Lebih ramai atlet muda dan pelapis, terutamanya pemenang pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) dan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) akan diberi peluang beraksi pada Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam.
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata Majlis Sukan Negara (MSN) akan menggunakan prestasi atlet Sukma dan MASUM sebagai asas pemilihan atlet, bagi memulakan program penyediaan Sukan SEA 2021.
"Sukan SEA harus dijadikan pentas bagi atlet muda pamer bakat mereka. Seperti edisi kali ini di Filipina, 51 peratus adalah atlet bawah 21 tahun dan mendapat pendedahan pertama kali di peringkat antarabangsa. Sepatutnya kita beri lebih ruang kepada atlet pelapis untuk persediaan sukan peringkat Asia dan Komanwel.
"Kita kena terima cabaran ini kerana kalau kita tidak lakukan di Sukan SEA tapi akhirnya prestasi kita terjejas di Sukan Asia, Sukan Komanwel atau Sukan Olimpik, itu lebih teruk.
"Vietnam dan Thailand sudah ke hadapan, edisi 2017 mereka hilang banyak pingat sebab ramai atlet baharu (muda) tetapi atlet itu telah mengalahkan atlet senior kita kali ini," katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengurus MSN di sini, hari ini.
Mesyuarat itu bagi membentangkan laporan awal prestasi kontinjen negara ke Sukan SEA 2019, yang menyaksikan Malaysia gagal mencapai sasaran meraih 70 pingat emas ditetapkan apabila sekadar memenangi 56 pingat emas, 57 perak dan 71 gangsa.
Berdasarkan laporan awal itu, beberapa tindakan susulan akan dilaksanakan iaitu semua sukan yang gagal mencapai sasaraan ditetapkan diminta untuk memberikan surat tunjuk sebab atas kegagalan mereka.
Syed Saddiq berkata MSN dan Institut Sukan Negara (ISN) dengan kerjasama Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan mengadakan mesyuarat post mortem Sukan SEA Filipina mengikut jenis sukan bermula Januari depan, yang akan melibatkan atlet, jurulatih dan pegawai persatuan sukan kebangsaan masing-masing.
Selain itu, beliau turut meminta MSN untuk mengkaji semula status sukan teras dari segi urus tadbir, perkembangan organisasi dan prestasi mereka.
"Kita akan melihat semula pembangunan sukan di peringkat negeri seperti yang dilakukan melalui Program Pelapis Negeri dan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN). Hasil kajian ini akan dibentangkan pada Mesyuarat Lembaga Pengurus MSN selepas Sukan Malaysia 2020 di Johor," katanya.
Mesyuarat pada hari ini juga meluluskan anggaran belanjawan MSN bagi tahun 2020 sebanyak RM329 juta berbanding RM269 juta tahun ini, manakala RM222 juta daripada jumlah itu akan diperuntukkan bagi program berkaitan pembangunan atlet negara berbanding RM165 juta tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 16 2019

SYED SADDIQ: Sukan SEA harus dijadikan pentas bagi atlet muda pamer bakat mereka.
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Paralimpik Paris 2024: Anwar ucap selamat maju jaya
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada semua atlet paralimpik negara yang akan meneruskan misi memburu emas pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

Formasi dron, pancaran laser warnai perasmian gilang-gemilang SUKMA 2024
Orang ramai mulai membanjiri stadium seawal 5 petang bagi bersama-sama menyaksikan pembukaan temasya dwitahunan kebangsaan itu.

'Meletakkan orang yang betul dalam kedudukan yang betul' - Hannah
Hannah mahu memperkemaskan struktur dalam barisan kepimpinan sukan menerusi pendekatan meletakkan orang yang betul dalam kedudukan yang betul.

Pembukaan Olimpik 2024: Koleksi 'The Malaya' Rizman Ruzaini bakal jadi tumpuan di Paris
THE Malaya, hasil cetusan ilham yang dihasilkan pereka fesyen tanah air, Rizman Ruzaini untuk atlet Malaysia di upacara pembukaan Sukan Olimpik 2024 bakal menjadi tumpuan dunia pada 27 Julai ini.

Olimpik 2024: Tahap kesedaran doping tinggi dalam kalangan atlet ke Paris - Adam Adli
MSN dan ISN sentiasa memastikan 26 atlet negara ke temasya sukan itu bebas daripada penggunaan bahan larangan sehingga gagal ujian doping.

Henti sebarkan perkara tidak rasmi berkaitan atlet Malaysia ke Olimpik Paris 2024 - Hannah
Ia bagi membolehkan atlet berada dalam keadaan fokus kepada persediaan mereka dan pada masa sama menjaga kesihatan mental 26 atlet negara.

Johnathan tekad lakukan yang terbaik pada penampilan kedua di pentas Olimpik
Johnathan Wong sifatkan persediaannya berada di tahap terbaik untuk memastikan dirinya mampu menghasilkan keputusan positif.

Sukan Olimpik: Hoe Yean, Rouxin peroleh tiket 'wild card' ke Paris
Dua perenang negara Steve Khiew Hoe Yean dan Tan Rouxin menjadi atlet terbaharu negara yang bakal beraksi pada temasya Olimpik Paris 2024.

Sukan Olimpik: Ashley Lau atlet ke-22 negara layak ke Paris 2024
Pemain golf wanita profesional negara, Ashley Lau Jen Wen akan membuat penampilan sulung dalam edisi kali ini.

Olimpik Paris: MOM letak harapan lima jenis sukan mampu buahkan pingat emas
Lima sukan itu ialah badminton, berbasikal, terjun, memanah dan sukan perahu layar, yang mempunyai peluang cerah untuk menyumbang pingat kepada kontinjen negara.