Sorakan penyokong tuan rumah yang bergema di Manila Polo Club sedikit pun tidak menjejaskan rentak cemerlang pemain negara Muhammad Addeen Idrakie Bakhtiar, untuk menggenggam pingat emas acara skuasy perseorangan lelaki Sukan SEA ke-30 pada Selasa.
Lebih manis, kejayaan yang dicapai semalam adalah pingat emas pertamanya, dalam acara perseorangan selepas meraih pingat perak di Singapura (2015).
Pemain berusia 25 tahun itu mengesahkan emas buat kontinjen Malaysia, selepas menewaskan pemain tuan rumah, Robert Garcia 3-1 dalam aksi final yang berlangsung sengit.
Muhammad Addeen bermula baik pada set pertama, apabila mencatat kemenangan 11-7, namun gagal mengekalkan kelebihan itu, selepas tunduk mudah 3-11 pada set kedua.
Pengalaman dimiliki pemain kelahiran Selangor itu digunakan sebaik mungkin, untuk bangkit dengan melakukan pukulan lebih kemas sebelum mengesahkan kemenangan bergaya 11-9 dan 11-5 pada set ketiga dan keempat.
Ditemui selepas perlawanan Muhammad Addeen berkata, kejayaan diraih itu amat bermakna dan menyifatkan segalanya sukar dilakukan tanpa sokongan ahli keluarga, jurulatih dan penyokong yang menjadi kekuatannya.
"Set kedua tiba-tiba tekanan datang, dengan penyokong yang ramai, mental saya agak terganggu. Lepas set kedua, jurulatih beritahu saya hanya fokus satu persatu mata dan abaikan faktor lain.
"Beliau juga percaya pada pengalaman saya dan saya ubah cara permainan sebelum mengesahkan kemenangan," katanya.
Sementara itu, dalam aksi perseorangan wanita, Rachel Arnold tidak berhadapan masalah untuk menewaskan rakan senegara, Chan Yiwen dengan kemenangan 3-0.
Rachel yang merupakan juara perseorangan wanita ketika temasya edisi 2015 di Singapura, terdahulu diberi tentangan sengit pada awal permainan namun berjaya mengesahkan kemenangan 11-9 dalam set pertama.
Momentum itu kemudian berterusan pada set kedua dan ketiga apabila permainan bertenaga dipamer Rachel sukar disaingi lawannya, sekali gus mengesahkan kemenangan mutlak 11-7 dan 11-3.
Kejayaan diraih itu katanya menjadi pembakar semangat sebelum memulakan saingan dalam acara berpasukan 7 Dis ini.
"Saya gembira dengan kemenangan saya hari ini, ia satu perlawanan yang sukar menghadapi Chan Yiwen, dia sentiasa melawan dalam setiap perlawanan tapi saya gembira saya menang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 03 2019
Muhammad Addeen meraikan kemenangan selepas menewaskan Robert Garcia dalam final skuasy perseorangan lelaki pada Sukan SEA 2019 di Marine Polo Club, 3 Dis, 2019. --fotoBERNAMA
JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0
Skuad kendalian Hector Bidoglio berada di puncak kedudukan liga dengan mengumpul 55 mata, sementara Selangor di tangga kedua dengan perbezaan 16 mata.
Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”
Perbincangan berlangsung dalam satu mesyuarat di Kaherah antara Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dan Perdana Menteri Palestin yang juga Menteri Luar, Mohamed Mustafa.
Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.
Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
Keluarga OKU di Kemaman diberikan kaunseling - Nancy
Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu telah memberikan kaunseling kepada keluarga mangsa lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dipukul.
Sebak anak perempuan, menantu, cucu pergi sekelip mata
Luluh hati seorang ibu selepas mendapat khabar duka anak perempuan, menantu dan tiga cucunya meninggal serentak dalam kemalangan tragis membabitkan dua kenderaan di Pekan.
Trend 'childfree' membimbangkan, tapi ia pilihan keluarga berkenaan - Noraini
Noraini berkata kementerian berpandangan bahawa ia adalah hak keluarga berkenaan disebabkan pelbagai faktor termasuk kos sara hidup yang tinggi dan komitmen kerjaya.
Keluarga Allahyarham Koperal Ahmad Azza Fahmi infak sumbangan bina surau
Sumbangan itu akan digunakan sebagai sebahagian kos melengkapkan pembinaan surau di kampung tempat tinggal keluarganya.
Norza guna dana sendiri bawa keluarga ke Olimpik Paris 2024 - MOM
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memaklumkan Presidennya, Tan Sri Norza Zakaria tidak menggunakan dana kerajaan untuk perjalanan keluarganya ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.
Kes bunuh Nur Farah: Isteri tertuduh belum bersedia, belum boleh keluar - Peguam
Keluarga tertuduh masih memberikan sokongan terhadapnya dan hadir di mahkamah ketika pertuduhan dibacakan.
Olimpik Paris 2024: Kehadiran keluarga semarak semangat Ariana Nur Dania
Ariana Nur Dania berkata kesemua ahli keluarganya telah tiba di Paris pada Selasa untuk memberikan sokongan kepadanya.
Selepas hampir sebulan, jasad pemain badminton China masih disimpan di hospital Yogyakarta
Sudah masuk 24 hari jasad atlet China yang mengalami masalah jantung terhenti itu tersimpan di Hospital RSUP Dr Sardjito, Sleman, Yogyakarta.
PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan.
Keluarga ustaz Farid Ravi sambut Aidilfitri
Video yang berdurasi 1 minit 14 saat itu memaparkan keluarga Mohd Farid Ravi sedang berkumpul dan bermesra.