Ringkasan AI
- Empat kes meniru menggunakan cermin mata AI dilaporkan di sekolah menengah rendah dan atas di Korea Selatan tahun ini.
- Kesemua pelajar terlibat menerima markah sifar, dengan tindakan tatatertib tambahan diambil terhadap tiga pelajar sekolah menengah atas.
- Kementerian Pendidikan akan mengedarkan bahan pendidikan dan membincangkan langkah pencegahan lanjut bersama pihak berkaitan.
SEOUL: Sebanyak empat kes meniru menggunakan cermin mata kecerdasan buatan (AI) dilaporkan berlaku di sekolah menengah rendah dan menengah atas tahun ini, menurut Kementerian Pendidikan Korea Selatan pada Isnin, lapor Agensi Berita Yonhap.
Berdasarkan data yang dikumpul daripada kesemua 5,679 sekolah menengah rendah dan atas di seluruh negara antara 27 Okt hingga Selasa lepas, seorang pelajar sekolah menengah rendah dan tiga pelajar sekolah menengah atas ditangkap menggunakan cermin mata AI ketika peperiksaan pertengahan atau akhir tahun.
Sekolah menengah rendah dan sebuah sekolah menengah atas itu terletak di Seoul, manakala dua lagi sekolah menengah atas masing-masing di Wilayah Jeolla Utara dan pulau peranginan Jeju.
Tiga daripada empat pelajar terbabit ditangkap selepas dilihat kerap menyentuh cermin mata mereka, manakala seorang lagi dikesan menukar kepada cermin mata AI selepas peperiksaan bermula.
Bagi kes kedua, pengawas peperiksaan telah memantau rapi pelajar berkenaan susulan maklumat yang disalurkan oleh pelajar lain, kata pegawai.
Kesemua empat pelajar itu diberikan markah sifar bagi peperiksaan yang terbabit selaras dengan peraturan berkaitan.
Selain itu, tindakan tatatertib berasingan turut diambil terhadap ketiga-tiga pelajar sekolah menengah atas berkenaan, termasuk menjalani pendidikan khas selama tiga hari, khidmat masyarakat empat jam dan digantung persekolahan selama lima hari. Pelajar sekolah menengah rendah terbabit tidak dikenakan tindakan tatatertib rasmi sebaliknya diminta melakukan kerja khidmat sukarela di sekolah.
Kementerian Pendidikan memaklumkan pihaknya merancang untuk mengedarkan bahan pendidikan kepada pelajar yang memperincikan kes-kes penipuan berkenaan, di samping garis panduan bagi pihak sekolah membendung penyalahgunaan cermin mata AI.
Kementerian itu menambah bahawa langkah pencegahan lanjut akan dibincangkan bersama pejabat pendidikan wilayah dan Institut Kurikulum dan Penilaian Korea (KICE).
Sebelum ini, Kementerian Pendidikan menegaskan bahawa calon yang didapati meniru dalam peperiksaan kemasukan kolej tahunan menggunakan cermin mata AI akan berdepan pertuduhan jenayah serta dilarang menduduki ujian itu selama tiga tahun, berbanding larangan setahun sebelum ini.
-- BERNAMA-YONHAP
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapa banyak kes meniru menggunakan cermin mata AI yang dilaporkan di sekolah menengah Korea Selatan tahun ini?
A: Empat kes meniru menggunakan cermin mata AI dilaporkan di sekolah menengah rendah dan menengah atas tahun ini. - Q: Apakah tindakan yang diambil terhadap pelajar yang terlibat dalam kes meniru menggunakan cermin mata AI?
A: Semua pelajar yang terlibat diberikan markah sifar bagi peperiksaan terbabit. Tiga pelajar sekolah menengah atas turut dikenakan tindakan tatatertib seperti pendidikan khas tiga hari, khidmat masyarakat empat jam dan digantung persekolahan lima hari. Pelajar sekolah menengah rendah hanya diminta melakukan kerja khidmat sukarela di sekolah. - Q: Di mana lokasi sekolah yang terlibat dalam kes meniru menggunakan cermin mata AI?
A: Satu sekolah menengah rendah dan satu sekolah menengah atas di Seoul, manakala dua lagi sekolah menengah atas masing-masing di Wilayah Jeolla Utara dan pulau Jeju. - Q: Apakah langkah yang dirancang oleh Kementerian Pendidikan Korea Selatan untuk membendung penyalahgunaan cermin mata AI?
A: Kementerian Pendidikan merancang mengedarkan bahan pendidikan kepada pelajar dan menyediakan garis panduan kepada sekolah untuk membendung penyalahgunaan cermin mata AI. Langkah pencegahan lanjut akan dibincangkan bersama pejabat pendidikan wilayah dan KICE. - Q: Apakah hukuman bagi calon yang meniru menggunakan cermin mata AI dalam peperiksaan kemasukan kolej tahunan?
A: Calon yang didapati meniru menggunakan cermin mata AI akan berdepan pertuduhan jenayah dan dilarang menduduki ujian itu selama tiga tahun, berbanding larangan setahun sebelum ini.