ANGGOTA kumpulan UNIC, Bazli Hazwan menjadikan anaknya sebagai inspirasi untuk berjuang dalam Gema Gegar Vaganza (GGV).
Anak Bazli, Muhammad Syahid, 4 tahun, menghidap kanser limfoma dan kini sedang menerima rawatan di hospital.
"Perjuangan anak saya dalam melawan sakit kanser menjadi inspirasi. Saya sendiri berazam untuk cemerlang dalam kerjaya saya sebagai penyanyi nasyid dan pada masa yang sama, menjadi seorang bapa terbaik untuk anak.
"Ketika diuji dengan musibah, kita tidak seharusnya rasa kecewa. Tuhan sayangkan kita dan Tuhan memberikan kita ujian. Hidup mesti diteruskan, jangan 'down'.
"Alhamdulillah, saya bersama Fakhrul dan Najdi berjaya menyandang gelaran juara GGV. Ini mungkin rezeki anak saya.
"Perkara pertama yang saya bakal lakukan selepas balik ini ialah untuk terus ke hospital dan mencium anak saya," kata Bazli ketika ditemui di sidang media usai konsert akhir GGV.
Fakhrul dan Najdi juga berterima kasih kepada Bazli kerana memberikan komitmen terbaik sepanjang GGV walaupun berhadapan dengan ujian.
"Terima kasih kepada Bazli. Cuba bayangkan, jika anak demam, kita rasa susah hati, apatah lagi jika anak menghidapi kanser.
"Walaupun saya dan Najdi boleh menguruskan perkara berkenaan dengan GGV, Bazli tetap memberikan komitmen sepenuhnya kepada UNIC sepanjang tujuh minggu," kata Fakhrul.
UNIC yang menyampaikan lagu Ainul Mardhiah dan lagu Kalah Dalam Menang di pusingan battle berjaya meraih gelaran juara dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.
Konsert akhir Gema Gegar Vaganza disiarkan bermula jam 9.00 malam di Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135).
Bersiaran secara langsung di Pusat Konvensyen CIDB Cheras, Gema Gegar Vaganza menampilkan Siti Nordiana, Achey dan Fikri Lawak Solo sebagai pengacara.
Selain itu, komposer terkemuka, Farihin Abdul Fattah bersama pelakon terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi menggalas tugas sebagai juri tetap Gema Gegar Vaganza.
Untuk konsert akhir, tugas juri undangan disandang oleh penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza.
Jika anda terlepas menonton konsert mingguan GGV, mahu menonton video-video persembahan peserta dan ingin mendapatkan lebih info mengenai program ini dan, layari laman web www.gemagegarvaganza.com.my atau gunakan hashtag #GemaGegarVaganza untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.
Gempak
Mon May 22 2017
Anak Bazli, Muhammad Syahid, 4 tahun, menghidap kanser limfoma dan kini sedang menerima rawatan di hospital. - Gambar Astro GEMPAK
APM perkenal APM@Gig, benarkan anggota terlibat kerja sementara di luar aktiviti rasmi
APM memberi peluang kepada sukarelawan yang kompeten untuk memberikan perkhidmatan bersifat gig terutama membabitkan pengurangan risiko atau ancaman.
Sabah Electricity pantau bekalan elektrik di kawasan terjejas banjir
Sabah Electricity telah mengerahkan pasukan teknikal untuk bersiap sedia 24 jam membaiki sebarang kerosakan di daerah terjejas banjir.
Mangsa banjir di Sarawak, Sabah meningkat
Di Sarawak, jumlah mangsa meningkat kepada 7,503 orang daripada 2,096 keluarga berbanding 6,718 orang daripada 1,825 keluarga petang semalam.
Reagan National Airport kekal ditutup susulan operasi mencari mangsa nahas udara
Penutupan itu hanya melibatkan Reagan National Airport, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles di ibu negara Amerika Syarikat itu beroperasi seperti biasa.
Jawatankuasa Bencana Sarawak bakal bincang isu keselamatan kediaman lereng bukit - Uggah
Isu keselamatan kediaman di kawasan lereng bukit akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam masa terdekat.
Thailand sambut baik pembebasan warganya di Gaza
Kesemua rakyat Thailand berkenaan sedang dipindahkan ke hospital untuk menerima rawatan perubatan.
Belgium anggap Inisiatif Autonomi Maghribi sebagai asas baik untuk penyelesaian bersama
Pendekatan konstruktif Belgium ini selaras dengan momentum antarabangsa yang dipacu oleh Raja Maghribi, Raja Mohammed VI.
ASEAN perlu bertindak segera tangani krisis kemanusiaan di Myanmar - MAPIM
MAPIM menggesa ASEAN bertindak pantas memastikan kestabilan serantau dan memberikan bantuan kemanusiaan, kerana ia tidak boleh dipandang remeh.
[TERKINI] Ada unsur provokasi sebelum tembakan dilepaskan - Polis
Polis Selangor mengesahkan terdapat provokasi dilakukan sekumpulan pendatang asing tanpa izin warga Indonesia hingga menyebabkan seorang maut manakala empat lagi cedera selepas ditembak pasukan penguatkuasaan negara di perairan Tanjung Rhu, Banting.
[TERKINI] Dua lelaki Indonesia bantu hantar mangsa tembakan dikesan
Polis Selangor memburu dua lelaki warga Indonesia yang dipercayai menghantar tiga daripada empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ke hospital di Serdang selepas cedera dalam tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Januari lalu.
Selepas bergelar juara GGV, Bazli UNIC terus ke hospital cium anak
Anggota kumpulan UNIC, Bazli Hazwan menjadikan anaknya sebagai inspirasi untuk berjuang dalam Gema Gegar Vaganza (GGV).