Skip to main content

Dunia

AS mungkin akan musnahkan baki aset Iran - Trump

Trump turut memberi bayangan bahawa keputusan berhubung tindakan lanjut AS terhadap Iran akan diketahui dalam masa terdekat. - Foto fail/REUTERS
Trump turut memberi bayangan bahawa keputusan berhubung tindakan lanjut AS terhadap Iran akan diketahui dalam masa terdekat. - Foto fail/REUTERS
Advertisement

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata Washington mungkin perlu "memusnahkan" baki kemudahan atau aset strategik Iran yang masih wujud, sambil mendakwa proses pembinaan semula negara itu akan mengambil masa sehingga 25 tahun.

Dalam kenyataan terbaharunya, Trump turut memberi bayangan bahawa keputusan berhubung tindakan lanjut AS terhadap Iran akan diketahui dalam masa terdekat.

"Anda akan tahu tidak lama lagi," katanya ketika ditanya mengenai kemungkinan langkah seterusnya Washington terhadap Tehran.

Advertisement

Kenyataan itu dibuat ketika ketegangan antara AS dan Iran terus memuncak susulan pertikaian berhubung program nuklear republik Islam berkenaan.

Pada masa sama, Iran dilaporkan telah mengemukakan satu cadangan berkaitan isu nuklear kepada AS menerusi pengantara Qatar.

Advertisement

Bagaimanapun, menurut laporan Al Jazeera, Washington masih meneliti cadangan tersebut manakala Tehran menegaskan ia sedang menunggu tujuh tuntutan yang dikemukakannya dipenuhi sebelum sebarang kemajuan lanjut dicapai dalam rundingan.

Perkembangan itu menunjukkan kedua-dua pihak masih berusaha mencari jalan diplomatik bagi meredakan krisis, meskipun kenyataan keras daripada Trump mencetuskan kebimbangan mengenai kemungkinan peningkatan konflik di rantau Asia Barat.

Setakat ini, butiran penuh mengenai cadangan Iran dan tujuh tuntutan yang dikemukakan kepada AS belum didedahkan kepada umum.

 

Must Watch Video

Advertisement