Kerajaan akan terus mengambil langkah-langkah untuk melindungi kepentingan mereka yang terlibat dalam industri muzik negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Ini termasuk usaha berterusan untuk membendung kegiatan lanun cetak rompak, katanya.
"Ada antaranya lagu yang dicetak rompak, dalam dunia digital kini ia boleh berlaku. Kalau tiada kawalan ia akan menimbulkan banyak masalah dan akhirnya merugikan pihak yang terlibat.
Kementerian boleh memainkan peranan dan bekerjasama dengan kementerian lain. Penting bagi kita untuk menggunakan kuasa yang ada berlandaskan undang-undang agar mereka ini dapat dilindungi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan kaji selidik yang julung kali dibuat oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) mengenai impak ekonomi industri muzik Malaysia sejak 2011 hingga 2015.
Sebelum itu, dalam ucapannya, Salleh berkata kementeriannya akan meneliti cadangan yang terkandung dalam dokumen yang secara rasminya dipanggil Kajian Impak Ekonomi Industri Muzik Malaysia RIM-PwC.
"Saya ingin memberi jaminan bahawa suara anda didengar dan sebagai permulaan, saya telah meminta RIM dan kakitangan saya untuk meneruskan momentum perbualan dan mengambil langkah untuk membangunkan cadangan konkrit," katanya.
Beliau juga menegaskan RIM telah menggariskan strategi jangka panjang untuk menghidupkan industri muzik kepada nilai kira-kira RM500 juta menjelang 2028.
"Walaupun ini ada adalah sasaran yang tinggi, saya percaya ia boleh dicapai," katanya.
Kajian itu diterajui RIM untuk mendedahkan fakta sebenar dan jumlah industri muzik tempatan dan menentukan bagaimana ia menyumbang kepada ekonomi negara.
Antara lain, ia bagi memastikan industri ini secara keseluruhan, menjana output ekonomi antara RM12.2 bilion dan RM13.4 bilion setahun.
Ia juga menyumbang antara RM5.5 bilion dan RM6.1 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setiap tahun.
Satu lagi penemuan penting menunjukkan bahawa industri itu mewujudkan antara 75,000 dan 83,000 peluang pekerjaan setiap tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 04 2017
SALLEH: Gunakan kuasa yang ada berlandaskan undang-undang agar mereka ini dapat dilindungi.
Zelensky sedia berunding dengan Putin
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan secara langsung dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, tetapi di bawah syarat tertentu.
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap rakyat Palestin.
Tumpuan Khamis – 6 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya
Pendakwa raya Turkiye melancarkan siasatan terhadap serangan udara Israel yang mengorbankan tiga rakyat Turkiye yang cuba menyeberang dari Lubnan ke Israel.
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
Astro menang kes hak cipta, kafe pool didenda RM175,000 siar EPL secara haram
Astro menganggap kemenangan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempertahankan pencipta, bakat, serta inovasi yang menjadi teras industri hiburan.
#NoToLanun: Muat naik secara haram? Anda sedang diperhatikan! - Finas
Finas dan agensi berkaitan telah mengesan sumber dan lokasi tempat tinggal individu yang terbabit termasuk aktiviti memuat naik dan berkongsi di laman sosial.
Kadar tontonan kandungan cetak rompak di Malaysia turun 64 peratus - Kajian
Kajian terbaharu Pertubuhan Industri Video Asia (AVIA) Menentang Cetak Rompak (CAP) mendapati penurunan sebanyak 64 peratus pengguna melayari laman web cetak rompak.
Penggiat seni bersatu hasilkan video menentang lanun cetak rompak
Zizan Raja Lawak, Lisa Surihani, Aaron Aziz, Nam Ron, Sharifah Amani dan Shamsul Cairel adalah antara artis yang terlibat dalam menyampaikan mesej tersebut.