Seramai 26 orang dari Sibu yang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling di Kuala Lumpur, baru-baru ini, diarahkan menjalani kuarantin di rumah masing-masing.
Mereka dikenal pasti antara 500 rakyat Sarawak yang dilaporkan menyertai program perhimpunan di masjid tersebut dari 27 Februari hingga 1 Mac lalu.
Semua peserta perhimpunan berkenaan diminta tampil oleh Kementerian Kesihatan untuk membuat pemeriksaan apabila seorang peserta dari Brunei disahkan positif COVID-19, dipercayai dijangkiti ketika menghadiri majlis itu.
Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu, Dr Teh Jo Hun, berkata lebih 20 orang telah disiasat dan menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Sibu dan klinik kerajaan di sini bagi mengesan jika mempunyai simptom COVID-19 pada Khamis.
"Kami berjaya mengesan lebih 20 orang (peserta tabligh) dan mereka tidak mempunyai tanda jangkitan atau gejala COVID-19.
“Namun, kami masih menunggu keputusan ujian lain dan bagi mereka yang tidak mempunyai gejala, kami telah mengarahkan mereka untuk melakukan kuarantin sendiri di rumah selama 14 hari," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Kempen Kesedaran Kesihatan Komuniti di Poliklinik Oya pada Jumaat.
Dr Teh berkata, arahan kuarantin selama 14 hari adalah wajib untuk mereka dan tempoh inkubasi adalah 14 hari atau lebih.
Dalam pada itu, beliau turut meminta mereka yang mungkin mempunyai hubungan rapat dengan peserta tabligh yang disyaki dijangkiti Covid-19 agar tampil untuk pemeriksaan.
"Sesiapa yang bersama dengan mereka sila tampil ke hadapan untuk pemeriksaan kerana kami memerlukan kerjasama anda,” ujarnya.
Angelina Sinyang
Fri Mar 13 2020

Mereka yang mungkin mempunyai hubungan rapat dengan peserta tabligh yang disyaki dijangkiti COVID-19 agar tampil untuk pemeriksaan. Gambar Astro AWANI.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

Selepas Singapura, Sarawak akan buka STATO di Brunei
Selepas Singapura, Sarawak akan membuka sebuah lagi Pejabat Perdagangan dan Pelancongan (STATO) di Brunei.

COVID-19: Malaysia hargai sumbangan, komitmen Brunei - Hishammuddin
Kerajaan Malaysia menzahirkan penghargaan atas keprihatinan Brunei Darussalam dalam membantu negara menangani penularan pandemik COVID-19.

Malaysia, Brunei meterai perjanjian bagi dua medan luar pesisir
Malaysia menerusi syarikat minyak dan gas negara, Petronas, memeterai UA dengan Brunei meliputi medan minyak Gumusut-Kakap dan Geronggong-Jagus East yang terletak di sepanjang sempadan maritim.

Sarawak bakal buka Pejabat Perdagangan di Pontianak dan Brunei
Selepas kejayaan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak-Singapura (STATOS), ekonomi perdagangan sumber tenaga asli serta hasil pertanian Sarawak akan terus diperkasa.

JPBN Sarawak rancang bangunkan makmal COVID-19 di Limbang
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak merancang membangunkan sebuah makmal di Limbang bagi menguji sampel ujian saringan COVID-19.

Caj RM10 keluar masuk Malaysia-Brunei bakal dikenakan
Rakyat Malaysia akan dikenakan bayaran 3 Dolar Brunei atau RM10 bagi caj kemasukan ke negara itu bermula 1 Oktober 2020 melalui jalan darat.

Sektor digital pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi Sarawak - Mustapa
Sektor ekonomi digital akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi di Sarawak kerana ia dilihat sebagai sektor penting bagi merancakkan lagi ekonomi di negeri itu terutama dalam pasca PKP.

COVID-19: Malaysia, Brunei kerjasama bawa pulang rakyat terkandas di luar negara
84 rakyat malaysia yang terkandas di mesir telah dibawa pulang menaiki pesawat sewaan khas Kerajaan Negara Brunei Darussalam.

26 peserta tabligh diarah jalani kuarantin di rumah
26 orang dari Sibu yang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling di Kuala Lumpur sebelum ini, diarah menjalani kuarantin di rumah masing-masing.

Jokowi dijadual lawat Malaysia 5 Feb ini
Malaysia diberi penghormatan oleh Republik Indonesia apabila Presiden Jokowi memilih negara itu sebagai yang pertama untuk lawatan rasmi luar negaranya.