TEMERLOH: Baru beberapa bulan membuka kedai gunting rambut sendiri, seorang pemuda kini terpaksa menutup kedainya itu ekoran pelaksanaan Perintah Sekatan Pergerakan Penuh atau 'total lockdown' sejak 1 Jun lalu.
Pemilik Cineegos Barbershop, Mohamad Afif Firdaus Mohd Arif, 22 dari Kampung Batu Kapor, Mentakab kini menolong ibu saudaranya di gerai menjual makanan bergoreng di bandar tersebut.
"Sebelum ini saya bekerja sebagai tukang gunting rambut dengan orang lain di Selangor, namun saya terpaksa berhenti kerja dan kembali ke kampung selepas kedai ini ditutup akibat pandemik Covid-19.
"Saya kemudian buka kedai sendiri pada Mac lalu tapi tak angka COVID-19 masih belum reda dan kini berdepan semula Sekatan Pergerakan Penuh," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Mengakui tertekan dengan situasi tersebut, anak kedua dari empat beradik itu tetap cekal mengharungi keperitan terbabit.
"Baru nak bernafas terduduk semula tapi saya akur dengan perintah kerajaan dan memang ramai menagih khidmat tapi terpaksa tolak.
"Biarpun pendapatan dengan menolong ibu saudara hanya RM30 sehari berbanding lebih RM100 sebelum ini, tetapi saya reda ia lebih baik berbanding tiada langsung," akuinya.
Dalam pada itu, dia memberitahu hasil upah yang diterima juga dapat membantu dirinya untuk menjelaskan sewa kedai RM300 sebulan selain bergantung dengan simpanan sedia ada.
"Saya berharap pandemik ini cepat pulih dan dapat meneruskan kembali operasi kedai seperti biasa," tambahnya.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian. Baru buka kedai gunting rambut kini terpaksa ditutup
Sinar Harian
Wed Jun 30 2021

Mohamad Afif terpaksa akur untuk menutup kedai gunting rambut yang baru dibukanya pada Mac lalu ekoran pelaksanaan PKP 3.0. - Foto Sinar Harian
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.

Tiga kedai sederet termasuk bengkel musnah terbakar di Teluk Intan
Bengkel motosikal kelas C terbakar sebanyak 90 peratus dan melibatkan anggaran 50 buah motosikal.

31 kedai di Pekan Tubau musnah terbakar
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, manakala punca kejadian dan taksir kerugian sedang disiasat pasukan forensik bomba.

10 kedai musnah dalam kebakaran di Sebuyau
Tiada pusat pemindahan dibuka kerana semua mangsa telah berpindah ke rumah saudara-mara.

Tiga rumah kedai sederet di Parit Buntar terbakar awal pagi
Kebakaran melibatkan tiga buah rumah kedai kelas B yang setiap satu berkeluasa 40 X 40 kaki persegi.

27 maut, puluhan cedera bangunan empat tingkat terbakar
Bangunan berkenaan kebanyakannya mempunyai kedai-kedai dan terletak di Mundka di barat New Delhi.

Penganggur ditahan disyaki terlibat kes samun dan pecah masuk stesen minyak, kedai
Polis menahan seorang penganggur yang disyaki terlibat dalam kegiatan samun dan pecah masuk stesen minyak serta beberapa kedai di sekitar Port Dickson, Seremban dan Nilai membabitkan kerugian berjumla

PPN Fasa Kedua: Penduduk Perlis 'serbu' kedai gunting rambut
Pelanggan sanggup beratur panjang menunggu giliran di luar kedai berkenaan sebaik dibuka pada 10 pagi.

Baru buka kedai gunting rambut kini terpaksa ditutup
Baru beberapa bulan membuka kedai gunting rambut sendiri, seorang pemuda kini terpaksa menutup kedainya.

Pekerja kilang pakai 'gelang pink' beli barang di kedai
Polis mengesahkan menerima aduan berhubung video tular beberapa orang pekerja sebuah kilang yang memakai gelang pesakit berada di kedai.

Tujuh kedai sederet di Menglembu musnah terbakar
Sebanyak tujuh daripada 11 kedai sederet di Jalan Lee Ling Hin, Menglembu, Ipoh, musnah dalam kebakaran malam tadi.