SEBELUM memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
1. PKPD dilaksana di Sungai Lui
Satu lagi kawasan telah dikenal pasti untuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), iaitu di kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri dalam satu kenyataan hari ini berkata, tindakan itu dilakukan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan pengesahan 71 kes positif jangkitan COVID-19 daripada 274 penghuni Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah di Batu 23 Sungai Lui.
Sementara itu polis telah mula melakukan persiapan sekatan jalan raya melibatkan di kawasan terbabit.
Sementara itu, rata-rata penduduk di Sungai Lui akur akan keputusan kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 12 tengah malam ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dalam pada itu menyenaraikan 13 kawasan yang dilabel sebagai Zon Merah (Berbahaya) wabak COVID-19 di negara ini.
Kawasan-kawasan tersebut merupakan kawasan yang mempunyai jumlah mangsa yang dijangkiti wabak COVID-19 paling tinggi.
2. Kempen haiwan angkat Zoo Negara
Zoo Negara menerusi laman sosialnya giat mempromosikan kempen haiwan angkat atau adoption sebagai salah satu usaha untuk memastikan bekalan makanan, perubatan dan pengurusan haiwan-haiwan akan berterusan.
Menerusi kempen ini, orang ramai boleh memilih sama ada mahu memberi sumbangan secara one off atau secara bulanan, mengikut pakej yang tersedia.
Mereka yang memberi sumbangan akan dihadiahkan e-sijil yang akan turut dicatitkan dengan nama haiwan yang dipilih, malah nama mereka juga akan dipamerkan di laman web Zoo Negara.
Sementara itu, Timbalan Presidennya Rosly Ahmat Lana berkata mereka kini menggunakan dana daripada tabung kecemasan Zoo Negara, namun ia hanya mampu bertahan tiga bulan sahaja.
Tabung kecemasan ini adalah peruntukan yang telah diwujudkan khusus oleh pihak pengurusan Malaysian Zoological Society (MSZ) untuk keadaan seperti di luar jangka ini.
"Walaupun stok makanan untuk haiwan setakat ini mencukupi kerana penghantaran makanan haiwan oleh kontraktor yang dilantik masih berterusan dan tidak terjejas, tetapi tabung kecemasan itu hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja" katanya.
3. Ubat malaria rawat COVID-19
Ubat 'Chloroquine', yang digunakan untuk penyakit malaria telah digunakan untuk merawat pesakit COVID-19 sejak gelombang pertama wabak itu di Malaysia dan telah menunjukkan keberkesanannya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ciri-ciri ubat itu yang bersifat antiradang sesuai untuk merawat penyakit COVID-19 yang telah menyebabkan radang pada saluran pernafasan bawah pesakit.
Selain itu, ubat Klorokuin, Hidroksiklorokuin dan kombinasi Lopinavir/Ritonavir juga boleh digunakan dalam rawatan COVID-19.
Dr Noor Hisham berkata semakan pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati tiga jenis ubat itu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.
Sementara itu, Malaysia merekodkan sejumlah tujuh kematian dalam tempoh 24 jam yang lalu sekali gus menjadikan kumulatif kematian akibat COVID-19 di negara ini adalah 34 kematian.
Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan bahawa salah seorang mangsa yang meninggal dunia berusia 27 tahun, iaitu mangsa termuda yang maut akibat wabak tersebut.
Malah, sehingga 29 Mac 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 150 kes baharu yang telah dilaporkan.
4. Bantuan Prihatin Nasional secara ringkas
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Mac 2020.
Bantuan Prihatin Nasional (BPN) diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi rakyat yang layak.
Baca di sini untuk lebih memahami tentang BPN.
5. Pesawat bawa pakar, peralatan COVID-19 terbakar
Sebuah pesawat Lionair terbakar dan meletup di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA) pada jam 8 malam Ahad waktu tempatan, sekali gus mengorbankan semua lapan orang di dalamnya, lapor media Filipina.
Lionair, merupakan syarikat penerbangan yang berpangkalan di Filipina, dan berbeza dengan syarikat Lion Air, iaitu syarikat penerbangan tambang rendah dari Indonesia.
Pesawat RPC 5880 itu membawa lapan penumpang yang terdiri daripada anggota perubatan, jururawat, doktor, tiga anak kapal, seorang pesakit warga Kanada dan teman pesakit warga Amerika.
Astro Awani
Sun Mar 29 2020

Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.