Rakyat Malaysia sudah biasa dengan hidangan vegetarian Cina dan India namun belum ada makanan Melayu yang berasaskan vegetarian dan inilah yang cuba diketengahkan oleh sebuah persatuan menerusi satu pesta makanan di sini.
Naib Presiden Persatuan Vegetarian Malaysia MH Pisu berkata terdapat banyak permintaan terhadap makanan Melayu di kalangan rakyat Malaysia serta pelancong asing.
"Kita mempunyai makanan mesra vegan yang terdiri daripada makanan Cina, India serta gabungan makanan budaya lain yang sesuai untuk vegetarian, tetapi makanan Melayu yang mesra vegan merupakan konsep yang masih baharu," katanya pada Pesta Kebajikan Hari Tanpa Daging 2019 di sini hari ini.
Beliau berkata mempromosikan makanan Melayu yang mesra vegan mampu menarik pelancong asing datang ke Malaysia
"Sekiranya hanya satu peratus daripada lapan juta vegetarian yang ada di seluruh dunia melawat Pulau Pinang sebagai syurga makanan ia amat mengagumkan," katanya.
Sebanyak 40 gerai yang menjual pelbagai makanan vegetarian mengambil bahagian dalam pesta itu yang diadakan di Esplanade.
Ini termasuk sebuah gerai yang menyediakan makanan vegetarian Melayu termasuk nasi lemak, roti jala tanpa telur bersama kari kentang, kuih lopes dan karipap.
Pemilik gerai Faisal Mansor berkata ini merupakan kali pertama beliau mengambil bahagian dan konsep makanan vegetarian Melayu merupakan sesuatu di luar kebiasaan.
Faisal berkata keluarganya menjalankan perkhidmatan katering masakan rumah dan idea menguji makanan Melayu berkonsepkan vegetarian adalah bagi menembusi potensi pasaran golongan vegetarian termausk rasyat asing.
--BERNAMA
Bernama
Sun Dec 01 2019

Wujudkah pilihan yang pelbagai jika kita bercakap tentang masakan Melayu vegetarian? - Gambar hiasan

Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan - PM Anwar
Anwar berkata langkah ini bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.
[TERKINI] Amaran cuaca panas tahap jaga-jaga di Pendang, Pokok Sena, Baling
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di Pendang, Pokok Sena dan Baling di Kedah.
AWANI Ringkas: Kebimbangan Sultan Pahang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
ERA FM mohon maaf atas kandungan tidak sensitif
Stesen radio ERA FM tampil memohon maaf secara terbuka selepas penyiaran kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India. ERA FM menegaskan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan berjanji lebih berhati-hati pada masa hadapan.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Ngabuburit, takjil dan jajanan pasar meriahkan Ramadan di Yogyakarta
Suasana menjelang waktu berbuka puasa di jalanan Yogyakarta bukan saja membuka selera, malah membuka peluang untuk mendalami budaya tempatan.

Roti canai Malaysia dinobat makanan jalanan terbaik dunia
Senarai itu menerima pelbagai reaksi dari penggemar makanan antarabangsa, baik yang bersetuju mahupun yang mempertikai.

8 kesalahan ketika menggunakan 'air fryer' yang ramai tak tahu
Sama seperti perkakasan dapur yang lain, penggunaan yang betul boleh memanjangkan hayat fungsinya dan memberi hasil masakan yang terbaik.

Makanan Melayu berasaskan vegetarian cuba diketengahkan
Terdapat banyak permintaan terhadap makanan Melayu di kalangan rakyat Malaysia serta pelancong asing.

Jom tinjau bazar Ramadan... Maaf kalau artikel ini buat anda lapar!
Aneka jenis makanan di bazar Ramadan menambahkan kemeriahan suasana lewat petang di ibu negara.

Selepas 'umpan' pelancong dengan tomyam, ekonomi Thailand kini melimpah-ruah
Kajian mendapati 63.3 peratus pelancong asing berkunjung ke Thailand kerana makanannya.

Gastrulinari Ala Malaysiana
Makanan dalam konteks komuniti Malaysia, bukan sekadar santapan mengisi perut.

Martin Yan iktiraf Pulau Pinang sebagai pusat makanan jalanan global
Seorang Master Chef selebriti Amerika, Martin Yan hari ini mengiktiraf Pulau Pinang sebagai sebuah pusat makanan jalanan global.

Anda ada restoran tapi pelanggan makin kurang? Jangan asyik kata 'kena santau'. Ini sebabnya...
Tiba-tiba saja, anda mendapati premis anda tidak lagi menjadi pilihan pelanggan. Tiada lagi yang memberikan komen positif di media sosial.