Skip to main content

Dunia

11 terbunuh dalam letupan kilang mercun di utara India

Sumber: VIDEO TULAR
Video tular menunjukkan kepulan asap tebal susulan letupan di sebuah kilang mercun di wilayah utara India, Uttar Pradesh pada Isnin. - Foto media sosial
Advertisement

HYDERABAD: Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dalam satu letupan di sebuah kilang mercun di wilayah utara India, Uttar Pradesh pada Isnin.

Kejadian berlaku di Daerah Kaushambi, kira-kira 200 kilometer dari ibu negeri Lucknow.

"Sebelas orang dilaporkan maut dan lima lagi cedera," kata Majistret Daerah Kaushambi Amit Pal kepada media.

Seramai 25 pekerja dilaporkan berada di dalam kilang berkenaan semasa letupan berlaku.

Ketua Menteri Uttar Pradesh Yogi Adityanath menerusi hantaran di laman X menyifatkan kehilangan nyawa itu sebagai "amat memilukan" dan mengumumkan bantuan kewangan sebanyak 200,000 rupee (kira-kira RM8,450) diberikan kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban dalam letupan berkenaan.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement