Filem "The Way Station" dari Vietnam memenangi Anugerah Filem Terbaik pada Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) yang berlangsung di sini malam ini.
Luisito Ignacio, pengarah filem berjudul "Arena" dari Filipina pula dipilih sebagai pemenang Anugerah Pengarah Terbaik.
Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menjadi milik pelakon Vietnam Pham Hong Phuoc menerusi filem "The Way Station", manakala Anugerah Pelakon Wanita Terbaik dimenangi Al-Al Delas Allas dari Filipina.
Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dimenangi pelakon Filipina Ricky Davao menerusi filem "Dagnation, sementara Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik diraih Ana Capri juga dari Filipina menerusi filem berjudul "Laut".
Pengarah filem terkenal Malaysia Tan Sri Lakshmanan Krishnan pula dipilih sebagai penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.
Turut hadir pada Malam Gala AIFFA 2017 yang berlangsung dalam suasana gilang-gemilang itu ialah Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg serta isteri dan isteri Yang di-pertua Negeri Sarawak Toh Puan Ragad Kurdi Taib.
Pemenang lain ialah:
+Anugerah Khas Juri I: Ziarah - Tales of the Otherwords (Indonesia).
+Anugerah Khas Juri II: Solo Solitude (Indonesia)
+Anugerah Penghormatan Khas: Lav Diaz (Filipina)
+Suntingan Filem Terbaik: Imbisibol (Invisible) (Filipina)
+Pengarah Fotografi Terbaik: The Way Station (Vietnam),
+Lakon Layar Terbaik: Ziarah: Tales of the Otherwords (Indonesia)
+Anugerah Semangat ASEAN : Filem Kanang anak Langkau (Malaysia)
+ Anugerah Inspirasi ASEAN: Donnie Yen.
--BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2017

Isteri Yang Dipertua Negeri Sarawak, Toh Puan Ragad Kurdi Taib (kiri) bersalaman dengan pelakon Vanida Imran ketika hadir pada Majlis Makan Malam Gala sempena Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2017, malam tadi. - Foto Bernama

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Filem 'Crossroad: One Two Jaga' menang pengarah terbaik, pelakon pembantu terbaik AIFFA
Filem 'Crossroad: One Two Jaga'merangkul anugerah Pengarah Terbaik dan Pelakon Pembantu Terbaik di majlis Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) di sini malam tadi.

Steven Seagal tiba di Kuching
Seagal membuat penampilan istimewa sempena Festival Filem dan Anugerah Antarabangsa Asean (AIFFA) 2019 di Kuching, yang berlangsung pada 25 hingga 27 April.

The Way Station menang Anugerah Filem Terbaik AIFFA
Filem "The Way Station"dari Vietnam memenangi Anugerah Filem Terbaik pada Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA).

Filem Malaysia & Indonesia dominasi calon AIFFA
Filem dari negara Malaysia dan Indonesia mendominasi senarai pencalonan apabila masing-masing memperoleh 18 pencalonan keseluruhannya.