Donald Trump dijangka berusaha memulihkan hubungan Amerika Syarikat dengan dunia Islam, bila Presiden Amerika Syarikat itu tiba di negara ini Sabtu, sebagai destinasi lawatan luar pertama beliau.
Beliau memecah tradisi dengan tidak melawat ke negara-negara jiran seperti Kanada dan Mexico terlebih dahulu, sebelum berkunjung ke negara-negara lain, seperti dilakukan kebanyakan bekas Presiden Amerika Syarikat sebelum ini.
Sebaliknya, beliau memilih membuat kunjungan ke Arab Saudi dan akan menghadiri Sidang Kemuncak Negara Arab, Islam dan Amerika Syarikat serta enam negara - Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam Sidang Kemuncak Majlis Kerjasama Teluk-Amerika Syarikat pada Sabtu.
Lebih 50 pemimpin Arab dan Islam termasuk Perdana Malaysia Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama-sama Trump akan menghadiri Sidang Kemuncak Negara Arab, Islam dan Amerika Syarikat, sidang kemuncak pertama seumpamanya pada Ahad.
Trump sering dituduh mencetuskan Islamophobia semasa kempen presiden, dengan ucapan anti-Islamnya dilaporkan begitu meluas.
Kemudian, beliau memulakan pentadbirannya dengan mengenakan sekatan sementara terhadap pelarian Islam dan larangan pengeluaran visa untuk rakyat dari negara majoriti Islam - Iran, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman.
"Lawatan ke Riyadh adalah peluang untuk Trump memulih imejnya dengan dunia Islam," kata seorang diplomat dari ASEAN.
Riyadh juga menunjukkan kepimpinan dengan menjadi tuan rumah kepada pemimpin Islam untuk menghadiri sidang kemuncak bersama Trump bagi membina hubungan rakan baharu dalam berdepan ekstremisme dan keganasan; dan mempromosi nilai-nilai toleransi, dasar hidup bersama dan kerjasama.
"Mereka juga tidak menggunakan platform pelbagai hala seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kerana mereka hanya mahu menjemput kesemua anggota OIC, kecuali Iran dan Syria - untuk sidang kemuncak itu," kata diplomat berkenaan.
Ini adalah peranan kepimpinan serantau yang besar dimainkan Arab Saudi dalam membentuk bersama satu perkongsian gabungan Islam dengan Amerika Syarikat dalam menangani keganasan.
Dalam pada itu, Washington pula memerlukan penyertaan dunia Islam dalam memerangi ekstremisme dan keganasan.
Mereka dijangka mengemukakan kaedah untuk membina perkongsian keselamatan lebih cergas dan berkesan untuk menangani dan membendung ancaman keganasan yang semakin meningkat di seluruh dunia dengan mempromosi toleransi dan kesederhanaan.
Trump akan berucap pada Sidang Kemuncak Negara Arab, Islam dan Amerika Syarikat pada Ahad, Najib juga dijadual berucap.
Beliau dijangka berkongsi dalam sidang kemuncak itu bahawa jurang yang wujud bukan antara Timur dan Barat, tetapi antara kesederhanaan dan ekstremisme, dan keganasan tidak wajar dikaitkan dengan mana-mana agama - Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain.
Perdana menteri juga dijangka menyentuh mengenai keperluan menangani punca keganasan termasuk menangani isu Palestin.
Beliau akan berkongsi inisiatif Kuala Lumpur dalam memerangi keganasan termasuk melalui program deradikalisasi dan menangani mesej media sosial yang radikal dengan menampilkan imej sebenar Islam menerusi Pusat Digital Serantau Bagi Memintas Mesej Melalui Komunikasi.
Satu lagi aspek penting dalam memerangi keganasan adalah dengan menyekat dana mereka, satu inisiatif yang diambil Malaysia, Australia dan New Zealand juga dijangka akan diketengahkan oleh Najib semasa mesyuarat di Riyadh itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 20 2017
"Lawatan ke Riyadh adalah peluang untuk Trump memulih imejnya dengan dunia Islam," kata seorang diplomat dari ASEAN. - Foto REUTERS/Jonathan Ernst
Kerajaan peruntuk hampir RM13 bilion untuk STR, SARA
Kerajaan memperuntukkan hampir RM13 bilion bagi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup.
KESUMA sedang rangka mekanisme yang mampu lindungi pekerja 24 jam
KESUMA sedang merangka mekanisme yang mampu memberi perlindungan komprehensif untuk tempoh 24 jam bagi melindungi pekerja yang mengalami kemalangan di luar waktu pekerjaan menerusi SKBBK. #AWANInews
SKBBK: KESUMA cakna perubahan landskap peralihan waktu kerja masa kini
Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) merupakan inisiatif ke arah pembaharuan kerana jaringan keselamatan sosial perlu kekal relevan seiring peredaran masa. #AWANInews
Gaza bukan hadiah untuk direbut, MAPIM kecam cadangan Donald Trump
Kenyataan Presiden AS untuk ambil alih Gaza dianggap biadap dan serangan langsung terhadap kedaulatan Palestin.
Rancangan Trump untuk Amerika ambil alih Gaza disifatkan ‘gila’ - Penganalisis
Cara Trump itu adalah melakukan pembersihan etnik tanpa menggunakan senjata dan diiringi buah mulut yang manis.
Trump kembali kenakan 'tekanan maksimum' ke atas Iran
Langkah itu dibuat menjelang pertemuan Trump dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House.
Sasaran keseluruhan pingat hala tuju yang baik, dapat rujukan pakar
Sasaran jumlah keseluruhan pingat berbanding warna pingat akan memberikan hala tuju yang lebih jelas kepada kontinjen negara dan kurang memberikan tekanan kepada atlit. #AWANInews
Sasaran pingat Sukan SEA 2025 adalah jumlah keseluruhan, bukan warna
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata penetapan sasaran pingat pada Sukan SEA 2025 adalah kepada jumlah keseluruhan pingat dan bukannya mengikut warna pingat. #AWANInews
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi
Pendirian Arab Saudi sangat teguh dan tidak akan berubah.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 5,747 orang berbanding 6,160 malam tadi, sementara di Sabah kekal 137 daripada 40 keluarga.
Trump kembali kenakan 'tekanan maksimum' ke atas Iran
Langkah itu dibuat menjelang pertemuan Trump dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.4285/4480 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 semalam.
“Amerika akan ambil alih Semenanjung Gaza dan urus dengan baik,” kata Donald Trump
"Kami akan mencipta pembangunan ekonomi yang akan menyediakan peluang pekerjaan dan perumahan tanpa had kepada penduduk di kawasan itu."
Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis
Malaysia perlu kembangkan aktiviti ekonomi dengan RCEP dan CPTPP yang tidak melibatkan Amerika Syarikat.
China lancar siasatan 'antitrust' ke atas Google
China melancarkan siasatan antitrust terhadap syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), lapor Sputnik/RIA Novosti, memetik Pentadbiran Negara China untuk Peraturan Pasaran pada Selasa.
London sedia tindakan balas jika AS kenakan tarif ke atas produk Britain - Laporan
United Kingdom sedang mempersiapkan tindakan balas sekiranya Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenakan tarif ke atas produk-produk Britain.
China kenakan cukai 15 peratus ke atas arang batu dan LNG dari Amerika Syarikat
China mengenakan cukai 15 peratus ke atas arang batu dan gas asli cecair (LNG) dari Amerika Syarikat (AS).
Senat AS sahkan Chris Wright sebagai Setiausaha Tenaga
Senat Amerika Syarikat pada malam Isnin mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liberty Energy, Chris Wright sebagai Setiausaha Jabatan Tenaga yang baharu, lapor Xinhua.
AS tarik diri Majlis Hak Asasi Manusia PBB, henti dana untuk pelarian Palestin - Laporan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka menandatangani perintah eksekutif pada Selasa untuk menarik diri daripada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan Amerika Syarikat menangguhkan kenaikan tarif import ke atas Kanada dan Mexico.