Skip to main content

Dunia

Pempengaruh media sosial Mexico maut ditembak ketika siaran langsung

Forensic technicians and police officers work at the crime scene where Mexican social media influencer Cesar Gastelum, known for his comedy videos and followed by nearly 600,000 people on TikTok, was shot and killed while livestreaming with friends outside a fast-food restaurant in Culiacan, Sinaloa state, Mexico, August 4, 2026. REUTERS/Jesus Bustamante
Pegawai polis dan pakar forensik menjalankan siasatan di lokasi pempengaruh media sosial Mexico, Cesar Gastelum, ditembak mati ketika bersiaran langsung di Culiacan, Sinaloa. - Foto REUTERS
Advertisement

MEXICO CITY: Pempengaruh media sosial Mexico, Cesar Gastelum, maut ditembak ketika sedang bersiaran secara langsung di media sosial bersama rakan-rakannya di bandar Culiacán, negeri Sinaloa, menurut pihak berkuasa tempatan.

Gastelum, yang mempunyai hampir 600,000 pengikut di TikTok dan dikenali menerusi kandungan komedi, sedang membuat siaran langsung di luar sebuah restoran makanan segera pada malam Selasa apabila dua individu menaiki motosikal menghampiri kumpulan itu.

Rakaman siaran langsung yang diteliti media menunjukkan salah seorang daripada suspek melepaskan tembakan ke arah Gastelum dari jarak dekat sebelum kedua-duanya melarikan diri dari lokasi kejadian.

Seorang pegawai keselamatan negeri Sinaloa mengesahkan kematian Gastelum dan memaklumkan bahawa operasi keselamatan berskala besar sedang dijalankan susulan insiden itu.

Polis dan pakar forensik telah menutup kawasan kejadian bagi mengumpul bukti, termasuk kelongsong peluru dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), bagi membantu siasatan. Setakat ini, tiada tangkapan dibuat.

Pihak berkuasa masih menyiasat motif pembunuhan itu. Kabinet Keselamatan Mexico dan pendakwa raya tempatan berkata siasatan turut meneliti beberapa video serta hantaran media sosial Gastelum yang dipercayai merujuk kepada salah satu kumpulan jenayah terancang. 

Bagaimanapun, setakat ini tiada mana-mana kumpulan dikaitkan secara rasmi dengan pembunuhan tersebut.

Presiden Mexico Claudia Sheinbaum berkata pihak berkuasa perlu mengenal pasti punca pembunuhan itu dan memastikan pelaku serta dalang yang terlibat dibawa ke muka pengadilan.

Insiden itu berlaku ketika keganasan terus memuncak di Sinaloa, khususnya di Culiacan, yang menjadi medan perebutan kuasa antara dua faksi Kartel Sinaloa, iaitu Los Chapitos dan Los Mayos, sejak 2024.

Kematian Gastelum turut mengingatkan kepada kes pembunuhan pempengaruh kecantikan Valeria Marquez, 23, yang ditembak mati ketika bersiaran secara langsung di TikTok di negeri Jalisco pada Mei 2025.

Gastelum kerap memuat naik video komedi dan kandungan gaya hidup kepada pengikutnya.

Pada Rabu, ucapan takziah dan penghormatan membanjiri akaun media sosialnya ketika penyiasat meneruskan usaha mengenal pasti suspek yang bertanggungjawab atas pembunuhan tersebut.

 

 

Must Watch Video

Advertisement