Skip to main content

Malaysia

[TERKINI] Tabung solidariti Najib capai sasaran, mencukupi - Asyraf Wajdi

Asyraf Wajdi berkata, susulan perkembangan itu, parti berkenaan sudah menyelesaikan segala proses pembayaran kepada pihak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi ini.
Asyraf Wajdi berkata, susulan perkembangan itu, parti berkenaan sudah menyelesaikan segala proses pembayaran kepada pihak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi ini.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Jumlah kutipan dana menerusi Tabung Solidariti Najib Razak yang dilancarkan UMNO pada 18 Sept lalu bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sudah mencapai sasaran.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, susulan perkembangan itu, parti berkenaan sudah menyelesaikan segala proses pembayaran kepada pihak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Menurutnya, UMNO kini secara rasmi menutup akaun khas tabung berkenaan memandangkan tiada lagi keperluan untuk meneruskan kutipan sumbangan orang ramai.

Advertisement

“UMNO ingin mengumumkan bahawa jumlah kutipan dana melalui Tabung Solidariti Najib Razak yang dilancarkan pada 18 Sept lalu bagi membantu Najib sudahpun mencapai sasaran dan mencukupi.

“UMNO dengan ini secara rasmi menutup akaun khas Tabung Solidariti Najib Razak yang diwujudkan untuk penerimaan dana sumbangan orang ramai dan tiada lagi keperluan untuk pendanaan awam (crowdfunding) bagi tujuan tersebut,” kata Asyraf menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini.

Advertisement

Pada masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada seluruh ahli UMNO dan orang ramai yang tidak putus-putus memberikan sumbangan sejak tabung berkenaan diwujudkan.

Beliau turut menzahirkan kesyukuran atas sokongan serta keprihatinan semua pihak yang menyumbang kepada tabung berkenaan.

Sebagai rekod, tabung berkenaan diwujudkan bagi mengumpul sumbangan orang ramai untuk membantu Najib melunaskan denda mahkamah berjumlah RM50 juta.

Pembayaran denda tersebut adalah sebahagian daripada syarat bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, susulan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Must Watch Video

Advertisement