Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menjelaskan sebab utama kontrak ketua jurulatih terjun negara, Yang Zhuliang tidak dilanjutkan adalah kerana wujudnya satu ‘budaya dan persekitaran ketakutan’ dalam kalangan sebahagian atlet terjun negara.
Beliau berkata, Zhuliang membenarkan budaya dan persekitaran itu merebak sehingga mengundang kes rogol, gangguan seksual, keganasan, tindakan memukul, buli dan ugutan kepada atlet, walaupun jurulatih berasal dari China itu tidak terlibat dengan perkara-perkara itu.
Katanya, persekitaran dan suasana latihan pasukan terjun kebangsaan menjadi lebih rumit selepas seorang jurulatih yang rapat dengan Zhuliang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 11 Oktober lalu atas kesalahan merogol seorang atlet terjun negara.
“Selepas timbul kes rogol itu, saya minta Datuk Marina Chin untuk melihat dan menyiasat bagaimana perkara seumpama ini dapat dielak daripada berlaku dalam sukan negara. Hasil siasatan, beliau menunjukkan bahawa wujudnya budaya toksik diselubungi ketakutan merentasi hampir keseluruhan sukan terjun ini.
“Tanggungjawab saya sebagai menteri bukan sekadar membuat dasar bagi mencapai kejayaan sukan di peringkat tertinggi, tetapi juga menjaga kebajikan atlet negara dan melindungi mereka daripada sebarang ancaman. Tiada mana-mana pingat emas yang nilainya lebih tinggi daripada keselamatan atlet negara,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook beliau, hari ini.
BACA: Jurulatih terjun dari Australia ganti Zhuliang
Media sebelum ini melaporkan kontrak Zhuliang yang berakhir pada 31 Disember ini, tidak diperbaharui Institut Sukan Negara (ISN) kerana beliau gagal mengikuti pendekatan sains sukan serta wujudnya ketegangan di antara beliau dan seorang pegawai di ISN.
Khairy berkata, keputusan itu diambilnya selepas mendengar kebimbangan dan syor daripada ISN, Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) serta Majlis Sukan Negara (MSN).
Beliau berkata, seorang jurulatih dari Australia akan membantu jurulatih sedia ada, Zhang Yukun, yang akan menjalankan tugas sebagai ketua jurulatih sebagai persiapan ke Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2018.
“Saya mengarahkan ISN supaya menjaga aib dan reputasi semua pihak agar pengumuman ini tidak membawa tanggapan negatif kepada sukan Malaysia. Mungkin disebabkan arahan itu, ISN tidak dapat memberi penjelasan yang lengkap dan terperinci mengenai isu ini.
“Barisan baharu jurulatih ini diminta untuk mengintegrasikan sepenuhnya aspek sains sukan seperti latihan kekuatan, latihan mental, analisa biomekanik dan aspek nutrisi yang tidak dimanfaatkan secara menyeluruh sebelum ini,” katanya.
Zhuliang adalah nama yang tidak asing dalam kalangan penggiat sukan terjun kerana beliau membimbing skuad terjun negara melakar banyak kejayaan di pentas dunia sejak tiba di negara ini pada 2001.
Beliau membimbing bekas penerjun negara, Bryan Nickson Lomas meraih gelaran 10m platform pada Kejohanan Remaja Dunia 2004 di Brazil dan memutuskan untuk menerima tawaran kerja di Australia selepas membantu skuad kebangsaan muncul juara keseluruhan pada Sukan SEA Manila 2005.
Jurulatih berusia 53 tahun itu kembali menjadi jurulatih pasukan kebangsaan pada 2008 dan membawa kejayaan kepada pasukan kebangsaan termasuk membantu gandingan Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong merangkul pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 dan Jun Hoong meraih emas pada Kejohanan Akuatik Dunia 2017 di Budapest, Hungary pada Julai.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 22 2017

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menjelaskan sebab utama kontrak Yang Zhuliang tidak dilanjutkan kerana wujudnya satu budaya dan persekitaran ketakutan dalam kalangan sebahagian atlet terjun negara. - Foto AstroAWANI

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Wujud 'budaya toksik' di bawah Zhuliang, punca kontrak tidak dilanjutkan
Zhuliang membenarkan budaya dan persekitaran itu merebak sehingga mengundang kes rogol, gangguan seksual, keganasan, tindakan memukul, buli dan ugutan kepada atlet