Kerajaan akan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) bagi memberi ruang demokrasi yang lebih luas kepada gerakan mahasiswa. Adakah pemansuhan ini benar-benar akan memberikan autonomi kepada mahasiswa? Bagaimana kebebasan bersuara, aktivisme politik, pengurusan persatuan dan kewangan mahasiswa akan diurus selepas ini? Dan apakah bentuk checks and balances yang perlu diwujudkan supaya kebebasan mahasiswa tidak disalahgunakan?