Aspek pemarkahan dalam sukan subjektif pada Sukan SEA masih menjadi persoalan yang dibangkitkan oleh beberapa jurulatih negara, termasuk jurulatih tarian negara, Chua Zjen Fong selepas skuad negara sekadar membawa pulang satu pingat emas pada edisi ke-30 temasya sukan berkenaan di sini, pada Ahad.
Chua mendedahkan beberapa atlet negara berpeluang cerah meraih sekurang-kurangnya beberapa butir pingat gangsa sekiranya mereka mendapat kutipan markah yang lebih tinggi, terutamanya daripada beberapa pengadil dari Eropah yang diberi tanggungjawab memberi markah untuk sukan berkenaan pada Sukan SEA 2019.
Beliau yang merupakan bekas atlet tarian, bagaimanapun, tetap berpuas hati dengan prestasi cemerlang yang dipamerkan skuad tarian negara yang berjaya meraih satu emas menerusi Lego Sam Lee Jek dalam acara Break Dance Lelaki.
"Atlet kita seperti Jarell Cheong Tze Wen dan Koh Jinnee tunjukkan prestasi yang baik, terutamanya dalam acara pasangan standard walaupun mereka masih muda.
"Bagi acara Latin, atlet kita mempamerkan prestasi terbaik, cuma mungkin masalah pemarkahan yang menghalang mereka meraih kedudukan lebih baik pada kali ini, dan saya paling berbangga dengan Lego Sam kerana berjaya raih pingat emas," katanya ketika ditemui Bernama selepas berakhirnya acara tarian Sukan SEA 2019 di Ballroom Royce Hotel and Casino, dekat sini, pada Ahad.
BACA: Sukan SEA: Emas kedua negara di lantai tari
BACA: Permulaan cemerlang kontinjen Malaysia pada hari pertama Sukan SEA
Dalam pada itu, Chua berharap keputusan sederhana yang diraih beberapa penari muda negara pada Sukan SEA kali ini boleh dijadikan sebagai pengalaman berguna untuk menghadapi kejohanan akan datang.
Ditanya mengenai hala tuju skuad sedia ada, beliau berkata mereka akan menyertai kejohanan kebangsaan pada penghujung tahun ini, selain bakal meneruskan latihan di benua Eropah bagi meningkatkan lagi skil tarian masing-masing.
Pada masa yang sama, beliau turut mendedahkan mereka akan terus memantau perkembangan Lego Sam bagi memastikan penari berusia 24 tahun itu terus diberi peluang menyertai pelbagai kejohanan antarabangsa pada masa depan.
Sebagai rekod, seramai sembilan penari negara menyertai Sukan SEA 2019 di atas perbelanjaan sendiri memandangkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) meletakkan pasukan berkenaan dalam kategori B2.
Menerusi kategori berkenaan, persatuan terlibat harus menanggung perbelanjaan atlet masing-masing, dan MOM tidak akan membayar semula wang perbelanjaan walaupun atlet berkenaan meraih sebarang pingat kerana persatuan tersebut bukan ahli gabungan MOM.
Tuan rumah, Filipina muncul juara keseluruhan acara tarian Sukan SEA 2019 setelah meraih sembilan emas dan tiga perak.
Untuk rekod, sukan tarian kembali dipertandingkan buat kali ketiga pada Sukan SEA kali ini setelah kali terakhir diadakan pada edisi 2005 di Manila, sebelum berjaya meraih satu gangsa menerusi gandingan Yong Kwok Leong dan Gooi Yee Zhen dalam acara Latin Amerika (Rumba) pada edisi 2007 di Korat, Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 01 2019
Atlet sukan tarian kategori 'Breaking' Lego Sam Jee Lek negara menyumbang pingat emas buat negara dalam acara sukan itu sempena Sukan SEA Filipina di Royce Hotel, Clark, New Clark City, 1 Dis, 2019. --fotoBERNAMA
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Sukan SEA: Aspek pemarkahan sukan tarian jadi persoalan
Chua mendedahkan beberapa atlet negara berpeluang cerah meraih sekurang-kurangnya beberapa butir pingat gangsa sekiranya mereka mendapat kutipan markah yang lebih tinggi.