Skuad Bawah 22 tahun (B-22) negara akan mengambil pendekatan berbeza menentang Timor Leste esok selepas gagal memenangi dua perlawanan pertama dalam Sukan SEA ke-30 di sini.
Harimau Muda itu mesti menang besar ke atas pasukan Timor Leste di Stadium Memorial Rizal pada 8 malam esok, serta menentang Kemboja pada Rabu untuk mencerahkan peluang ke peringkat separuh akhir.
Pengendali Skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee mendesak pemainnya untuk tidak membahayakan peluang itu dan memberi tumpuan penuh untuk muncul di tangga kedua Kumpulan A untuk melayakkan diri ke pusingan empat terakhir.
Kami memerlukan jaringan, jadi pendekatannya mungkin berbeza, pada masa yang sama kami mesti seimbang dengan pertahanan jadi kami tidak terperangkap dalam serangan balas. Kami tidak boleh memandang rendah Timor Leste, bagi saya kita harus menghormati pasukan lawan tetapi pada masa sama, kita masih boleh mencapai hasil yang kita mahukan," katanya kepada pemberita semasa sesi latihan hari ini.
Tiba di Manila dengan misi untuk menuntut kembali pingat emas, selepas muncul juara pada edisi 2011, Malaysia memulakan kempen dengan seri 1-1 menentang Myanmmar pada Isnin, sebelum tewas 0-1 kepada tuan rumah, Filipina pada Jumaat, manakala Timor Leste tewas 5-0 dengan Kemboja dan 3-1 oleh Myanmar.
Mengulas mengenai prestasi buruk pasukan negara, jurulatih berusia 49 tahun itu enggan menyalahkan persediaan masa yang singkat membentuk skuad itu, berbanding pasukan lain.
Mengenai kelebihan fizikal pemain Timor Leste, Kim Swee yakin sebahagian anak didiknya mampu mengatasi pemain berukuran besar dengan mempunyai kelebihan pada permainan pantas.
Sementara itu, Kim Swee berkata pasukan bimbingan masih memantau kecederaan buku lali Muhammad Akhyar Abdul Rashid, tetapi masih tidak pasti sama ada pemain penyerang itu boleh beraksi esok.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 01 2019

Datuk Ong Kim Swee desak pemainnya untuk tidak membahayakan peluang itu dan memberi tumpuan penuh untuk muncul di tangga kedua Kumpulan A. - Gambar fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Vietnam 'hantar' Harimau Muda pulang awal
Kekalahan itu menafikan hasrat menggunung skuad B-22 kebangsaan bimbingan E. Elavarasan untuk mara ke peringkat separuh akhir.

Kim Swee nasihat elak tekan pemain bawa pulang pingat, fokus setiap perlawanan
Kim Swee melihat faktor tekanan untuk membawa pulang pingat sebagai antara cabaran utama dalam kejohanan berkonsepkan karnival itu.

Pengendali baharu skuad bola sepak B-22 diumumkan Mac nanti
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam memaklumkan, setakat ini badan induk itu telah menerima sejumlah 12 permohonan termasuk empat jurulatih asing yang berminat untuk mengisi jawatan berkenaan.

FAM pertaruh pengalaman, kematangan Kim Swee
Ia kegagalan kedua Kim Swee sebagai jurulatih skuad muda negara tahun ini selepas pasukannya tidak layak ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-23.

Mereka banyak bercakap dan inginkan publisiti - Kim Swee
Jurulatih yang membawa Malaysia merangkul emas pada edisi Sukan Edisi 2011 di Jakarta itu menyifatkan tindakan sesetengah pihak itu sebagai meraih publisiti.

Sukan SEA: Kim Swee sedia pendekatan berbeza terhadap Timor Leste
Datuk Ong Kim Swee desak pemainnya untuk tidak membahayakan peluang itu dan memberi tumpuan penuh untuk muncul di tangga kedua Kumpulan A.

'Terima kasih coach!'
Bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu mengakui dia berasa penat untuk beraksi selepas terpaksa mengharungi jadual perlawanan yang padat sepanjang tahun ini.

Digugurkan... titik perubahan Safawi Rasid
Kim Swee semalam mengesahkan tidak menyenaraikan Muhammad Safawi dalam skuad negara ke Sukan SEA 2019 di Filipina, demi kebaikan pemain itu yang telah mengharungi begitu banyak perlawanan musim ini.

B-22: Keupayaan bermain di posisi berbeza keutamaan Kim Swee
Fokus Kim Swee kini adalah memberi keutamaan kepada pemain yang mempunyai kelebihan beraksi, di beberapa posisi berbeza.

Sathianathan enggan lepas khidmat Syahmi
Syahmi adalah antara 26 nama yang tersenarai untuk menjalani latihan pusat kendalian Datuk Ong Kim Swee menjelang Kejohanan Piala AFF B-22 di Kemboja.