi kejuaraan dunianya ketujuh dalam musim terganggu pandemik tahun lepas.
Pasukan yang dikuasakan Petronas itu, telah mendominasi kejuaraan itu untuk hampir keseluruhan dekad yang lepas, memenangi tujuh gelaran pengeluar (pasukan) terbaik sejak 2014, dengan Hamilton menjuarainya enam kali dan Nico Rosberg memenanginya pada tahun 2016.
Bagaimanapun pasukan 'Silver Arrows' itu kini berhadapan cabaran lebih sengit daripada pesaingnya iaitu Red Bull Racing, Ferari dan McLaren, dengan tinggal 18 pusingan lagi, di mana Hamilton anggap sebagai menarik kerana, "semuanya melakukan tugas mereka dengan baik, tanpa mengetahui apa yang akan terjadi."
Ditanya mengenai persaraan Hamilton berkata, pandemik COVID-19 menjadi satu sebab beliau menyambung kariernya.
"Saya tiada sebarang jawapan sekarang ini. Saya rasa jika bebas COVID-19, kadar kerja mungkin amat tinggi, dan ia memendekkan karier saya. Ketika ini, saya mempunyai masa untuk fokus pada tubuh dan minda, memberikan tempoh lebih lama untuk karier saya.
"Saya rasa, kami akan hadapi tahun demi tahun dan nilaikannya. Saya tidak nampak sebarang sebab untuk berhenti melakukan apa yang anda sukakan jika secara berterusan dicabar... Saya rasa saya semakin bertambah baik setiap tahun, jadi bila saya berhenti lakukannya, tentunya ia masa untuk saya berhenti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 03 2021
Lewis Hamilton bercakap pada sidang media sebelum GP F1 di litar Baku, Azerbaijan, 3 Jun, 2021. (Foto AP)
NSL: Klinik beri peluang cungkil bakat generasi muda, bangun akar umbi
Klinik Netball Super League (NSL) yang dianjurkan Astro disifatkan sebagai antara platform terbaik untu mencungkil bakat pemain dalam kalangan generasi muda dan membantu pembangunan di peringkat akar umbi.
Agenda AWANI: Trump mahu Gaza, usir rakyat Palestin?
Bagaimana dunia perlu ‘bertindak’ sebagai respon terhadap kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu ambil alih dan bina semula Gaza serta mengusir rakyat Palestin dari tanah air mereka? Diskusi 8.30 malam
Kerajaan belum muktamad Projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
Penduduk harap jalan runtuh segera dibaiki, bahayakan pengguna
Penduduk harap kerja pembaikan jalan runtuh di laluan Kampung Rantau Panjang ke Kampung Besol Lama di Hulu Dungun akibat hakisan musim tengkujuh lalu perlu disegerakan bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk.
Pelancong cedera jatuh dari tingkat tujuh pusat beli-belah
Seorang pelancong warga asing cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah di Persiaran Gurney hari ini.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.
Gencatan Senjata Gaza: Trump akan berdepan lebih banyak tentangan selepas Jordan, Arab Saudi - Penganalisis
Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff berkata Amerika Syarikat dibawah kepimpinan Presiden Donald Trump akan berdepan dengan lebih banyak tentangan daripada masyarakat antarabangsa mengenai isu Palestin. Jelasnya, selepas sekutu rapat Jordan dan Arab Saudi menolak cadangan Trump mengenai penguasaan Amerika Syarikat di Gaza, lebih banyak negara akan menzahirkan bantahan yang sama. #AgendaAWANI
Gencatan Senjata Gaza: ‘Trump pemimpin tidak waras, penuh retorik, ditolak dunia’ - Penganalisis
Profesor Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-undang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam berkata kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih Gaza menonjolkan keperibadiannya sebagai seorang pemimpin yang tidak waras dan hanya penuh dengan retorik. Jelasnya, sekiranya Amerika Syarikat terus bersikap sedemikian, maka negara tersebut akan berdepan dengan penolakan besar-besaran oleh masyarakat antarabangsa. #AgendaAWANI
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
Felo Dasar Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur (ERIA), Dr. Intan Murnira Ramli berkata ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan. Jelasnya, keyakinan ini berpaksikan kepada sikap ASEAN yang berpegang teguh kepada piagamnya dan peraturan-peraturan di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). #AgendaAWANI
Percepat integrasi ekonomi ASEAN, tangani tekanan dasar ekonomi AS – Penganalisis
Felo Dasar Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur (ERIA), Dr. Intan Murnira Ramli berkata ASEAN perlu segera mengintegrasikan ekonomi negara-negara rantau ini untuk mengurangkan impak dasar ekonomi Amerika Syarikat yang dilihat menekan. Jelasnya, langkah ini boleh dicapai melalui Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN 2025-2030 yang akan dimuktamadkan seterusnya meningkatkan pelaburan antara negara-negara anggota ASEAN. #AgendaAWANI
Lewis Hamilton kritik filem F1 guna gear salah
Filem yang dibintangi Brad Pitt ini dijangka ditayangkan pada tahun 2025.
Lewis Hamilton dedahkan tekanan mental dihadapinya
Lewis Hamilton mendedahkan bahawa beliau telah bergelut dengan masalah kesihatan mental hampir sepanjang hidupnya disebabkan dibuli di sekolah dan tekanan perlumbaan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Grand Prix Belgium: Hamilton diisytihar juara selepas Russell tersingkir
Russell rersingkir selepas keretanya didapati tidak memenuhi syarat selepas perlumbaan.
F1: Hamilton menangis selepas menang GP Britain
Juara dunia tujuh kali itu menangis ketika bercakap melalui radio pasukan pada pusingan akhir.
F1: Lewis Hamilton akan 'berseronok' dari petak ke-18 di GP China
Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton berkata dia berhasrat untuk "berseronok" dalam Grand Prix F1 China Ahad selepas berada di petak ke-18.
Lewis Hamilton buat kejutan muncul di SMK Seri Keramat
Penampilan khas Lewis Hamilton di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat berjaya menarik perhatian netizen.
Verstappen ganti Hamilton musim depan?
Toto Wolff mendedahkan buat pertama kali bahawa dia berbesar hati untuk menerima kehadiran Max Verstappen menyertai pasukan Mercedes.
Pelumba F1 bimbang terhadap kenaikan kadar denda oleh FIA
Lewis Hamilton serta seluruh pelumba Formula 1 boleh dikenakan denda sehingga 1 juta euro berikutan perubahan drastik terhadap peraturan sukan itu.
F1: Hamilton mampu atasi Schumacher dengan gelaran F1 kelapan - Andretti
Mario Andretti tidak percaya Hamilton melakukan kesilapan apabila menyerahkan masa depannya kepada Mercedes.
F1: Alonso puji Verstappen sebagai pemandu terbaik selepas Schumacher
Verstappen hanya perlu mengumpul tiga mata dalam perlumbaan pecut Sabtu ini di Qatar bagi melengkapkan hatrik gelaran dunia.