Jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei tidak menolak kemungkinan bahawa Sukan SEA ke-30 di sini, bakal menjadi penampilan terakhirnya pada temasya sukan dwi tahunan itu.
Anak jati Selangor itu yang membuat penampilan sulung pada edisi 2007 di Korat, Thailand mendedahkan fokusnya kini adalah melayakkan diri secara merit ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Mungkin ya (penampilan terakhir Sukan SEA)...kita tengok selepas ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas acara berkenaan di Stadium Olahraga New Clark City, Filipina pada Ahad.
Terdahulu, Hup Wei memenangi pingat emas dalam acara itu walaupun rakan senegara Nauraj Singh Randhawa melakukan lompatan pada ketinggian yang sama iaitu 2.21m.
Hup Wei diisytiharkan sebagai pemenang selepas kiraan semula kerana beliau melakukan lompatan pada ketinggian itu dahulu, dan perak menjadi milik Nauraj sementara atlet Thailand, Tawan Kaeodam terpaksa berpuas hati dengan kutipan gangsa setelah mencatat lompatan setinggi 2.15 meter.
Hup Wei yang mempunyai catatan peribadi terbaik, 2.27 meter, pernah meraih pingat emas pada tiga edisi terdahulu -- 2007 di Thailand, 2009 di Laos dan 2011 di Indonesia.
Dalam pada itu, jaguh Paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli berpuas hati dengan pingat perak yang dimenanginya dalam acara lontar peluru lelaki dengan lontaran sejauh 17.03 meter, sekali gus memperbaiki kutipan gangsa yang diraih pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
"Saya berpuas hati dengan kejayaan saya meraih pelbagai kejayaan pada musim ini, termasuk memenangi pingat perak pada Kejohanan Para Dunia, selain menjadi atlet Paralimpik pertama memenangi pingat pada Sukan SEA," kata anak jati Gombak, Selangor itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 09 2019

Hup Wei berkata fokusnya kini untuk melayakkan diri secara merit ke Sukan Olimpik Tokyo 2020. -Foto BERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

ISN ibarat jantung sukan negara - Atlet
Atlet turut berasakan teknologi yang sentiasa berkembang di ISN banyak membantu perjalanan karier mereka.

Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024
IOC mengesahkan bahawa pingat yang rosak akan digantikan secara sistematik oleh Monnaie de Paris.

Hannah gesa atlet elak jalan singkat 'kejar' kekayaan
Katanya, kemenangan dalam sukan harus dicapai dengan bermaruah dan integriti agar kejayaan yang dikecapi dapat dibanggakan dan dihormati.

KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.

Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak
Belanja besar itu berbaloi kerana Kerajaan Persekutuan yakin dengan kemampuan Sarawak selepas kejayaan menganjurkan SUKMA dan Para SUKMA.

Woodball: Amsyar Sirhan impikan berada lima teratas bagi kategori terbuka lelaki
Beliau optimis dengan sasaran tersebut berdasarkan kemahiran bermain sukan itu sejak berusia 12 tahun lagi.

Nicol David dilantik sebagai duta pendidikan ITA
Katanya, beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk menjadi suri teladan kepada atlet muda di Malaysia dan seluruh dunia.

UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024
UiTM mengetepikan juara bertahan dua tahun lalu, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengumpul 38 emas, 19 perak dan 21 gangsa.

Sukan Paralimpik: Misi lengkapkan 10 emas bermula esok
Bermula esok, obor perjuangan kontinjen negara akan terus dinyalakan pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar
Anwar tegaskan setiap tindakan harus diambil berdasarkan bukti serta fakta, dan bukan mengikut persepsi semata-mata.